ALCE NERO PERSEMBAHKAN HIDANGAN SEIMBANG & KREATIF

Alce Nero, jenama organik terkemuka dari Itali telah memperkenalkan satu siri lima resepi perayaan yang sihat dan kreatif. Ia terdiri daripada masakan tradisional dan masakan fusion yang cukup enak, berkhasiat dan boleh dinikmati seisi keluarga.

 

Apa yang menarik, ke semua produk Alce Nero adalah 100% organik dan diiktiraf oleh undang-undang Kesatuan Eropah termasuklah tanaman, tanah pertanian, kilang pemprosesan, prosedur dan kandungan yang digunakan untuk pengeluaran.

 

Produk organik Alce Nero merangkumi rangkaian pasta kering, sos pasta, madu, minyak zaitun dan jem buah-buahan.

 

Selaku jenama pilihan kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar, Alce Nero sentiasa memperkenalkan resepi unik serta kreatif yang memanfaatkan produk-produk yang telah menerima persijilan organik.

 

Di samping itu, rangkaian produk Alce Nero ini  diperakui Halal oleh badan-badan persijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

 

Sempena musim perayaan ini, anda semua boleh menikmati hidangan tradisional dan fusion bersama citarasa Itali yang meningkatkan rasa semula jadi serta organik yang menggabungkan ramuan Asia bersama hasil tanaman Itali tulen dan berkualiti tinggi.

 

Cubalah hidangan Prosperity Lucky Rolls, Spageti Telur Masin bersama Filet Ikan, Udang Masak Asam Jawa Bermadu, Pai Carbonara dan Hotcakes Berinti Jem bersama Pir Rebusan Madu sebagai menu penuh atau dinikmati secara berasingan untuk melengkapkan masakan lain.

 

ALCE NERO

Diet Rendah GI

Makanan dengan indeks glycemic (GI) lebih rendah adalah tambahan yang baik dalam pemakanan harian kerana ia lambat diserap dan dicerna, seterusnya mampu meregulasikan kadar gula dalam darah dan insulin secara perlahan-lahan, serta nyata memberi faedah kepada kesihatan.

 

Diet rendah GI terbukti dapat menambah baik tahap glukosa dan lipid dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes (jenis 1 dan 2) . Ia berfungsi menjaga berat badan kerana dapat mengawal selera dan membuatkan anda lambat lapar.

 

Pasta Alce Nero mengandungi indeks glycemic (GI) lebih rendah dan kandungan protein tinggi, sekali gus membuatkannya sesuai untuk pesakit diabetes.

 

Alce Nero Perkenal Citarasa Timur Dan Barat

Nikmati citarasa Timur dan Barat yang terbaik dengan trend kulinari Telur Masin bersama spageti Itali Alce Nero. Ia kemudian dikontraskan pula dengan kemanisan filet ikan kicap bermadu yang berciri Asia.

 

Pai carbonara merupakan satu hidangan yang mengenyangkan. Ia menggabungkan spaghetti carbonara yang berkrim dengan keju di atasnya. Hidangan yang unik dan berbau enak ini akan membuatkan ahli keluarga dan tetamu anda ingin menambahnya.

 

Udang Masak Asam Jawa Bermadu menggunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero, Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan madu Wildflower Organik Alce Nero yang digandingkan dengan rasa masam asam jawa untuk sensasi kulinari yang pasti membuka selera.

ALCE NERO

Juadah Enak Kegemaran Ramai

Gunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero dan madu Wildflower Organik Alce Nero untuk hidangan Prosperity Lucky Rolls yang enak. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai hidangan ringan atau digabungkan bersama juadah lain.

 

Minyak zaitun dara ekstra Alce Nero diperbuat daripada buah zaitun terbaik yang dipilih di Sicily. Ia mengandungi rasa dan manfaat kesihatan jantung menerusi kandungan vitamin serta anti-oksidan yang tinggi.

 

Bagi memenuhi keinginan selera anda terhadap makanan manis, nikmati Hotcakes Berinti Jem bersama Pir Rebusan Madu. Pilihlah dari  jem organik Alce Nero yang terdiri daripada strawberi, plum, pic dan beri campuran untuk kek dan Alce Nero Organic Acacia Honey untuk pir rebusan madu anda.

 

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada buahan-buahan organik berkualiti tinggi. Ia tidak mengandungi gula tambahan dan pektin, demi memelihara rasa yang semula jadi.

 

Tulen dan semula jadi, Madu Organik Alce Nero mengandungi unsur anti-bakteria semula jadi. Ia tidak dipanaskan, sekali gus dapat mengekalkan segala nutriennya yang menyihatkan.

Madu ini juga merupakan satu sumber tenaga yang terbaik dan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan manis, mahupun lauk kegemaran anda.

