POND’S AGE MIRACLE BAHARU ANTI PENUAAN UNTUK WANITA AKTIF

Jika anda mencari produk yang diyakini sebagai anti penuaan, teruskan membaca. Pond’s Institute memperkenalkan Pond’s Age Miracle BAHARU, dengan Retinol-C Kompleks yang bertindak secara berterusan selama 24 jam untuk memperkasakan wanita moden zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup tanpa henti.

 

“Pond’s percaya bahawa penuaan ialah sesuatu yang amat peribadi. Pilihan gaya hidup wanita – tekanan, pendedahan kepada matahari, waktu tidur dan pemakanan serta cara hidup mereka akan memberi kesan kepada cara penuaan kulit,” kata Kaka Azraff, penyanyi dan pelakon.

 

Wanita moden zaman sekarang memilih kehidupan yang berlainan sama sekali iaitu kehidupan tanpa henti. Hidup mereka  berbilang dimensi dan memerlukan kecergasan tinggi. Mereka mahu mencapai yang terbaik dalam setiap dimensi hidup mereka.

 

“Wanita zaman sekarang bersemangat dan bertekad untuk mencapai semua matlamat dan impian, sambil mengimbangkan pelbagai peranan, keutamaan dan keinginan pada masa yang sama,” kata Kaka.

anti penuaan

 

Pond’s Institute mendapati bahawa kesan persekitaran yang kurang sihat digabungkan dengan gaya hidup moden, sibuk tanpa henti, akan melemahkan dan menuakan kulit dengan lebih cepat.

 

“Wanita hari ini mencorakkan hidup mereka tanpa henti dan menerima cara hidup ini dengan tangan terbuka. Di Pond’s, kami mahu memperkasakan wanita agar mereka mempunyai keyakinan untuk mengatur perjalanan setiap hari mereka untuk melakukan lebih banyak, berusaha lebih tinggi, mencapai lebih lagi tanpa henti. Kami mahu wanita tahu bahawa kulit mereka mampu mengikut rentak hidup mereka sepanjang hari,” Arnaud DeFontgalland, Naib President Global Pond’s kongsi.

anti penuaan

Retinol-C Kompleks Mengandungi Bahan Aktif Anti Penuaan 24 jam

Dihasilkan dengan Retinol-C Kompleks, yang mencerminkan kejayaan teknologi retinoid, Pond’s Age Miracle BAHARU bertujuan untuk menetapkan piawaian emas baru dalam dunia teknologi antipenuaan. Teknologi baharu yang serba maju ini memberikan dua kali ganda kuasa pembaharuan kulit dan bahan aktif anti penuaan  berterusan sepanjang hari untuk membaiki kedutan dengan pantas.

 

Yolanda Zhou, PhD, Pengurus Kanan Reka Bentuk Produk Pond’s Global, mengulas, “Ini bukan sahaja satu penyelesaian anti penuaan tanpa henti pertama POND’S yang bertindak selama 24 jam, malah kami juga mendapati melalui kajian klinikal baru-baru ini bahawa teknologi Retinol-C Kompleks baharu kami  mempunyai dua kali ganda kuasa Retinoid untuk mengurangkan kedutan yang digunakan oleh jenama produk Antipenuaan terkenal.”

anti penuaan

Yolanda menjelaskan selanjutnya, “Pond’s Age Miracle baharu meresap masuk ke dalam lapisan epidermis paling dalam kulit untuk mengeluarkan bahan aktif antipenuaan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti.”

 

Ia terbukti secara klinikal untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus dalam minggu pertama penggunaan. Dengan menguatkan kulit dari dalam, Pond’s Age Miracle baharu membina asas untuk kulit tampak lebih licin dan kental, muda dan berseri di luar.

 

Retinol-C Kompleks baharu terpaten Pond’s memberi kesan antipenuaan Retinol yang lebih mujarab dan ia lebih lembut kepada kulit, menjadikan ia imbangan paling sempurna antara kemujaraban dan kelembutan. Penyelesaian antipenuaan ini memberi kemujaraban piawaian dermatologi kepada wanita, untuk kuasa antipenuaan tanpa henti.

 

”Untuk menentang punca penuaan kulit, Retinol-C Kompleks baharu kami menggabungkan kemujaraban Retinol yang dipercayai dengan kesan penggalak Climbazole untuk membantu mengurangkan kemunculan kedutan dari dalam dan menjadikan kulit muda dan berseri di luar,” kata Yolanda.

 

Harga Runcit Selepas GST

Pond’s Age Miracle Day Cream 50g – RM52

Pond’s Age Miracle Night Cream 50g – RM52

Pond’s Age Miracle Eye Cream 15ml – RM52

Pond’s Age Miracle Intensive Wrinkle Correcting Cream 50ml – RM59.90

anti penuaan

 

HASIL KAJIAN KLINIKAL/PENGGUNA

  • Kajian klinikal/pengguna terhadap penggunaan Krim Siang Hari selama 12 minggu menunjukkan kesan berikut:
    1. 96% peserta bersetuju bahawa produk memberi kesan setanding rawatan kedutan profesional
    2. 98% peserta mendapati kegebuan yang jelas mengurangkan garis halus dan kedutan
    3. 100% peserta mendapati kulit menjadi cerah & sekata, muda dan berseri selepas menggunakan produk

 

  • Kesan positif lain termasuk:
    1. Selepas penggunaan hari pertama: Kulit tampak muda dan berseri
    2. Hari ke-7: Warna kulit lebih sekata
    3. Day ke-14: Garis halus nyata berkurangan.

Facebook Pond’s : Pond’s Malaysia

 

BACA: 6 CARA JADI CANTIK SEPANJANG HARI