AYAM PANGGANG GALITO’S DARI AFRIKA SELATAN KINI SUDAH TIBA

Ayam panggang yang diperap dengan rempah ratus selama 24 jam dan dipanggang dengan api ini hanya terdapat di Galito’s. Ia bukan sahaja enak malah lembut dengan baunya yang mengecurkan air liur.

Sejak ditubuhkan di Afrika Selatan, Galito’s kini mengembangkan sayap dengan membuka outlet baru di eCurve. Di antara hidangan yang membuka selera, masakan bertemakan  Afrika yang unik ini termasuklah Galibowl, Liver and Roll, Chilli Beans dan Sweet Potato Chips yang segar. Anda boleh nikmatinya bersama sos peri-peri dan bawang putih yang disediakan.

Galito’s telah menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara untuk menempatkan restorannya di Asia Tenggara. Galito’s mengendalikan 150 buah restoran di 15 buah negara di empat benua.

Di Malaysia, Ri-Yaz Global Food merupakan pemegang francais utama untuk Galito. Ri-Yaz juga memegang francais utama untuk Singapura dan Indonesia.

ayam panggang

Ayam Panggang Enak Dengan Harga Berpatutan

Galito’s telah diasaskan oleh Louis Germishuys yang sentiasa ingin berkongsi rasa terbaik Afrika Selatan ke seluruh dunia iaitu ayam panggang yang enak.

ayam panggang

“Kami percaya untuk tetap menjaga tradisi Galito’s dalam menyediakan masakan Afrika yang unik dan berkualiti semata-mata untuk memenuhi selera pelanggan kami. Kami berusaha bukan sahaja untuk memberikan pelanggan kami rasa yang terbaik  tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan sempurna yang melebihi ekspetasi pengunjung kami. Kami yakin bahawa ayam panggang enak Galito’s dengan harga yang berpatutan akan menjadi kegemaran Malaysia,” kata Louis Germishuys, pengasas Galito.

ayam panggang

Menu utama Galito iaitu ayam panggang dijual pada harga RM11.50 untuk suku bahagian. Manakala dengan satu hidangan side dijual pada harga RM13.90 dan dua hidangan sides pada harga RM15.90.

Untuk separuh ayam bermula pada RM17.90 dengan pilihan untuk satu atau dua hidangan sides pada harga RM20.90 dan RM23.90 setiap satu. Menu lain yang ditawarkan ialah chicken strips with rice, burger, pita and wrap. Untuk kanak-kanak pula ada meatball pasta and sausage.

ayam panggang

ayam panggang

“Kami melihat peluang yang luar biasa untuk Galito di Malaysia. Apa yang menukuhkan lagi keputusan kami untuk memperkenalkan Galito adalah mengenai rakyat Malaysia yang suka makan ayam dan mereka cuba mencuba rasa yang baru. Di Galito, pengunjung ada banyak pilihan dan boleh dimakan setiap hari kerana rasanya enak, harga berpatutan dan memuaskan. Rakyat Malaysia boleh yakin bahawa mereka mendapat rasa sebenar Afrika Selatan di Galito’s,” kata Dato’ Shaheen Shah, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz.

ayam panggang

Di majlis pelancaran Galito’s, pihak media telah diberi peluang menikmati ayam yang dipanggang dengan api dan hidangan masakan Afrika Selatan yang unik oleh pengasas Galito, Louis Germishuys.

ayam panggang

Pengunjung boleh memilih menu ala carte atau kombo. Jika anda belum berkesempatan menikmati ayam panggang Galito’s, datanglah segera ke eCurve di Mutiara Damansara.

Facebook: GalitosMalaysia

BACA: 9 JENIS MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK KURANG MAKAN NASI