9 JENIS MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK ENGGAN ATAU  KURANG MAKAN NASI

ANAK TIDAK MAHU ATAU KURANG MAKAN NASI? JANGAN BIMBANG, ADA BANYAK ALTERNATIF NASI SEBAGAI SUMBER KARBOHIDRAT.

 

Nasi memang mengandungi karbohidrat yang mampu memberikan energi untuk anak kita, tetapi nasi bukan satu-satunya sumber karbohidrat. Ada banyak makanan lain di persekitaran kita yang mengandungi karbohidrat.

 

BERIKUT 9 JENIS MAKANAN YANG MENGANDUNGI KARBOHIDRAT DAN SAMA FUNGSINYA SEPERTI NASI.

 

  1. PASTA

Ada banyak pasta seperti makaroni, penne, elbow, fettucini, conchiglie,  spaghetti dan lasagna yang dijual di pasaran. Pasta ini boleh dikategorikan sebagai sumber karbohidrat.

 

Lagipun teknik memasaknya pun cukup mudah dan yang membezakannya hanya topping untuk memberikan rasa daripada setiap pasta tersebut.

 

Kita boleh mensesuaikannya dengan sos pasta tomato ataupun keju. Letak daun oregano dan daging ayam cincang. Tumis dengan minyak zaitun dan sedikit bawang putih. Kalorinya pun lebih banyak daripada nasi. Begitu juga kandungan karbohidratnya yang menjadi sumber energi untuk anak.

kurang makan nasi

  1. BIHUN

Bahan asas pembuatan bihun biasanya daripada beras. Bihun juga sangat mengenyangkan dan kita tidak perlu bimbang walaupun anak kita tidak mahu atau kurang makan nasi.

 

Cubalah masak bihun goreng sebagai penganti nasi. Gandingkan bihun bersama salmon rangup dan kaya dengan asid lemak.

kurang makan nasi

  1. MEE

Jika bimbang dengan bahan pengawet yang terdapat dalam mee, kita boleh membuat mee sendiri dan mencampurnya dengan pelbagai sayuran kesukaan anak.

 

Pastikan kita membuat mee daripada bahan-bahan pilihan yang berkualiti, salah satunya tepung gandung berprotein tinggi. Di samping itu, jangan lupa kombinasikan dengan sayuran hijau.

 

Ia bukan sahaja akan membuatkan warna mee nampak lebih menarik, tetapi kaya dengan nutrisi yang akan membuatkan mee jadi lebih sihat untuk dinikmati oleh anak-anak yang kurang makan nasi.

  1. ROTI GANDUM

Dengan pelbagai toping, campuran buah-buahan, kismis, keju dan sebagainya anak-anak pasti menyukainya.

 

Memakan roti yang mempunyai daging cincang dan sebagainya serta sayuran mengandungi zat yang sama dengan memakan nasi dengan lauk pauk yang lengkap. Di samping itu intipati roti dengan kandungan glisemik rendah akan memberikan energi untuk tempoh yang lebih lama.

kurang makan nasi

  1. UBI KENTANG

Ubi kentang sering menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang enak ternyata mengandungi khasiat yang melimpah di dalamnya.

 

Pengambilan ubi kentang dalam jumlah yang mencukupi sudah seimbang dengan pengambilan nasi yang anak-anak nikmati sehari-hari.

 

Ubi kentang selain kaya dengan kandungan serat, ia adalah sejenis bahan makanan yang tinggi kalorinya namun rendah kolesterol. Jadi, tidak hairanlah ubi kentang ini menjadi sumber energi yang sihat.

 

  1. LABU KUNING

Buah labu kuning  yang multifungsi ini boleh diolah menjadi pelengkap sayur-sayuran ataupun menjadi kudapan ringan.

 

Jika anak kita tidak lalu atau kurang makan nasi, kita boleh menggantikannya dengan labu kuning yang kaya dengan karbohidrat.

 

Kita boleh buat kek, donat, sup atau pun puding daripada labu. Selain mempunyai zat yang menyihatkan, warna kuning yang terang juga sangat mampu menarik minat anak untuk menikmatinya.

kurang makan nasi

  1. PISANG

Jangan susah hati sangat jika anak-anak kita kurang makan nasi. Ini adalah kerana apapun jenis pisang, ia sangat bagus dinikmati oleh anak dalam jumlah berapa pun.

 

Buah ini bermanfaat untuk kesihatan dan mampu menguatkan daya ketahanan badan anak.

kurang makan nasi

 

  1. JAGUNG MANIS

Selain digunakan sebagai pelengkap sayuran, jagung juga boleh digunakan sebagai penganti pengambilan karbohidrat yang diperlukan oleh anak.

 

Jagung boleh diolah sebagai kudapan, sangat enak, kandungan nutrisinya juga lengkap. Apatah lagi jika dikukus kemudian digaul dengan susu pekat manis serta ditaburi keju.

kurang makan nasi

  1. BUAH EPAL DAN PEAR

Buah epal atau buah pear boleh dijadikan alternatif buat anak-anak kita yang tak suka atau kurang makan nasi. Ini adalah kerana epal dan pear mengandungi karbohidrat.

 

Rasanya yang manis dan enak sudah pasti disukai oleh anak-anak kita.Buah epal kaya dengan zat penting, misalnya antioksidan, vitamin A,C,E, mineral, kalium, kalsium, fosfor dan mineral lainnya.

 

Manakala buah pear pula mengandungi banyak vitamin A, B, C, niasin, folik, kalium dan kalsium. Selain itu, pear juga rendah kandungan sodium dan tidak mengandungi lemak jahat.

kurang makan nasi

Semoga tip dan informasi tentang jenis-jenis makanan terbaik untuk anak yang enggan atau kurang makan nasi ini bermanfaat dan dapat menghilangkan segala kerisauan kaum ibu yang berhadapan dengan masalah ini.

 

BACA: CARA PENYEDIAAN MAKANAN YANG SIHAT