BAGAIMANA NAK BINCANG HAL NAIK GAJI TANPA NAMPAK MENDESAK

Perbincangan tentang hal naik gaji sering dianggap taboo. Selalunya pekerja akan menyerahkan hak menetapkan gaji kepada majikan.

Jabatan Sumber Manusia sudah ada skim gaji yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Umumnya tangga gaji akan mengikut Pangkat dan Tahun Bekerja.

Hakikatnya perkara ini bukan rigid dalam kes-kes tertentu. Jika anda berada pada tahap sederhana, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu ‘demand’ tentang hal hal gaji.

Orang yang mampu membincangkan hal gajinya adalah orang yang mempunyai kepakaran atau skill yang ‘luar biasa’. Pendek kata, kepakarannya memang diperlukan dan sukar dicari.

Bagi anda yang mempunyai skill luar biasa ini, anda lebih bebas untuk memilih syarikat mana yang anda mahu. Anda boleh cuba memasarkan skill anda dengan menghadiri temuduga.

naik gaji

BEBERAPA PERSEDIAAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM ANDA MENGHADIRI TEMUDUGA ATAU BERPINDAH TEMPAT KERJA UNTUK NAIK GAJI:

SEBELUM TEMUDUGA

naik gaji

Pastikan anda faham tentang pasaran pekerjaan

Anda perlu tahu jawatan dan job spec yang anda pohon. Anda perlu buat kajian di dalam beberapa syarikat top ranking, berapa gaji yang mereka tawarkan untuk jawatan tersebut. Pastikan anda ada jumlah tertentu dalam fikiran sewaktu menghadiri temuduga.

Patutkan saya nyatakan gaji yang dipohon dalam cover letter?

Jawapannya ialah JANGAN. Silap meletakkan tangga gaji akan buat anda rugi sama ada terlalu kurang atau terlalu lebih. Anda mungkin akan gagal masuk dalam senarai pendek temuduga.

Biarlah urusan gaji itu anda bincangkan sewaktu temuduga.

Bagaimana jika saya diminta untuk menyatakan gaji di dalam borang permohonan.

Lumrah jika anda memohon pekerjaan secara online contohnya Job Street, anda perlu mengisi gaji yang dipohon dalam ruangan yang disediakan.

Bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menyatakan dengan lebih subjektif tentang hal gaji ini.

Misalnya anda boleh nyatakan bahawa anda lebih senang untuk berbincang hal gaji terus kepada bakal majikan jika anda menjadi antara calon yang paling layak untuk jawatan tersebut.

SEWAKTU TEMUDUGA

naik gaji

Nyatakan angka dengan jelas dan yakin

Sewaktu proses perbincangan mengenai gaji, anda sebaiknya dapat menyatakan jumlah yang jelas, misalnya RM6550 sebulan. Mempunyai angka yang jelas menunjukan bahawa anda sudah keyakinan tinggi mengenai skill anda dan anda tahu nilai anda di mana.

Bahkan dengan meletakkan angka seperti itu, majikan lebih mudah membuat tawaran. Contohnya, gaji yang anda pohon itu agak tinggi sedikit. Jadi majikan boleh tawarakan gaji RM6050.

Bila anda ditanya tentang gaji sekarang, apa yang anda patut buat?

Menyatakan gaji anda sekarang mungkin merupakan perkara yang boleh merugikan anda kerana anda skill anda mungkin akan lebih digunakan di tempat baru dan job spec anda pun bertambah.

Sebaiknya bila ditanya tentang gaji terkini, cubalah alih topik dan bercerita tentang skill,pengalaman atau tugas yang anda lakukan sekarang.

Apa nak buat jika majikan kata ‘TIDAK’?

Dalam kes ini, anda mungkin berhadapan dengan di situasi iaitu anda menjalani temuduga di syarikat sendiri (kenaikan pangkat/ tukar jabatan) atau anda berada di syarikat lain.

Jika majikan anda yang sedia ada berkata ‘TIDAK’ dengan alasan anda tidak perlu naik gaji dengan memberi pelbagai alasan, maka anda juga boleh berikan kata dua. Sama ada mereka pertimbangkan kenaikan gaji dengan alasan yang munasabah atau anda minta faedah lain misalnya kenderaan syarikat. Langkah terakhir jika mereka masih berkeras, maka anda akan meletakkan jawatan.

Bukankah memang tujuan anda menghadiri temuduga untuk naik gaji? Kalau hal itu tidak berlaku, untuk apa anda tunggu lagi bukan? Jadi, pastikan bila anda membuat tindakan ini, anda sudah sediakan payung terlebih dahulu. Contohnya sudah dapat tawaran kerja di tempat lain.

Manakala jika bakal majikan anda yang berkata ‘TIDAK’ kerana mereka sudah tahu gaji terkini anda, maka sebaiknya anda pertimbangkan semula keputusan untuk menyertai syarikat baru itu. Melainkan anda mendapat banyak faedah lain misalnya kos perubatan ditanggung sepenuhnya atau jarak dengan tempat tinggal lebih dekat dan sebagainya.

naik gaji

Apapun keadaannya, usaha terlalu cepat menerima sesuatu tawaran atau membuat sesuatu keputusan. Mintalah masa yang munasabah untuk anda pertimbangkan keputusan anda semasak-masaknya.

Semoga artikel naik gaji ini dapat membantu anda membuat pilihan tepat dalam era inflasi ini.