9 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN SI MANJA

Sepanjang kehamilan banyak perkara yan perlu kita berikan perhatian supaya kandungan terjaga dengan baik. Salah satunya, bab makanan sihat untuk ibu mengandung. Sebenarnya bukan semua makanan boleh kita santap!

 

Ada makanan yang disarankan dan tidak disarankan buat wanita yang sedang mengandung. Bagi anda yang sedang mengandung, informasi tentang makanan sihat untuk ibu mengandung ini perlu diberikan perhatian.

 

Berikut 9 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung:

1. TELUR

Sepanjang tempoh mengandung, pengambilan protein tidak sepatutnya kita hindari dari jadual pemakanan seharian. Protein diperlukan untuk pembentukan sel tubuh.

 

Cara paling mudah untuk mendapatkan protein adalah dengan menikmati telur. Di dalam telur mengandungi 12 vitamin dan mineral yang baik untuk ibu mengandung.

 

Di samping itu, kolin dalam telur juga dikatakan bagus untuk perkembangan bayi, otak dan sarafnya.

makanan sihat untuk ibu mengandung

2. SUSU

Pertambahan berat badan ketika mengandung membuatkan badan cepat penat, terutama di bahagian belakang dan kejang kaki. Ia boleh terjadi disebabkan kekurangan kalsium dalam badan.

 

Pengambilan susu mgbampu memenuhi keperluan kalsium. Pilihlah susu yang rendah lemak ataupun susu olahan lain seperti keju.

makanan sihat untuk ibu mengandung

 

3. SAYUR BAYAM

Sayuran berwarna hijau tua atau hijau gelap dikatakan baik untuk wanita mengandung. Ini adalah kerana sayuran hijau seperti bayam mengandungi asid folik, zat yang diperlukan untuk menghindari kecacatan saraf pada bayi.

makanan sihat untuk ibu mengandung

 

4. UBI KENTANG

Ubi kentang mengandungi sumber karbohidrat yang baik untuk ibu mengandung. Kita boleh memasak ubi kentang dengan pelbagai cara ataupun resepi. Antaranya digoreng, dibakar ataupun dibuat mashed potato.

 

Selain ubi kentang, makanan lain seperti oatmeal, jagung dan roti juga merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk ibu mengandung.

makanan sihat untuk ibu mengandung

5. AVOKADO

Avokado merupakan antara makanan sihat untuk ibu mengandung yang disarankan dimakan ketika mengandung.

 

Buah ini mengandungi lemak baik yang kaya dengan serat, asid folik, vitamin B6, C, K dan juga kalium. Khasiat avokado mampu menghindari sakit jantung serta mengurangkan morning sickness yang kerap dialami oleh ibu mengandung.

makanan sihat untuk ibu mengandung

6. IKAN

Ikan mengandungi protein yang sangat penting untuk perkembangan janin, terutama di trimester kedua kehamilan. Pengambilan ikan yang mengandungi Omega 3 seperti ikan salmon dan mackerel sangat disarankan.

 

Ikan salmon mengandungi Omega 3 yang sangat penting untuk pertumbuhan dan fungi otak bayi.

makanan sihat untuk ibu mengandung

7. BUAH DELIMA

Buah delima mengandungi banyak khasiat untuk ibu mengandung. Kandungan antioksidannya yang tinggi mampu melindungi otak bagi sewaktu kelahiran

 

Di samping itu juga, buah delima kaya dengan kandungan asid folik yang dapat mencegah kecatatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada tulang sum-sum (bahagian belakang) dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

makanan sihat untuk ibu mengandung

8. KURMA

Buah kurma banyak khasiatnya, terutama buat ibu mengandungi. Ini adalah kerana kandungan vitamin dan juga mineral di dalam buah kurma ini mampu menjaga kesihatan wanita mengandung.

 

Pengambilan buah kurma pada setiap hari berupaya memberikan tenaga atau energi para ibu mengandung ketika melakukan aktiviti seharian. Di samping itu, kandungan kaliumnya juga bukan sahaja dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Bahkan turut meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajamkan daya ingatan.

 

Buah kurma dapat mengatasi masalah ibu mengandung yang kurang darah ataupun menderita anemia dan meredakan masalah sembelit.

makanan sihat untuk ibu mengandung

9. AIR MASAK

Kerap berasa penat, loya atau mual dan haus adalah perkara normal sewaktu mengandung. Tetapi, ia boleh terjadi kerana kita kurang minum air masak.

 

Air masak sangat penting bagi proses penghantaran nutrisi di dalam badan. Pengambilan air masak yang mencukupi akan mencegah kita daripada mengalami pembengkakan dan infeksi pada air kencing.

makanan sihat untuk ibu mengandung

Itulah beberapa makanan sihat untuk ibu mengandung yang disarankan bagi memenuhi keperluan zat sepanjang kehamilan.

 

BACA 7 CARA ATASI SUSAH TIDUR KETIKA HAMIL