JOM, TAMBAT SELERA ANAK-ANAK DENGAN PREGO BUDDIES

Dah cuba tambat selera anak-anak anda dengan Prego Buddies? Kalau belum, cubalah! Baru-baru nie Prego, pakar  hidangan  pasta telah melancarkan Prego Buddies  iaitu  pasta  kering  berbentuk  menarik untuk  kanak-kanak.

Prego Buddies diperbuat daripada serbuk  bayam dan tomato asli serta  didatangkan  dalam  beraneka  bentuk  bertemakan sukan serta angkasa yang  pastinya dapat membantu para ibu memikat selera anak-anak mereka untuk  menikmati  hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan.

Apa yang lebih hebat ialah ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit. Senang dan cukup menjimatkan masa, kan.

Menurut Pengarah  Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara,  Michelle Nunis, Prego sentiasa komited dalam usaha menjadikan masa makan sebagai detik yang  menggembirakan bagi seluruh ahli keluarga.

“Sebagai pakar pembuat pasta, kami ingin memastikan setiap hidangan yang dimasak untuk keluarga adalah enak,  seronok dan mudah disediakan menerusi  keluaran pasta terbaharu untuk kanak-kanak ke dalam rangkaian pasta kering Prego.”

Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja  untuk  menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang  dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta  Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa  gembira.

“Sebagai seorang ibu, saya sememangnya amat memahami cabaran untuk  memastikan  anak-anak kita  menghabiskan  makanan  serta  memakan  sayur-sayuran,  terutama  sekali  bagi  anak-anak  yang  berusia  antara  3  hingga  12  tahun.  Kini,  dengan  Prego  Buddies,  para  ibu  dapat  menyediakan  hidangan  yang  mengandungi  khasiat  sayuran  dan  menjadikan  masa  makan  mereka  lebih  menyeronokkan.

“Prego turut  membantu  para  ibu  agar  lebih  kreatif  dalam  menyediakan  hidangan  bertemakan  barat  atau  tempatan  untuk  si  cilik  dengan  resipi  hidangan  pasta  menggunakan  Prego  Buddies  dan  beraneka  pilihan  sos  pasta  Prego,” tambah  Michelle lagi.

prego buddies

 

Anak-anak Personaliti Popular Gemarkan Prego Buddies

Turut  hadir  pada  majlis  pelancaran  yang  diadakan  di  Sunway  Pyramid  itu  ialah  selebriti dan pelakon  wanita  terkenal,  Scha  Alyahya  dan  anaknya  Lara  Alana;  pengacara  radio  dan  TV,  Gan  Mei  Yan  dan  anaknya  Jo;  tukang  masak  cilik,  Danish  Harraz;  maskot  Prego  Buddies,  Buddies  dan  watak  siri  animasi  popular  Malaysia,  BoBoiBoy.

“Saya  berasa  amat  teruja  kerana  dapat  menyertai  majlis  keraian  ini  bersama-sama  dengan  anak  saya,  Lara  yang  turut  menggemari  pasta.  Kami  berpeluang  menyediakan  Prego  Buddies  untuk  Lara  pada  minggu  lepas  menggunakan  pasta  bertemakan  sukan  dan  dia  amat  menyukai  bentuk-bentuk  berkenaan.  Saya  berasa  sangat  gembira  kerana  dapat  menyediakan  sesuatu  yang  baru  untuk  Lara  dan  pada  masa  sama  mengetahui  yang  dia  turut  mendapat  hidangan  yang  mengandungi  sayur-sayuran,” jelas  Scha.

prego buddies

“Si  kecil  saya,  Jo  suka  meneroka  dan  masa  makannya  mesti  turut  sama  menyeronokkan!  Dia  amat  teruja  dengan  pasta  bertemakan  angkasa.  Saya  menyediakan  hidangan  pasta  untuknya  dengan  menambah  ayam  serta  sayur-sayuran  dan  sebagai  hidangan  ringkas  antara  masa  makan.  Saya  berasa  amat  gembira  kerana  mempunyai  pilihan  untuk  menyediakan  hidangan  yang  lengkap  dengan  cepat  dan  saya  tidak  sabar  untuk  menikmatinya  bersama-sama  dengan  anak  saya  sama  ada  untuk  makantengah  hari  atau  pada  bila-bila  masa  sahaja,” kata  Mei  Yan.

Pada  majlis  itu,  Danish  Harraz  yang  baru  berusia  sebelas  tahun  turut  mempamerkan  bakatnya  dalam  bidang  masakan  dengan  menyediakan  salah  satu  daripada  dua  resipi  ciptaannya  yang  menggunakan  Prego  Buddies  dan  sos  pasta  Prego.  Apa  yang  pasti,  hidangan  Buddies  Ayam  Keju  hasil  air  tangannya  itu  telah  mendapat  sambutan  hangat  dari  kalangan  para  selebriti  serta  media  yang  dijemput  ke  majlis  berkenaan.

“Saya sememangnya  sudah  lama  meminati  Prego  dan  merasa  amat  gembira  kerana  diberi  peluang  untuk  mencipta  resepi  saya  sendiri  menggunakan  Prego  Buddies.  Pasta berkenaan  membolehkan  anda  menyediakan  hidangan  yang  mudah  atau  mencipta  satu  resipi  yang  sangat  kreatif.  Kedua-dua resepi  yang  dicipta  oleh  saya  itu  boleh  disediakan  dalam  masa  yang  singkat  dengan  menggunakan  beberapa  ramuan  yang  mudah,”ujar  Danish.

Para ibu  dan  anak-anak  boleh  mendapatkan  inspirasi  untuk  mencipta  resipi  mereka  sendiri  di  laman  sesawang  berkenaan  sementara  anak-anak  menerokai  aktiviti  menyeronokkan  bersama-sama  dengan  Buddies.

Prego Buddies didatangkan  dalam  dua  varian  berbeza  iaitu  pasta  bertemakan  bentuk  sukan  dan  angkasa,  sesuai  untuk  kanak-kanak  berusia  tiga  tahun  ke  atas.  Ia  diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli  serta  boleh  didapati  dalam  pek  200g,  pada  harga  runcit RM 2.35.

Para  penggemar pasta  boleh  mendapatkan  resepi  istimewa  hasil  ciptaan  Danish  dan lain-lain resepi  di  www.pregobuddies.com.