ANTABAX MENANG ANUGERAH JENAMA KESIHATAN MALAYSIA 2017

Siapa tidak kenal Antabax, bukan? Baru-baru ini Antabax, jenama penjagaan peribadi yang terkenal dengan perlindungan antibakteria 24 jam menjadi pemenang Anugerah Jenama Kesihatan Malaysia 2017, dalam kategori Home Health Care Product (Penjagaan Kesihatan Rumah).

 

Anugerah Produk Penjagaan Kesihatan Rumah berkenaan dimenangi oleh dua produk yang dicalonkan iaitu Krim Mandian Antibakteria Antabax dan Tisu Pembersih Antibakteria Antabax.

kesihatan badan

Kesihatan Malaysia Untuk Kemakmuran Bersama

Antabax memberikan perlindungan sepanjang hari dan membasmi 99.9% kuman berbahaya. Produk-produk Antabax juga dirumus dengan vitamin untuk kukit dan Derma Protect System (Sistem Penjagaan Kulit) yang mengandungi Serum Micro Moisture yang menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Ujian dermatologi menunjukkan semua produk Antabax amat sesuai untuk kulit halus menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian.

 

Menurut Pengurus Besar Kanan Penjagaan Peribadi dan Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, En. Francis Ng, pengiktirafan yang diberikan oleh pihak Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 ini merupakan satu penanda aras penting untuk Antabax.

 

Anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 dianjurkan oleh Sin Chew Daily dan Life Magazine. Manakala panel hakimnya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Chen Chaw Min dan disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; Persatuan Kesihatan Malaysia; Persatuan Nutrisi Malaysia; Persatuan Jenama Malaysia; Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia.

 

Di samping itu, semua produk Antabax  disahkan Halal, secara tidak langsung memberikan keyakinan penuh kepada pengguna Muslim untuk menggunakannya.

 

Jadilah sebahagian daripada komuniti Antabax untuk mendapatkan panduan kebersihan terbaik untuk kehidupan yang lebih sihat, selamat serta menyakinkan.

Pilihlah produk ini yang telah diiktiraf oleh Kesihatan Malaysia untuk kegunaan seisi keluarga. Semestinya ia telah terbukti selamat dan menjadi pilihan ramai tanpa mengira status sosial.

Produk yang mudah dan boleh didapati dengan harga berpatuta seperti Antabax ini membolehkan seisi keluarga mendapat perlindungan yang berpanjangan selepas penat melakukan aktiviti seharian dan terdedah kepada pelbagai bakteria dan pencemaran.

 

Facebook: NewAntabax

BACA: 6 KHASIAT VITAMIN E UNTUK KESIHATAN KULIT DAN BADAN