APA NAK DIBAWA DALAM PERCUTIAN TAHUN BARU CINA INI YA?

Sempena Cuti Tahun Baru Cina ini, anda pasti sudah merancang percutian keluarga atau pun balik ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta.

 

Jika anda mempunyai anak kecil, tentunya anda akan tertanya-tanya apakah yang perlu disiapkan sekali untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul kepada si kecil sewaktu bercuti.

 

Bagi membantu hal ini, 3M telah menyenaraikan perkara yang perlu ada dalam kit percutian anda supaya anda sekeluarga dapat menikmati cuti ini dengan penuh tuah dan makmur.

 

 

Persediaan Kit Pertolongan Cemas

 

Sama ada kurang tidur atau terlepas waktu makan, jet-lagged atau makan makanan yang kurang sihat, anak selalunya akan mendapat sakit sewaktu bercuti.

 

Lengkapkan kit kecemasan anda dengan thermometer, pengelap antiseptik dan ubat-ubatan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

 

Untuk kanak-kanak yang ada alergi, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar pediatrik untuk mendapatkan ubat sekiranya ada kecemasan.

 

Begitu juga dengan luka kecil atau tercalar yang tidak boleh diambil ringan. Sertakan satu atau dua kotak Nexcare™ Clear Waterproof Bandages untuk menyediakan perlindungan 360° terhadap luka daripada terkena air, kekotoran dan kuman.

percutian

Untuk anak kecil, cubalah  Nexcare™ Tattoo Waterproof Bandages yang mempunyai rekaan kegemaran mereka.

percutian

 

Memberi Ketenangan Buat Ibu

Masalah bayi meragam akibat ruam lampin, kulit sensitif atau alergi kulit memang akan memberi tekanan kepada keluarga khususnya ibu.

 

Kulit bayi akan mudah terjejas kerana sesetengah krim ruam lampin di pasaran tertalu kuat dan melekit. Hal ini membuatkan bayi anda lebih rasa tidak selesa dan tidak mahu diam terutama apabila ia memerlukan sapuan yang lebih.

 

Cubalah, 3M™ Cavilon™ Durable Barrier Cream. Ia bebas Paraben, pH seimbang, hypoallergenic dan melindugi kulit bayi untuk keselesaan yang berpanjangan dan mengelak ruam lampin.

 

Ia sangat berpatutan kerana anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja iaitu lebih kurang saiz kacang pis untuk sapuan ke kawasan yang sakit.

 

Ia juga kalis air dan hanya perlu guna sedikit sahaja berbanding produk pelembab yang lain. Oleh sebab itu ia amat menijimatkan masa dan tenaga.

percutian

 

Bawa Bersama Snek Sihat

Seperti yang kita sedia maklum, snek dapat menghapuskan rasa bosan. Jadi, bawalah snek sihat untuk anak-anak bagi mengisi masa terluang mereka. Snek sihat seperti jejari sayur, buah, biskut, air tapisan dan jus dapat mengurangkan rasa lapar di antara waktu makan dan mengelakkan kebosanan.

percutian

 

Apabila Anda Tidak Mampu Bertahan Lagi!

Pernah tak rasa sakit perut memulas atau ingin membuang air kecil tetapi anda sedang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas atau baru sahaja terlepas kawasan rehat? Dengan 3M™ Portable Toilet, masalah yang mencemaskan ini dapat diselesaikan segera, terutama kanak-kanak di dalam kereta.

 

Tandas pakai buang ini diperbuat dalam saiz yang kompak, dengan teknologi revolutionary untuk menyerap air dan mengubahnya menjadi beg yang tidak berbau, tidak tumpah yang bukan non-toxic dan selamat untuk dinyahkan.

percutian

 

Kekalkan Kecergasan Di Perjalanan

Mungkin anda berada dalam perjalanan sepanjang malam atau baru sahaja berhenti menikmati nasi lemak sebelum anda sampai ke destinasi. Apa pun, 3M™ Clinpro™ Tooth Crème boleh menggantikan berus gigi biasa anda. Tanpa perlu membilas, hanya letakkan ubat gigi dan terus gosok gigi anda. Ingat jangan telan dan anda sudah boleh bersiap sedia.

percutian

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, 3M mengadakan promosi dan diskaun menarik bermula 1 Februari hingga 21 Februari 2018 di Lazada! Beli satu Cavilon™ Durable Barrier Cream 92 gram dan dapatkan satu Cavilon™ Durable Barrier Cream 28 grams PERCUMA. Malah, pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga 28% bagi Clinpro™ Tooth Crème dan 50% diskaun bagi 3 pek 3M™ Portable Toilet.

 

Juga, nikmati 20% diskaun ke atas produk Nexcare™ yang disebut di atas bermula 1 Februari hingga 21 Februari  2018 di www.guardian.com.my

 

BACA: SEMAK 5 CARA JADIKAN PERCUTIAN KELUARGA LEBIH BERMAKNA