BUTIK ADIDAS KIDS PERTAMA DUNIA KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Baru-baru ini adidas Malaysia telah melancarkan butik khas untuk kanak-kanak. Adidas Kids di pusat membeli-belah terbesar di Lembah Klang Selatan – IOI City Mall, Putrajaya.

Rangkaian Pakaian Sukan Eksklusif

adidas kids

Butik adidas Kids ini menempatkan rangkaian pakaian sukan eksklusif kanak-kanak terbaru.  Terletak di tingkat pertama IOI City Mall, butik adidas khas untuk kanak-kanak pertama di dunia ini menawarkan ruang 885 kaki persegi. Didominasi oleh warna-warna cerah yang pastinya akan memberikan keselesaan kepada para pelanggan yang berkunjung.

adidas kids

Butik adidas ini membawa keperluan terbaik kanak-kanak, dari peringkat usia bayi sehinggalah remaja berusia 14 tahun, di bawah satu bumbung. Kesemua koleksi adidas sama ada pakaian kanak-kanak, kasut dan asksoeri ini di bahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen mengikut peringkat umur. Ianya akan lebih menyenangkan ibu bapa memilih saiz yang paling sesuai buat anak-anak.

Konsep Baru Pilihan Terbaik

Menurut Encik Ng Chee Loon, selaku Chee Loon, Pengurus Besar adidas Malaysia, mereka sangat gembira kerana berpeluang memperkenalkan butik adidas kids pertama ini.

“Kami yakin konsep baru ini adalah pilihan terbaik dan lebih mudah untuk ibu bapa membuat pilihan tepat. Untuk akan datang kami akan bawakan rekaan aididas Kids dari siri Perfomance dan juga Originals.

Untuk mengetahu lebih lanjut tentang butik adidas Kids serta koleksi anak-anak terkini, layari www.adidas.com.my dan www.facebook.com/adidasMY

(Visited 1,452 times, 1 visits today)