BAHARI ASYEK LANCAR KOLEKSI TRADISIONAL UNTUK SYAWAL 2017

Bahari Asyek telah memperkenalkan koleksi busana rekaan terbarunya menerusi ‘Bahari Asyek Syawal Showcase 2017’, yang berlangsung di Plaza Masalam baru-baru ini.

Sempena bulan Syawal yang hampir menjelang tiba, #Bahari Asyek juga terpanggil untuk mengetengahkan koleksi busana rayanya. Masih dengan konsep butiknya yang berteraskan warisan dan klasik, beliau mengetengahkan sejumlah busana dari pelbagai jenis fabrik dengan pelbagai corak, warna serta sulaman yang signifikan dengan perayaan Hari Raya, tradisi nenek moyang kita.

Bagi anda yang berhasrat untuk me menunjang penampilan di Hari Raya nanti, Bahari Asyek mempunyai beberapa koleksi menarik untuk digayakan pada hari istimewa tersebut.

BAHARI ASYEK

FESYEN TRADISIONAL TAK PERNAH LAPUK DEK ZAMAN DI BAHARI ASYEK

Pelbagai fesyen dan potongan busana menarik yang diilhamkan dari tradisi nenek moyang dan dari mengamatan serta pendedahan kehidupan yang dilalui, ditampilkan Bahari Asyek untuk koleksi Syawal 2017.

Selain itu, pengetahuan dari pembacaan dan kajian ilmiah terhadap kebudayaan Melayu juga turut membantunya dalam mengilhamkan hasil rekaan busana tersebut.

Apa yang menarik dan cukup unik, koleksi busananya menggunakan fabrik sendiri yang diimport dan dijual terus sebgai kain pasang atau ela. Itulah antara kelebihan dan kelainan busana yang terdapat di Bahari Asyek ini.Bahari Asyek

Menurut  Puan Zahalina, selaku pemilik butik tersebut, rekaan dan potongan busana yang dihasilkan boleh ditiru orang, tetapi ia tetap tidak sama dengan apa yang dihasilkan.

“Bentuk boleh sahaja ditiru, namun jiwa dan perasaan pencetus ilham tetap tidak sama. Fabrik Bahari Asyek, kami cari, pilih dan import sendiri dari luar negara,” tambah beliau lagi.

BAHARI ASYEK

24 KOLEKSI BARU DALAM ANEKA CORAK DAN SULAMAN DI BAHARI ASYEK

Bagi peminat fesyen tradisional, terutama yang berteraskan material kain kapas, sudah pasti gembira. Bahari Asyek menawarkan sejumlah 24 koleksi baru dalam aneka corak dengan penambahan pelbagai jenis sulaman, perincian dan warna kepada fesyen serta potongan busana yang ditawarkan.

Antara koleksinya adalah seperti: Kurung Riau, Kebaya Riau, Kebaya Pahang, Kurung Pahang, Kebaya Cik Siti Wan Kembang, Kebaya Pendek 4 Dara, Kurung Archipelago dan Kurung Moden.

BAHARI ASYEK

Selain itu, pemilihan kain kapas ini amat sesuai dan selesa di pakai di negara kita. Material kain jenis ini mampu menyerap peluh dan tidak merimaskan walaupun kita berada dalam keadaan cuaca panas dan berpeluh.

Terdapat pelbagai corak baju kurung ‘printed cotton’ yang selesa dipakai serta tahan lasak dan boleh dipadankan dengan keadan.

Begitu juga dengan fesyen dan corak yang berteraskan kain polos. Busana tradisional yang dihasilkan Bahari Asyek diberikan penampilan menarik dengan penambahan sulaman, manik dan beadings.BAHARI ASYEK

Sesuai dengan temanya, menggamit memori, fesyen yang ditawarkan oleh Bahari Asyek terlalu mempesonakan!