ADIDAS KENALKAN JERSI BARU PASUKAN RUSIA UNTUK PIALA DUNIA FIFA 2018

Adidas Football hari ini memperkenalkan pasuk jersi baru bola sepak kebangsaan Rusia yang akan dipakai semasa Piala Dunia FIFA 2018 Rusia. Jersi baru ini adalah tafsiran moden kepada baju yang dipakai oleh Kesatuan Soviet ketika mereka memenangi Emas pada Sukan Olimpik Seoul 1988.

 

Artis Hip-Hop Popular dan artis R’n’B Rusia, Timati menyampaikan jersi baru semasa konsertnya di stadium Olimpiysky. Kit tuan rumah baru ini bagi meraikan perkongsian jangka panjang antara adidas dan pasukan bola sepak kebangsaan Rusia.

 

Perkongsian ini bermula pada tahun 1976, apabila adidas menjadi penaja teknikal pasukan bola sepak USSR. Pada tahun 1980-an reka bentuk jersi ada perubahan, tetapi corak kuning dan putih yang ikonik dikekalkan.

 

Jersi bola sepak adidas baru Rusia ini diilhamkan oleh reka bentuk tradisi dan klasik kemeja di samping mengandungi teknologi dan inovasi terkini adidas. Berwarna merah mempunyai garis putih padu yang berlingkar dari belakang ke seluruh lengan dan ke dada. Di bahagian belakang leher ada bendera Rusia, helang Rusia dan perkataan “Вместе К Победе” (Victory-Bound as One).

 

Stanislav Cherchesov, ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Rusia berkata, “Kelangsungan masa silam adalah bahagian penting bola sepak. Saya rasa baju baru ini, yang diilhamkan oleh tradisi kaya Rusia, akan memberi inspirasi kepada pemain untuk menunjukkan hasil terbaik mereka di padang pada Piala Dunia dan memberi sumbangan tersendiri untuk sejarah bola sepak Rusia.”

jersi

Jersi Adidas Kekalkan Tradisi Di Samping Ada Inovasi Baru

Juergen Rank, Pengarah Reka Bentuk Kanan berkata, “adidas telah menjadi pemimpin bola sepak sejak berdekad lamanya, dan pada masa itu kami telah mengembangkan banyak produk yang telah menjadi ikon di dunia bola sepak.

 

Keseimbangan tetap dikekalkan antara ciri autentik dan populariti reka bentuk klasik ini di samping menerapkan inovasi dan teknologi terkini. Kami mencipta reka bentuk yang diilhami oleh masa lalu tetapi mendorong prestasi ke hadapan untuk memenuhi keperluan pemain dan peminat sama ada di stadium atau di jalanan. Jersi Rusia yang baru ini pastinya adalah contoh terbaik. ”

jersi

Pemain tengah negara, Denis Glushakov berkata: “Corak klasik itu mengingatkan tentang kemenangan terhebat saya, di samping reka bentuk jersi yang sangat inovatif dan selesa dipakai di padang. Saya tidak sabar untuk memakai jersi ini dengan rasa bangga tahun depan semasa Piala Dunia.”

 

Jersi tuan rumah ini boleh didapati di kedai runcit adidas dan www.adidas.com/football bermula pada 13 November.

 

Laman web adidas.com/football

Instagram atau Twitter  @adidasfootball / #adidasMY

Berita penuh GLOBAL/PERFORMANCE/FOOTBALL

BACA: KEJOHANAN FUTSAL – GILIRAN KUALA LUMPUR DILANDA ADIDAS TANGO LEAGUE