 

Hidangan-hidangan ini pasti akan menjadi tarikan pada musim perayaan nanti. Setiap hidangan ini adalah gabungan ramuan Asia dan produk keluaran Itali untuk menghasilkan satu juadah yang akan menjadi kegemaran ramai.

 

CUBA RESEPI DI BAWAH!

alce cero

Spageti Telur Masin Bersama Filet Ikan Madu Dan Soya

Untuk hidangan 2-4 orang

 

Masa penyediaan:  25 minit

Masa Memasak : 20 minit

 

300 g Alce Nero Organic Spaghetti (dimasak)

4 biji kuning telur masin (dikukus selama 10 minit kemudian dilenyekkan)

2 cawan susu evaporasi

1 cawan stok sayuran (lebihkan jika perlu dicairkan)

½ cawan bawang kuning dihiris nipis

3 biji limau purut (dititik)

3 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

Garam dan lada hitam secukup rasa

 

4 keping filet ikan siakap

3 sudu besar kicap

2 sudu besar Alce Nero Organic Wildflower Honey

1 sudu kecil rempah Guinea

¼ sudu kecillada putih

½ sudu kecil  garam

2 sudu kecil Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

 

Pengurang pemasaman untuk perisa dan hiasan

1 cawan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar

1 sudu besar Alce Nero Organic Acacia Honey

 

Cara Memasak:

  1. Campurkan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan Alce Nero Organic Acacia Honey di dalam periuk dan panaskan secara perlahan. Didihkan selama 10-15 minit sehingga menjadi pekat dan melekat tebal apabila diletakkan pada belakang sudu sebelum dihidangkan.

 

  1. Perapkan filet ikan dengan kicap, Alce Nero Organic Wildflower Honey, rempah Gunea, lada putih, garam dan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil selama 30 minit.

 

  1. Bungkus filet ikan dengan kertas masakan dan masakkan dalam oven yang terlebih dahuu dipanaskan selama 20 minit pada suhu 200°C.

 

  1. Sapukan sedikit Alce Nero Organic Acacia Honey pada filet ikan sebaik sahaja masak.

 

  1. Panaskan 3 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil dalam kuali dan gorengkan bawang. Kemudian masukkan kuning telur masin dan masak sehingga berbuih. Tambahkan limau purut.

 

  1. Tuangkan susu evaporasi dan stok sayuran dan panaskan sehingga mendidih. Sebaik sahaja sos berkenaan pekat, tambahkan Alce Nero Organic Spaghetti dan gaul rata. Tambahkan perisa dengan lada dan garam.

 

  1. Masukkan spageti ke dalam pinggan dan letakkan filet ikan tadi. Siap untuk dinikmati.

 

Hotcakes Berinti Jem Bersama Pir Rebusan Madu

alce nero

Hidangan untuk 2-3 orang

Masa penyediaan:  20 minit

Masa Memasak : 30 minit

 

Adunan Hotcake

2 biji telur

30 g gula caster

220 ml susu

1 sudu besar ekstrak vanilla

200 g tepung

2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu besar minyak

 

Pilihan Alce Nero Organic Strawberry Jam, Alce Nero Organic Plum Jam, Alce Nero Organic Peach Jam or Alce Nero Organic Mixed Berries

 

Pear Rebus

2 biji pear  packham (dikupas dan dibuang biji)

600 ml air

60 g Alce Nero Organic Acacia Honey

120 g gula kasar

Kulit satu biji buah oren

1 batang kecil kayu manis

 

Krim putar untuk hidangan

 

Cara Memasak:

  1. Tuangkan campuran Alce Nero Organic Acacia Honey, gula, kulit oren dan kayu manis dalam periuk kecl dan didihkan sehngga gula larut.

 

  1. Masukkan pear dan masak perlahan selam 30 minit atau kurang bergantung kepada tekstur yang diinginkan.

 

  1. Kacaukan telur, gula dan susu sehingga berbuih dan menjadi tiga kali ganda lebih banyak daripada asal. Kemudian tambahkan ekstrak vanilla dan kacau semula selama 1 minit.

 

  1. Tapiskan tepung dan serbuk penaik. Canaikan dengan perlahan sehingga lembut dan tambahkan minyak. Gaulkan rata dan biarkan adunan selama 30 minit.

 

  1. Panas kuali dan licinkan dengan minyak (bersihkan lebihan minyak dengan tisu dapur, tidak perlu permukaan kuali yang berminyak); letakkan satu sudu jem di atasnya dan bungkuskan jem berkenaan dengan lapisan nipis adunan tersebut.

 

  1. Apabila adunan mula berbuih, balikkan hotcake itu. Masak sehingga kekuningan. Ulang langkah- langkah ini menggunakan baki adunan.

