SYRIA CARE LANCARKAN KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK 7.0 KE SYRIA

Baru-baru ini telah berlangsung Pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk kepada pelarian di Syria buat kali yang ke- 7.

Biarpun keadaan di negara itu masih bergolak, namun Syria Care selaku pihak yang mengendalikan projek untuk membantu pelarian yang memerlukan bantuan ketika tibanya musim sejuk  tidak berganjak sama sekali. Ia membabitkan tiga buah negara iaitu Syria, Lubnan dan Turki.

Majlis pelancaran tesebut turut dirasmikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH & Aktivis Kemanusiaan.

Demi Membantu Pelarian Syria

Menurut Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, sasaran kutipan untuk Bantuan Musim Sejuk pada tahun ini adalah sebanyak RM2.53 juta untuk membantu pihaknya menyediakan pelbagai kelengkapan bagi dimanfaatkan kepada 55,000 pelarian Syria.

“Sebagai permulaan, Syria Care telah membuat persiapan untuk menghantar tiga kontena yang terdiri 13,000 selimut, 5,000 jaket berkualiti tinggi, 5,000 topi dan 5,000 pasang kasut but bagi membolehkan barang-barang berkenaan diagihkan sebelum musim sejuk tiba yang dijangka akan bermula pada November ini.

Kami juga sedang berusaha untuk membina 100 khemah kepada mereka di sana. Berikutan keadaan semasa khususnya di Idlib lebih banyak dana diperlukan bagi menampung keperluan asas khususnya pek makanan, bahan bakar dan alat pemanas, lebih banyak sumbangan diperlukan kerana tempoh musim sejuk yang berpanjangan sekurang-kurangnya empat bulan.”


Beri Makna Yang Sangat Besar

 “Pihak Syria Care amat mengharap sumbangan daripada semua pihak bagi memastikan penghantaran bantuan dapat dibuat dengan seberapa segera.

Setiap ringgit yang anda sumbangkan memberi makna yang besar kepada mereka di sana yang bakal berhadapan dengan musim sejuk bermula bulan November ini,” jelas beliau lagi.

Bagi anda yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah salurkan ke atas nama Syria Care melalui bank akaun berikut:

Maybank Islamic 562106653575

CIMB Islamic 8601894560

Affin Islamic 105990040004

RHB Islamic 26225000021775

Bank Islam 12038010137755

Bank Muamalat 12020003634715

(Visited 2,461 times, 1 visits today)