AMWAY LANCAR SISTEM RAWATAN UDARA KERETA PERTAMA

AMWAY hari ini memperkenalkan ATMOSPHERE DRIVE™, sebuah sistem rawatan udara yang direka untuk membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan anda.

 

ATMOSPHERE DRIVE™ merupakan sistem rawatan udara kereta yang pertama oleh AMWAY, pengeluar Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE™, jenama nombor satu dunia bagi sistem rawatan udara untuk kediaman. *

 

“Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ menggunapakai teknologi penurasan jenama ATMOSPHERE™ yang telah terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada pengguna di dalam kenderaan mereka – dimana pencemaran udara di dalam kereta boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar **,” kata Pengarah  Pembangunan dan Sokongan Produk Berdaya Tahan AMWAY, Bill Luke.

 

“Penggunaan penuras tiga dalam satu yang unik, ia mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99% zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan anda.”

sistem rawatan udara

Sistem Rawatan Udara Cegah Alahan

Teknologi penurasan tiga dalam satu ini, pertama sekali bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rambut dan debu. Kemudian, di peringkat kedua zarah zarah kecil dan asap akan disingkirkan.

 

Proses ini berupaya menyingkirkan zarah-zarah halus PM2.5 dan kontaminan bawaan udara utama yang lain. Selain itu, penurasan tiga dalam satu ini turut membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kenderaan anda.

 

“Penuras tiga dalam satu Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ bukan sahaja mampu mengurangkan kesan asap rokok dan ekzos, malah bahan pencemar kimia seperti formaldehid, toluena dan sebatian organik mudah meruap (VOC),” tegas Luke.

 

Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong ketika berucap pada majlis pelancaran berkata, “Kami percaya ATMOSPHERE DRIVE™ akan mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan 93% daripada rakyat Malaysia memiliki kereta***. Dengan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) 30m3/jam pada kelajuan maksimum, sistem ATMOSPHERE DRIVE™ sememangnya terbukti berprestasi tinggi. Disamping itu, ia juga merupakan sistem rawatan udara di dalam kereta yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mendapat pengiktirafan daripada British Allergy Foundation.”

 

British Allergy Foundation merupakan sebuah pertubuhan amal perubatan yang bekerjasama dengan pengeluar di seluruh dunia bagi menguji dan mempromosikan sesuatu produk dan perkakasan yang boleh memanfaatkan pesakit yang mengalami masalah alahan. Produk yang mendapat pengiktirafan seperti Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE™, telah melalui ujian saintifik yang dijalankan oleh makmal bebas mengikut protokol-protokol yang telah ditetapkan oleh pakar alahan ternama.

 

“AMWAY telah meningkatkan kualiti udara dalam kediaman untuk lebih daripada 3 juta penduduk di seluruh dunia dan sentiasa menawarkan penyelesaian inovatif bagi membekalkan kualiti udara yang lebih bersih dan selamat – sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan,” tambah Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong. “Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ memberikan ketenangan minda kepada pengguna, apabila mereka mengetahui bahawa keluarga mereka menghirup udara yang bersih ketika berada di dalam kenderaan mereka.”

sistem rawatan udara

Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE™ hanya boleh didapati melalui Pemilik Perniagaan AMWAY dan  boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November 2017 dengan harga RM1,887.50 termasuk 6% GST. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://www.amway.my/ atau hubungi AMWAY Malaysia di talian +603-7946-2800.

 

BACA – 7 CARA MENJAGA KESIHATAN BADAN AGAR POWER!