SELAIN ANDA TAHU KEBAIKAN CHIA SEEDS, IA ADA KEBURUKAN TERHADAP KESIHATAN! BACA DI SINI!

Kebaikan chia seeds memang banyak diwar-warkan. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini menikmati chia seeds (salvia hispanica) atau biji chia sedang menjadi trend. Tapi tahukah anda bahawa ada keburukannya yang perlu ada ketahui juga. 

Tak kiralah makanan manis ataupun masin, semuanya boleh digandingkan bersama chia seeds. Ada yang suka meletakkan taburan chia seeds pada puding, roti, yogurt, salad dan juga nasi putih. Ada juga yang mencampurkannya dengan air sehinggi bentuknya menyerupai gel.

Chia adalah biji-bijian yang diperoleh dari tanaman yang tumbuh di sekitar gurun di Mexico. Chia seeds merupakan biji-bijian semulajadi yang tidak diproses menggunakan teknologi cangih serta bahan-bahan kimia. Biji chia boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan sebagai bahan tambahan makanan.

Chia seeds seakan biji selasih.Terdapat beberapa perbezaan di antara chia seeds dengan biji selasih. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air sebelum dinikmati. Manakala biji chia pula boleh digunakan secara langsung, sama ada ditabur atau dicampurkan begitu sahaja.

Selain itu, warnanya juga berbeza. Biji selasih berwarna hitam, apabila terkena air akan muncul selaput putih jernih yang menyelimuti biji selasih. Chia seeds mempunyai banyak warna, hitam, coklat, kelabu dan putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.

Perbezaan tentang kebaikan chia seeds dan biji selasih tetap ada. Chia seeds mengandungi antioksidan, serat, kalsium, magnesium, fostor, zink, vitamin B3(niacin), potassium,vitamin B1(thiamine), omega-3 dan vitamin B2.
Selain kaya dengan kandungan nutrisi, biji chia juga tahan lama dan boleh disimpan dalam keadaan kering sekitar 4-5 tahun lamanya. Sepanjang tempoh tersebut, biji chia tidak akan mengalami penurunan rasa, bau mahupun zat serta nutrisinya.

kebaikan chia seeds

BERIKUT ANTARA KEBAIKAN CHIA SEEDS UNTUK KESIHATAN:

• MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Biji chia sangat popular untuk menurunkan berat badan. Ia mampu menyerap air sehingga membentuk gel, menyerap air lebih banyak.

Keadaan ini akan memberikan efek rasa kenyang yang lama. Bukan itu sahaja, biji chia dapat membantu seseorang itu mengatasi keinginannya untuk makan atau mengunyah dengan cara mencegah masuknya beberapa makanan ke dalam sistem badan. Ini adalah kerana biji chia mencegah penyerapan kalori ke dalam tubuh.

kebaikan chia seeds

• MENYERAP GULA SERTA BAIK UNTUK PENDERITA DIABETIS
Biji chia boleh memperlambatkan proses konvensi dari karbohidrat menjada gula darah.

Ianya terjadi ketika chia seed dinikmati bersama-sama sewaktu pengambilan karbohidrat, ia akan tercipta menghalang antara karbohidrat serta penghadaman enzim.

kebaikan chia seeds

• MENCEGAH KANSER
Efek radikal bebas yang berasal dari gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan segera yang mengandungi banyak zat pengawet dan kebiasaan pengambilan minuman keras merupakan penyebab utama penyakit kanser.

Ianya memberikan impak negatif pada sistem ketahanan badan kita. Perkara ini akan menyebabkan daya ketahanan badan berkurangan dan menganggu sistem metabolisme badan.

Inilah yang membuatkan sel kanser mula merebak, sehingga dengan pengambilan antivirus seperti chia seeds dengan tepat dapat meminimakan kerosakan sel-sel badan.kebaikan chia seeds

PENGAMBILAN CHIA SEEDS YANG TIDAK TEPAT BAIK DARI SEGI JUMLAH DAN JUGA PENYEDIAANNYA BOLEH MENIMBULKAN BAHAYA PADA KESIHATAN BADAN. ANTARANYA:

• SAKIT TEKAK
Jadi, pengambilan chia seeds perlu betul-betul lembut ketika kita menelannya.kebaikan chia seeds

• PEDIH ULU HATI
Jika dimakan secara berlebihan dan tidak meminum air yang banyak setelah menikmatinya.kebaikan chia seeds

• PERUT KEMBUNG
Bagi mengelakkan perut kembung, pengambilan chia seeds perlu dicampur dengan makanan lain yang banyak mengandungi air.kebaikan chia seeds

• ALERGI KULIT
Bagi kita yang alergi dengan lemak tepu akan muncul ruam kemerahan pada kulit.kebaikan chia seeds

• TIDAK SESUAI BAGI YANG BERBADAN KURUS
Chia seeds mengandungi protein tinggi yang akan mengurangkan rasa lapar. Ia lebih sesuai untuk orang yang mahu menurunkan berat badan.  Bagaimanapun untuk si kurus, sebaiknya elak daripadanya mengambilnya selalu kerana dikhuatiri anda akan kekurangan zat makanan akibat kurang makan.

kebaikan chia seeds

 

Ramai yang mengetahui kebaikan chia seed untuk kesihatan badan, tetapi tidak mengetahui efek buruknya jika diambil secara berlebihan tanpa penambahan air masak yang mencukupi.

Semoga artikel kebaikan chia seeds dan juga bahayanya bermanfaat untuk kita semua.