AYAMAS KITCHEN LANCAR TIGA MENU READY-TO-EAT BARU

Ayamas Kitchen telah melancarkan tiga menu baru rangkaian “ready-to-eat” (RTE) yang lazat dan menawarkan pelanggan makanan yang berkualiti di mana-mana dan bila-bila sahaja. Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi, dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai menjadikan lebih banyak pilihan produk RTE di Kedai Ayamas.

Baru-baru ini, team Mamanet telah dijemput untuk merasai sendiri keenakan tiga hidangan terbaru ini. Memang sangat mengujakan. Dalam masa 5 minit anda dapat hidangan sepinggan nasi tanpa perlu bersusah payah memesan makanan atau memasak!

menu

Apa yang anda perlukan hanyalah pek RTE yang disimpan di tempat beku dalam peti sejuk dan sebuah ketuhar gelombang mikro! Tidak ada alasan lagi untuk anda hanya makan makanan segera kerana alasan sibuk atau tiada dapur hendak memasak.

menu

menu

menu

 

Menu RTE Ayamas Kitchen Mudah Disediakan

“Ayamas Kitchen sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi resipinya untuk menghasilkan lebih banyak pilihan hidangan untuk pelanggan, terutamanya dari golongan muda dan generasi millennium,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn. Bhd.

“Produk RTE kami disediakan dalam persekitaran yang bersih dan kawalan kualiti yang tinggi dengan kadar nilai nutrisi yang tepat, selaras dengan idea kami untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat serta mengekalkan rasa makanan seperti masakan asli,” katanya.

ayamas kitchen

Menu RTE yang sedia ada di pasaran, iaitu Nasi Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala yang telah dilancarkan pada tahun lepas mendapat sambutan yang positif daripada para pelanggan.

menu

Dengan bertemakan “Easy and Delicious”, rangkaian RTE Ayamas Kitchen ini mudah disediakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garfu dan panaskannya selama 4-5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.

This slideshow requires JavaScript.

Bihun Goreng Istiewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket. Manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Rangkaian RTE ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di Malaysia.

Laman web:  www.kedaiayamas.my

Facebook: Kedai Ayamas – Ayamas Roasters

BACA: AYAMAS KITCHEM PERKENAL HIDANGAN READY-TO-EAT (RTE)