BAYARAN ZAKAT KINI HANYA DI HUJUNG JARI MELALUI KEMUDAHAN PERBANKAN

Umat Islam boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadra Zakat. Kesemua zakat ini boleh dilunaskan di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atau melalui kemudahan perbankan.

Untuk maklumat anda, terdapat 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu datang terus ke kaunter, bayaran secara online melalui protal PPZ, ejen perbankan, skim Thohir, auto debit maybank dan melalui MyEG.

Secara umumnya Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan 11 kaunter zakat PPZ – MAIWP dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.

Selain itu, terdapat kemudahan pembayaran melalui portal zakat.com.my. Terdapat kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan dan pembayaran zakat secara online menerusi FPX.

 

Bahkan, bagi memudahkan orang ramai berzakat, PPZ-MAIWP telah menjalinkan kerjasama dengan hampir kesemua bank yang ada di Malaysia. Orang ramai hanya perlu menggunakan perbankan sedia ada untuk membuat bayaran zakat.

kemudahan perbankan

Kemudahan Perbankan Untuk Bayaran Pantas dan Efisyen

Sebanyak 14 buah bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP. Pembayaran zakat boleh dibuat dikaunter bank, perbankan internet dan Mesin ATM.

Senarai bank yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Bank Islam www.bankislam.biz
  2. Maybank www.maybank2u.com.my
  3. Bank Muamalat www.muamalat.com.my
  4. Bank Simpanan Nasional www.mybsn.com.my
  5. Agro Bank www.agrobank.com.my
  6. Bank Rakyat www.irakyat.com.my
  7. Affin Islamin Bank www.affinonline.com.my
  8. AmBank www.ambg.com.my
  9. CIMB Bank www.cimbclick.com.my
  10. Hong Leong Islamic Bank www.hlisb.com.my
  11. RHB Bank www.rhb.com.my
  12. Public Bank www.publicbank.com.my
  13. HSBC Bank www.hsbc.com.my
  14. OCBC Bank www.ocbc.com.my

PERHATIAN!

Sebelum anda membuat bayaran secara perbankan, sebaiknya anda tahu berapa jumlah zakat yang anda perlu bayar. Sila klik http://www.zakat.com.my/# untuk anda gunakan kalkulator pengiraan zakat yang telah disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

 kemudahan perbankan

Langkah Demi Langkah Membuat Bayaran Zakat di Portal Perbankan. Contoh yang diberi ialah pembayaran zakat melalui Maybank.

kemudahan perbankan

Langkah 1

Klik www.maybank2U.com.my

Login Username dan Password

 

 

kemudahan perbankan

Langkah 2

Pilih butang Pay & Transfer

Tekan butang New Payment dan cari Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan

kemudahan perbankan

 

Langkah 3

Buat bayaran ke Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan berdasarkan jumlah yang telah anda kira terlebih dahulu. Anda boleh setkan pembayaran anda sebagai “favorite’ supaya mudah untuk anda buat pembayaran seterusnya.

 

Alhamdulillah, selesai sudah urusan yang sudah tertangguh sekian lama. Tahniah kerana anda telah menyempurnakan Rukun Islam ke-3 dengan sempurna melalui sistem perbankan yang sangat memudahkan. Semoga amalan baik kita ini akan mengukuhkan lagi ekonomi umat Islam dan sekaligus meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Hubungi Talian zakat 1300885757 untuk membantu anda.

 

(Visited 16,361 times, 1 visits today)