ANAK LANGSUNG TAK MINAT MEMBACA BUKU? CUBALAH 5 TIP MUDAH INI, MANA TAU MENJADI!

Bagi yang minat membaca buku sudah pasti merasakan aktiviti ini cukup menyeronokkan! Banyak perkara yang boleh kita peroleh dari  membaca buku.

Bagaimana pula ya kalau anak-anak kita langsung tak minat membaca buku. Aduhai… apa yang perlu kita lakukan?

Sebagai ibu, sudah pasti kita akan berasa resah dan bimbang apabila menyedari si kecil kesayangan kita tidak minat membaca buku. Apatah lagi, kita sedia maklum bahawa buku adalah sumber ilmu. Apa akan jadi jika mereka tidak suka membaca buku?

minat membaca

BERIKUT BEBERAPA CARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN SUPAYA ANAK MINAT MEMBACA BUKU:

  1. BIARKAN ANAK PILIH BUKU YANG DISUKAI

Biarpun anak telah belajar teknik membaca di tadika dan sebagainya, teruskan kebiasaan kita untuk membaca bersama-samanya.

Biarkan dia memilih buku-buku kegemarannya dan elok juga jika kita perkenalkan kepadanya dengan pelbagai genre buku. Misalnya, cerita klasik, dongeng, fiksyen dan non fiksyen.minat membaca

  1. BERIKAN BUKU-BUKU YANG SESUAI DENGAN MINAT ANAK

Mencari buku yang sesuai untuk anak-anak sebenarnya tidak mudah. Ada faktor psikologi dan sosial yang perlu kita pertimbangkan ketika memilih muka.

Fahami karakter anak ketika kita memilih buku untuk mereka. Apa yang anak-anak mahukan, itulah yang mereka inginkan. Cuba selami apa yang diminati oleh anak-anak dan carilah buku yang ringkas dan mudah dibaca.minat membaca

  1. AJAK KE PERPUSTAKAAN ATAU KEDAI BUKU

Gunakan hari cuti hujung minggu sama, ada Sabtu atau Ahad untuk mengajak anak-anak kita ke perpustakaan atau kedai buku.

Biarkan mereka menghabiskan masa sejam dua di situ. Mahu tak mahu mereka tentunya akan turut sama membaca. Lakukan kebiasaan ini secara rutin bagi menanamkan minat membaca.minat membaca

  1. HADKAN MASA MENONTON TV DAN BERMAIN GAJET

Sejak kecil lagi sebaiknya kita telah mengatur waktu anak, termasuklah dalam perkara memupuk minat membaca ini. Namun, kita tetap perlu memberikan mereka kebebasan.

Cara ini akan membuatkan anak-anak jadi terbiasa dengan rutin harian yang sudah disepakati. Misalnya, tetapkan waktu membaca buku sekitar jam 8 malam dan duduklah di sampingnya sambil membaca buku atau majalah.

Cara ini akan memotivasinya untuk membaca. Jangan sesekali menonton TV atau bermain handphone di sampingnya. Nanti akan ada sikap malas yang wujud dalam jiwanya apabila melihat ibu atau bapanya  tidak mencontohi perkara yang baik-baik.minat membaca

  1. CIPTA TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEMBACA

Hiasi kediaman dengan buku. Tak semestinya kita perlu menyediakan ruangan khas sebagai mini perpustakaan di rumah.

Memadai jika kita menyediakan satu sudut untuk dia bersantai sambil membaca buku. Misalnya, di ruang tamu ataupun dibilik tidurnya. Letakkan rak-rak rendah yang boleh dia meletakkan buku-bukunya, bantal-bantal kecil serta dan sebagainya supaya anak selesa dan timbul minat membaca buku.

minat membaca

Di samping itu, tunjukkan betapa seronok atau asyiknya membaca. Pamerkan memek muka atau berekspresi sewaktu membaca. Jangan hanya membacakan mereka buku ketika hendak tidur sahaja.

Sebaliknya jadikanlah buku sebagai aktiviti menarik pada setiap hari. Dampinginya membaca.

Kunci utama untuk menanamkan minat membaca buku pada anak-anak adalah dengan bersikap tenang dan sabar. Kita perlu mengawal emosi ketika anak kita liat apabila disuruh untuk belajar atau membaca buku.

Mengajak atau menyuruh mereka belajar dengan cara memarahi, berkeras ataupun menggugut tidak akan menghasil sebarang keuntungan. Sebaliknya anak-anak kita akan menjadi semakin malas serta tidak minat membaca kerana terfokus pada emosi kita.

Kebiasaan membaca harus ditanam sejak kecil supaya anak kita tidak malas dan mampu menambah wawasannya. Jika anak kita kurang menunjukkan minat tersebut, perlahan-lahan tenang dan sabar.

Insya-Allah cepat atau lambat anak akan menuruti kata kita. Mohonlah pada-Nya, moga dibukakan, dilembutkan hati anak-anak kita supaya ada minat membaca buku. Yakinlah setiap anak kita itu istimewa!