 

  1. Hidangkan hotcake berkenaan dengan potongan pear rebus, krim putar dan Alce Nero Organic Acacia Honey.

 

Pai Carbonara

alce nero

Bahan-bahan:

300g Alce Nero Organic Spaghetti, 200g bacon daging, 1 batang bawang perai (dihiris), 1 ikat daun selasih manis (dihiris), 2 telur besar, 3 kuning telur besar, 1 ½ sudu besar, 1 sudu besar lada hitam, 200g keju Parmesan disagat, 1 cawan krim segar

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan oven sehingga mencecah suhu 220˚C. Minyakkan periuk pai bersaiz 9 inci.
  2. Gorengkan bakon dengan sedikit minyak sehingga kedua-dua belah menjadi perang kemudian potongkannya menjadi kiub dan toskan minyak.
  3. Didihkan seperiuk air bersama 2 sudu besar garam, layukan bawang perai dan daun selasih selama 1 minit, keluarkan dan letakkan ke tepi.
  4. Gunakan air yang sama untuk melembutkan Alce Nero Organic Spaghetti selama 12 minit dan toskan.
  5. Sementara menantikan spageti lembut, gaulkan di dalam mangkuk besar telur, kuning telur, garam, lada, krim segar dan 100 g keju. Kemudian masukkan spageti panas; bawang perai dan daun selasih yang dilayukan; bakon dan gaulkan sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan itu ke dalam kuali pai yang telah disediakan dan taburkan lebihan keju ke atasnya.
  7. Bakar selama 35 minit atau sehingga menjadi perang.
  8. Potong kecil dan hidangan.

 

 

Udang Masak Asam Jawa Bermadu

alce nero

Bahan-bahan:

6-8 ekor udang harimau sederhana besar; 30 g pes asam jawa + 150 ml air; 2 sudu besar  Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil, 2 sudu besar Alce Nero Organic Balsamic Vinegar of Modean, 2 sudu besar Alce Nero Organic Wildflower Honey

Bahan-bahan rencah:

3-4 biji cili kering (dipotong sederhana besar), 2 tangkai daun kari, sebiji bawang dipotong panjang

 

Cara Memasak:

  1. Bersihkan udang, buangkan kulit dan keringkan.
  2. Gaulkan asam jawa dengan 150 air sehingga rata dan tapiskan untuk mendapatkan airnya.
  3. Gaulkan air asam jawa dengan garam, Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil dan Alce Nero Organic Wildflower Honey dalam mangkuk.
  4. Masukkan udang dan perapkan selama 20 minit dan letakkan ke tepi.
  5. Sementara itu, tumiskan cili kering; daun kari dan bawang menggunakan minyak panas sehingga rangup; keluarkan dan letakkan ke tepi.
  6. Tambahkan 1-2 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil kepada udang yang diperapkan.
  7. Masukkan udang berkenaan dalam bakul penggoreng udara. Masakkan pada suhu 180˚C selama 12-15 minit. Alihkan apabila masak dan tambahkan rencah serta hidangkan.

 

Prosperity Lucky Rolls

alce nero

Bahan-bahan

250 g daging ayam dipotong panjang; 3 biji sengkuang cina (dicincang);  satu labu bawang putih; 1 kepingan tauhu kering (fupei dipotong menjadi kepingan 6 x 8 inci), 1 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil (untuk meminyakan gulungan daging)

Perapan

1 sudu besar garam; ½ sudu besar lada; ½ sudu besar serbuk stok ayam; 1 sudu besar Alce Nero Organic Wildflower Honey, 1 sudu besar kicap cair; 1 sudu besar minyak bijan; 1 sudu besar tepung jagung; 1 biji telur kecil

Pes Tepung

2 sudu besar tepung dan 1 sudu besar air

 

 

Cara Memasak:

  1. Perisakan kepingan ayam dengan semua bahan perapan dan gaulkan sebati. Biarkan perapan berkenaan semalaman di dalam peti sejuk untuk membolehkan perisa tersebut terbentuk.
  2. Letakkan sebahagian daripada inti dalam kepingan tauhu kering dan gulungkan. Lekatkan tepiannya dengan pes tepung.
  3. Sapukan setiap gulungan daging yang disediakan dengan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil sehingga rata.
  4. Susunkan kepingan daging berkenaan dalam bakul pemasak udara dan masakkan pada suhu 160˚C selama 15 minutes atau sehingga gulungan berkenaan masak. Hidangkan dengan pencicah.

 

Untuk  mendapatkan lebih banyak resipi layari:

Laman web: Alcenero.asia

Facebook: AlceNeroMalaysia

 

BACA: RESEPI BROWNIES MUDAH & SEDAP