9 TIPS KURUS CEPAT DALAM MASA 30 HARI, WAJIB CUBA!

LEPAS RAYA NI LAGI SUSAH NAK TURUNKAN BERAT BADAN? CUBA 9 TIPS KURUS CEPAT YANG DIKONGSIKAN INI.

 

Siapa kata diet itu susah? Tak susah manapun asalkan kita ada kemahuan dan betul-betul bertekad untuk turunkan berat badan.

 

Sekiranya kita tidak mempunyai banyak waktu untuk berdiet, ada beberapa tips kurus cepat yang boleh dipraktik dalam masa 30 hari.

 

BERIKUT 9 TIPS KURUS CEPAT DALAM MASA 30 HARI:

 

  1. WAJIB MINUM AIR MASAK

Ini adalah antara perkara wajib yang perlu kita lakukan jika mahu menurunkan berat badan. Setiapkali kita terasa ingin mengunyah sesuatu atau rasa lapar sebelum waktu makan, minumlah air masak.

 

Tak salah jika kita memperbanyakkan minum air masak kerana air ini tidak mempunyai kalori.

tips kurus cepat

 

  1. BUANG SEMUA JAJAN!

Kalau sebelum ini kita memang hantu jajan, aiskrim, mee segera, kerepek dan sebagainya, kini sudah tiba masanya untuk kita mengubah kesukaan tersebut.

 

Jika makanan tersebut masih ada dalam simpanan kita, apa yang ditunggu lagi silalah sedekahkannya kepada kawan-kawan ataupun jiran tetangga.

 

Tukar segala keinginan kita untuk menikmati tersebut dengan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

tips kurus cepat

  1. BANYAKKAN MAKAN SAYUR

Rebus,kukus atau tumis sayur-sayuran untuk menu diet kita seharian. Jika mahu kurus dengan cepat, kita kena selalu pastikan jumlah sayur yang kita ambil mencukupi sebagai pengganti nasi.

 

Jika kita memilih untuk menikmati lauk pauk, pastikan jumlahnya 6:4 antara sayur-sayuran dan lauk.

tips kurus cepat

  1. KURANGKAN MAKAN NASI

Tips kurus cepat yang seterusnya menyarankan kita agar kurangkan makan nasi putih dan segela jenis karbohidrat.

 

Adalah lebih baik jika kita memilih pelbagai manan yang mengandungi protein seperti susu soya, tauhu, tempe dan telur. Makanan berprotein hadam lebih lama dan mampu membentuk otot-otot badan dengan baik.

Tips kurus cepat

  1. PANTANG MAKANAN MANIS!

Jangan abaikan tips kurus cepat yang nombor 5 seandainya kita benar-benar nak turunkan berat badan kita dalam tempoh sebulan ini.

 

Jangan langgar pantang! Kita memang kena elakkan makan makanan manis dan bertepung seperti kek, roti, biskut, kuih muih dan sebagainya.

Tips kurus cepat

  1. JANGAN LAMBATKAN WAKTU MAKAN

Pastikan kita makan 3 kali sehari dengan menitikberatkan jumlah makanan yang kita ambil.

 

Melambat-lambatkan waktu makan akan membuatkan kita ingin mengunyah sesuatu dan makan makanan yang entah apa-apa sehingga menggagalkan segala usaha kita untuk menurunkan berat badan.

 

Jadi, pastikan kita makan tepat pada waktunya dan tidak membiarkan perut kita kelaparan.

Tips kurus cepat

  1. MAKAN SAMBIL TENGOK CERMIN

Mungkin trik ini nampak pelik sedikit, tetapi ia sangat mempengaruhi nafsu makan kita.

Serius… tak percaya, cubalah buat, Jika kita makan di depan cermin, secara automatik kita akan rasa bersalah jika makan terlalu banyak. Sudah pasti kita akan lebih bersemangat untuk menguruskan badan!

Tips kurus cepat

  1. RAJIN BERSENAM

Mungkin agak sukar untuk kita mengira berapa jumlah kalori yang telah masuk ke dalam perut kita.

 

Namum, kita perlu pastikan yang kita kena rajin bersenam pada setiap hari bagi membakar segala kalori dan lemak yang telah masuk ke dalam badan kita.

 

Paling kurang, kita kena bersenam selama 30 minit setiap hari. Pilih senaman yang mampu membuatkan tubuh kita bergerak dan berpeluh. Antaranya berlari, berenang dan juga senaman aerobik.

Tips kurus cepat

  1. MINUM JUS LEMON

Menikmati jus lemon merupakan salah satu tips kurus cepat semulajadi yang mampu mengatasi kelebihan berat badan.

 

Secara semulajadi  lemon membantu melancarkan sistem pengadaman. Secara tak langsung ia turut membantu kita menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang lebih ideal.

 

Di samping itu, lemon juga berkhasiat untuk membantu menghilangkan toksin dari dalam tubuh yang mana membuat sistem metabolisme tubuh menurun.

 

Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu mencampur satu sudu besar perahan lemon bersama madu dan sedikit serbuk lada hitam dengan  segelas air.

 

Kemudian minum air tersebut di pagi hari sebelum kita bersarapan.Lakukan cara ini setiap hari pada  selama 3 bulan berturut-turut.

Tips kurus cepat

Itulah 9 tips kurus cepat yang boleh dilakukan jika kita benar-benar ingin kurus dalam tempoh 30 hari. Selamat mencuba, semoga berjaya!