BAWA ANAK-ANAK ANDA BERTEMU DENGAN PADDINGTON™ TRUNKI

Memperkenalkan Paddington™ Trunki baru, kenderaan untuk sekuel Paddington 2 yang  sedang ditayangkan di pawagam bermula 10 November. Peminat Little Paddington pasti akan menyukai perjalanan dengan Trunki, jangan lupa bekalan sandwic marmalade anda!

Paddington™ Trunki ini direka untuk kegunaan kanak-kanak keluar bersiar-siar – jadi, ambil kot duffle dan kasut wellington merah sebelum memandu Paddington Trunki  anda ke ibu negara!

Berwarna biru dengan gambar Paddington di sisinya yang menyapa ‘hello’ dengan mengangkat topinya. Ia berlatar belakangkan mercu tanda London yang ikonik. Pastinya para peminat kecil Paddington mahu bersama-sama menjelajah London.

Paddington Trunki didatangkan dengan set stiker Paddington supaya anda boleh memperkenalkan Paddington Trunki dengan bas merah, periuk marmalade, teksi London dan sebagainya. Si manja tentu teruja. Bahkan anda boleh membuat parti Paddington™ Trunki untuk dia dan rakan-rakan sempena majlis ulang tahunnya.

 

Paddington™ Trunki

Beg Paddington Trunki Yang Serba Boleh

Anak kecil boleh menunggang, dibawa, atau ditarik bersama untuk mengelakkan keletihan. Selain sebagai beg yang ditunggang, Paddington Trunki mempunyai kapasiti 18 liter, pelana yang selesa, kunci keselamatan, selamat, trim getah lembut, poket dalaman dan tali pinggang keledar beruang.

Paddington™ Trunki

Paddington Trunki dibuat dan direka di UK, lengkap dengan jaminan lima tahun! Ia dijual pada harga RM405 dan boleh didapati di semua cawangan Hamleys.

Dari 15 November terdapat sebuah gerai foto Paddington Trunki di Hamleys 1Utama Malaysia! Kongsi foto anak kecil anda di gerai foto untuk diskaun 10% ke atas pembelian Paddington Trunki dan peluang untuk memenangi sepasang tiket wayang Paddington 2. Terma & syarat dikenakan. #TrunkiPaddington

Kepada yang ada kelapangan dan ingin mencari mainan penuh makna untuk anak-anak, bolehlah cuba Trunki ini. Anak anda pasti teruja dengan kenderaan barunya ini. Dia boleh ke mana-mana sahaja dengan penuh gaya. Si manja tambah bergaya jika dapat bermain di taman permainan atau menunggangnya di pusat beli belah.  Anda pun tidak perlu bersusah-payah membawa troli yang besar.

 

Facebook Paddington Trunki

BACA: CARA MENGHILANGKAN RASA MARAH PADA ANAK