5 BAHAYA MENGGERUNKAN KALAU KITA TAHAN BERAK

ANDA SUKA TAHAN BERAK ATAU MEMBUANG AIR BESAR? JANGAN SELALU YA, ADA BAHAYA YANG MENANTI! SAMA JUGA SEPERTI KITA MEMBUANG AIR KECIL (KENCING), MEMBUANG AIR BESAR (BERAK) BOLEH MUNCUL SECARA TIBA-TIBA, TANPA DISANGKA.

 

Kalau berada di rumah atau tempat-tempat yang ok, kita memanglah rasa selamat. Boleh sahaja melunaskan hajat tersebut tanpa sebarang gangguan.

 

Namun, hasrat tersebut pastinya terpaksa disimpan apabila keadaan persekitaran atau tempat untuk kita melunaskan hajat itu agak tidak selesa, sudah pasti kita terpaksa menahannya.

 

Kerap tahan berak ataupun buang air besar  boleh memberikan efek negatif pada kesihatan kita. Ketika najis menyentuh bahagian rektrum, itu memang menunjukkan bahawa kita perlu segera mengeluarkannya.

 

tahan berak

BERIKUT ADALAH BEBERAPA BAHAYA KALAU KITA KERAP TAHAN BERAK:

 

  1. NAJIS JADI KERAS

Jika tidak segera dikeluarkan, kotoran atau najis akan mengeras dan menjadi semakin sukar untuk dikeluarkan kecuali dengan cara dipaksa.

 

Tentulah ia tidak  menyenangkan dan mungkin juga akan menyakitkan kerana dubur boleh mengalami pendarahan.

tahan berak

 

  1. SEMBELIT

Najis adalah kombinasi dari sisa-sisa hasil penghadaman dan bakteria dalam badan. Semakin lama kita menahannya, najis dalam perut akan mengeras dan membuatkan kita sukar untuk mengeluarkannya.

 

Ia sangat bahaya buat tubuh kerana sembelit akan menyebabkan dubur kita sakit atau luka.

tahan berak

 

  1. BUASIR

Sembelit disebabkan kita tahan berak boleh melukai usus serta dubur.

 

Jaringan dubur boleh koyak atau berdarah  akibat buasir. Apabila sudah sampai ke tahap ini, sudah pasti kita akan berasa tidak selesa. Kita akan menanggung segala kesakitan pada bahagian dubur yang disertai dengan pendarahan.

tahan berak

 

  1. USUS BOCOR

Kita mungkin mampu menahan segala kotoran selama dua jam, dan sepanjang tempoh itu kita akan rasa tekanan di perut. Bahkan perut juga akan menjadi tegang, begitu juga di kawasan anus.

 

Penimbunan sisa-sisa makanan dalam usus yang terlalu lama akan membuatkan usus kita penuh dan mengeras.

 

Secara tak langsung ia akan melukai usus sehingga terjadinya kebocoran usus yang boleh menjejaskan kesihatan kita dan mungkin boleh meragut nyawa kita kesudahannya.

tahan berak

  1. PERUT JADI BUNCIT

Adakalanya ketika kita terlalu lama tahan berak, keinginan untuk membuangnya boleh menghilang.

 

Kemudian, kita akan makan dan makan lagi sedangkan najis yang menimbun tadi akan mengeras sehingga kita jadi semakin sukar untuk mengeluarkannya.

 

Najis yang menimbun akan terus menimbun sehingga membuatkan perut kita jadi semakin besar atau membuncit.

 

tahan berak

Itulah antara bahaya kalau kita menahan membuang air besar. Tahan berak memang tidak bagus untuk kesihatan kita. Jadi, hentikan kebiasan buruk itu supaya kesihatan kita sentiasa terjaga!