JANGAN LEPASKAN PELUANG DAN NIKMATI “THE BEST REUNION EVER” DI SUNWAY LAGOON

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, jangan disia-siakan begitu sahaja. Ayuh kita ke Sunway Lagoon dan nikmati “The Best Reunion Ever” di sana! Team 123mamanet telah berkesempatan meraikan bersama keseronokan bersama keluarga dan teman-teman. Semestinya Sunway Lagoon telah menjanjikan sesuatu yang cukup mengasyikkan. Pelbagai tarikan dan aktiviti menarik telah disediakan bermula 1 Februari hingga 19 Februari ini! Jom kita bawa satu kapal ke sini. Pasti gempak!

 

Bagi anda yang merancang untuk bercuti, tidak mahu terseksa dalam kesesakan lalu lintas sempena musim perayaan ini, bolehlah plan bercuti di Sunway Lagoon. Boleh rasai sendiri pengalaman menyeronokkan dan cukup unik di taman tema air yang cukup gempak di Malaysia.

Reunion

Banyak Aktiviti Menarik Nikmati “The Best Reunion Ever”

Pada 5 Februari hingga 8 Februari, pengunjung akan diraikan dengan persembahan Tarian Singa Hip Hop yang dipersembahkan oleh Persatuan Tarian Kun Seng KL. Kumpulan tarian singa ini bukan calang-calang,mereka telah meraih kemenangan dalam Southern Lion Dance International Championship di China pada tahun lepas.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan 12 Drama Show Majestic yang cukup meriah. Antaranya Meet & Greet dengan God of Prosperity, Kapten Quack dan Lady Quack.

Sementara itu, ikon yang cukup popular dalam Nickelodeon sempena Tahun Baru Cina   iaitu SpongeBob & Patrick, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan teman karibnya,  Boots akan membuat penampilan khas di Nickelodeon Lost Lagoon (NLL). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berswafoto dengannya tau!

Para pengunjung juga pasti akan teruja dengan pelbagai persembahan termasuk pameran Swashbuckling Pirates Show yang cukup menghiburkan, dan juga  The Tale of Mount Berapi & Waves of Fun.

Reunion

Promosi Menarik

Menurut Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo, tiada alasan untuk tidak meraikan Tahun Baru Cina ini bersama keluarga ataupun insan-insan tersayang. Jadi, meriahkan sambutan Tahun Baru Cina itu di Sunway Lagoon. Biarlah perayaan untuk menyambut Tahun Baru Lunar kali ini jadi begitu mengesankan.

 

Ada banyak promosi menarik yang dibuat sempena kempen The Best Reunion Ever. Anda juga boleh mendapatkan tawaran Reunion tersebut  dalam talian. Anda yang merancang untuk berkumpul atau menjadi ‘host’ atau tuan rumah bagi sesi reunion tersebut di Sunway Lagoon bakal menerima Yee Sang percuma bernilai RM150 dengan membeli Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada  harga RM360.

Kami telah rasa sendiri resipi yang dihasilkan oleh Chef Abas dan teman sekerjanya ini. Memang sedap. Kena betul dengan selera kita. Pasti “reunion” kali ini tidak akan dilupakan!

This slideshow requires JavaScript.

 

Di samping itu, miliki cawan Nickelodeon Lenticular PERCUMA apabila anda membeli Reunion Sweet Treat (mana-mana ais krim) dari I Scoop For You Ice Cream di Surf Beach.

Selain itu, orang ramai juga  boleh menjadi pemenang dengan menyertai Lucky Dip dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan pembelian minimum sebanyak RM100 di kedai Nickelodeon,Sahara Boutique dan Surf Haven.

reunion

Apabila dah sampai di sana nanti, jangan lupa untuk memuat naik momen-momen istimewa anda bersama keluarga ataupun teman-teman di Sunway Lagoon ke Facebook atau Instagram dengan hashtags #SLBestReunionEver dan #SunwayLagoonMY Tahun Baru Cina ini!

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon + 603-5639 0000

Layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

 

(Visited 6 times, 1 visits today)