ATASI BIBIR KUSAM DENGAN MENTHOLATUM LIP CARE CC LIP CREAM

Ada masalah dengan bibir?Bibir kusam, kering dan menggelupas? Jangan biarkan ianya menggangu mood anda! Mentholatum Lip Care, jenama penjagaan bibir, mahu mengubah cara penjagaan bibir anda. Bibir  yang sihat dan berwarna mampu  menyerlahkan ekspresi diri anda.Untuk itu, Mentholatum Lip Care telah menghasilkan CC Lip Cream!

 

Produk Penjagaan Bibir Unik Elak Bibir Kusam

Menurut Christine Law, Pengurus Pemasaran Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd. pengguna inginkan produk penjagaan bibir yang baik dengan warna yang lembut.

“Sebagai jenama penjagaan bibir utama di Malaysia, kami memahami kehendak pengguna kami. Pelbagai produk penjagaan bibir kami memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Bagi pengguna wanita, kami  memahami bahawa mereka mencari formula yang akan  memberi bibir mereka dengan sentuhan warna yang semula jadi untuk menyerikan wajah mereka.

Inilah sebabnya kami memperkenalkan CC Lip Cream, produk penjagaan bibir unik yang memberikan anda yang terbaik untuk kedua-duanya!” kata Cik Law.

Singkatan “CC” dalam nama produk, bermaksud “colour correction” atau pembetulan warna yang menunjukkan keupayaan krim bibir untuk memulihkan bibir kusam, mencantikkan dan memulihkan warna bibir, serta menyerikannya.

“Seperti slogannya, ‘Revolutionary CC Lip Cream’, ini sememangnya produk yang membawa pembaharuan. Kami yakin bahawa wanita akan menyukai pelbagai manfaat CC Lip Cream, yang memberikan perlindungan kepada bibir mereka sambil membetulkan warna agar menjadi lebih cerah dan lebih sihat! ” tambah Law.

bibir kusam

bibir kusam

Efek Lembut Kekal Di Bibir

Mentholatum Lip Care’s CC Lip Cream memberikan warna lembut dan kekal di bibir yang tampak lebih semuladi serta cukup menyerlah. Sesuai untuk kegunaan harian, CC Lip Cream  memberikan 5 manfaat penjagaan yang anda perlukan:

Nikmati penghidratan mendalam dengan Super Hyaluronic Acid dan Ceramide; rawatan berkhasiat dengan Meadowfoam Seed Oil dan Moroccan Argan Oil; meningkatkan keanjalan dengan bahan unik Mentholatum, iaitu Maxilip™ yang memberikan bibir anda yang lebih penuh dan gebu; manfaat pencerahan yang meningkatkan warna semula jadi bibir anda; dan Vitamin E yang memulihkan yang penuh dengan antioksidan untuk melembutkan bibir dan melawan penuaan pramatang.

Menurut Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn. “Sejak tahun 1889,  syarikat Mentholatum  telah berkembang maju dan makmur bermula daripada perniagaan kecil yang menjual sabun dan barang mandian kepada sebuah syarikat antarabangsa, yang memasarkan produk penjagaan kesihatan berkualiti di seluruh dunia. Digabungkan dengan kepakaran dari Rohto Pharmaceutical Co. Ltd. di Osaka, Jepun pada tahun 1988, kami dapat menawarkan produk yang lebih baik dan lebih inovatif kepada pengguna untuk membantu  meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Sebagai contoh, Mentholatum Lip Care merupakan salah satu jenama terkemuka di pasaran yang kekal menyediakan produk penjagaan bibir yang bermutu tinggi dan berinovasi serta digemari oleh wanita dan lelaki. ”

“Sehingga kini, Mentholatum Lip Care telah berada di Malaysia  melebihi daripada satu dekad. Kami sentiasa berusaha untuk  memberikan yang lebih baik, untuk mendapatkan kepercayaan dan memenuhi jangkaan pengguna kami, supaya mereka dapat menikmati produk yang lebih berkesan dan  lebih berpatutan daripada kami,” katanya.

 

Dua Warna Menarik

CC Lip Cream boleh didapati dalam 2 warna yang menarik (01 Ardent Red atau 02 Innocent Pink) untuk disesuaikan dengan keadaan dan suasana yang berbeza.

Nak cuba atasi masalah bibir kusam dengan CC Lip Cream,Mentholatum Lip Care anda  boleh mendapatkannya di farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM16.80.

Nak tahu lebih lanjut layari -http://mentholatumlip.com.my/  atau ikuti Mentholatum Lip Care di Facebook di http://www.facebook.com/MyLIPICE/.

(Visited 17 times, 1 visits today)