BERZAKAT DI BULAN RAMADAN LEBIH BANYAK KEBERKATANNYA

Umat Islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadan mulai malam ini. Selain bertarawih, umat Islam juga akan berebut-rebut untuk memberikan sedekah dan membayar zakat. Hal ini dimaklumkan oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ_MAIWP dalam satu sidang akhbar khas di Wisma PPZ, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut beliau, bulan Ramadan berbeza dengan bulan lain kerana keberkatan dan pahala orang yang melakukan kebaikan, akan digandakan oleh Allah SWT. Sebab itu, semua orang berebut-rebut untuk berbuat kebaikan misalnya dengan menginfakkan hartanya. Sesuai dengan sebuah hadis nabi mengenai seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi SAW, “Apakah sedekah yang paling afdal?” Maka Rasullulah SAW menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.”

Justeru, dengan kehadiran bulan mulia ini, PPZ-MAIWP telah mengangkat tema “Ramadan Dinanti, Zakat Dihati” sepanjang kempen pungutan zakat selama sebulan ini dengan menggunakan hastag  #ramadanterbaik bagi pengguna media sosial untuk turut sama berkongsi makluman dan hebahan.

PPZ-MAIWP Sediakan Saluran Berzakat Sepanjang Ramadan

Di dalam sidang media berkenaan, Hj Ahmad Syukri membuat pengumuman mengenai perkhidmatan kutipan zakat PPZ-MAWIP yang disediakan sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat harta dan fitrah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sementara itu, Baitulmal MAWIP pula bertanggungjawab untuk membuat agihan zakat di zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

ramadan

Umat Islam boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta yang boleh ditunaikan iaitu:

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Simpanan
  4. Zakat Emas
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat saham
  7. Qadra Zakat

Selain itu, mereka boleh menunaikan Zakat Fitrah iaitu sebanyak  RM7.00 untuk setiap individu.

Mereka boleh membuat bayaran zakat di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP dengan 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu:

1. 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP

11 kaunter zakat PPZ – MAIWP dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Berikut adalah senarai kaunter tersebut:

  • Dataran Shameli Perkasa yang juga HQ PPZ – MAIWP
  • Plaza Rah, Kampung Baru
  • Masjid Negara
  • KLSC, Wangsa Maju
  • UTC KL, Pudu Sentral
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presit 15 Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  • Masjid abbdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
  • Labuan Time Square

2. Portal PPZ-MAIWP

  • Hanya perlu layari zakat.com.my
  • Terdapat kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan.
  • Pembayaran zakat secara online menerusi FPX.

3. Perbankan Internet

14 bank telah dilantik sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP.

4. Tambahan potongan gaji zakat melalui SKIM THOHIR (Skim Potongan Gaji Zakat)

Dengan tema “Kebaikan Menuai Keberkatan”, umat Islam boleh membuat potongan gaji                dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Isi borang 052 yang boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP atau portal PPZ – MAIWP atau dengan pihak majikan.
  • Kemudian kira zakat anda untuk mengetahui penambahan yang ingin dibuat.
  • Isikan jumlah azkat yang ingin ditambah di ruangan penambahan di borang 052.
  • Borang tersebut perlulah diberikan kepada pihak majikan atau boleh menyerahkannya sendiri kepada PPZ-MAIWP di mana-mana 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP. Anda juga boleh membuat penambahan potongan gaji ini secara online di Portal PPZ-MAIWP.

5. Autodebit Maybank

  • Pembayaran zakat menerusi autodebit Maybank.
  • Penerangan kemudahan melalui pembayaran ini boleh didapati dengan menghubungi Talian Zakat 1 300 88 5757 atau kasyer yang bertugas di 11 kaunter PPZ-MAIWP.
  • Borang AUTODEBIT Maybank ini boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP.

6. Bayaran zakat menerusi MYEG

  • Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi portal MyEG, myeg.com.my

Selain itu, terdapat Perkhidmatan Istimewa yang disediakan di PPZ-MAIWP iaitu:

  • Taksiran zakat
  • Khidmat nasihat berkaitan zakat
  • Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas.
  • Pengiraan zakat secara manual bagi membolehkan pembayar melihat sendiri pengiraan zakat mereka.
  • Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran.
  • Pembayar boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat.
  • Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus.
  • Pebyaran zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam.

“Pelbagai cenderahati istimewa disediakan kepada para pembayar zakat di keenam-enam saluran bayaran zakat yang disediakan. Dia antaranya adalah produk asnaf seperti biskut,” Ujar Hj. Ahmad Syukri.

Beliau menambah, “Rebutlah keberkatan berzakat di bulan Ramadan, bulan yang penuh barakah ini dan bayarlah zakat dengan menggunakan saluran yang betul agar zakat anda sampai kepada asnaf yang layak.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Hubungi Talian zakat 1300885757 untuk membantu anda.

“Ramadan Dinanti, Zakat Dihati”

#ramadanterbaik