Biasiswa Fair & Lovely Berjumlah RM200,000 Untuk Mahasiswi

Biasiswa Fair & Lovely yang dilancarkan pada tahun lalu telah diterima baik dan mendapat sambutan hangat dengan lebih daripada 8,000 wanita muda membuat permohonan.

 

Antara halangan utama yang dihadapi oleh wanita muda dalam usaha mengejar impian mereka ialah masalah kewangan dan menerusi Biasiswa Fair & Lovely pada 2016, 40 wanita muda bertuah telah diberi peluang untuk mengejar impian bagi melanjutkan pengajian tinggi dengan bantuan kewangan ini.

 

Tahun ini, Fair & Lovely akan terus menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000 bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita muda untuk memiliki masa depan yang cerah melalui pendidikan.

 

Biasiswa memainkan peranan penting bagi merapatkan jurang antara kos sara hidup yang semakin meningkat dengan tahap kemampuan mahasiswi dan keluarga mereka.

biasiswa

5 NILAI DIRI YANG PERLU ANDA ADA, KLIK SINI

 

Biasiswa Untuk Wanita Muda di Peringkat Diploma dan Ijazah

Biasiswa ini terbuka kepada semua wanita muda yang sedang menjalani pengajian di peringkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan. Para pemohon mestilah mempunyai CGPA minimum 3.0 dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

 

Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Holdings) Sdn Bhd, Callista Fernandez, berkata, “Sebagai peneraju jenama kecantikan sejak 1993, Fair & Lovely sentiasa komited dalam memberi galakan serta inspirasi terhadap kehidupan wanita menerusi kecantikan sebagaimana jenama ini mengupayakan semua wanita agar membentuk masa depan mereka sendiri dengan memperkasakan mereka dengan keyakinan diri dan jati diri mereka melalui penampilan yang cantik dan rasa selesa tentang diri mereka sendiri.”

Beliau menambah, “Pada 2016, Fair & Lovely telah berjaya mencipta sebuah platform untuk wanita muda memohon bantuan kewangan bagi membolehkan mereka memburu impian dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan kami telah membuat keputusan untuk meneruskan Biasiswa Fair & Lovely bagi membolehkan lebih ramai wanita yang bersemangat untuk merealisasikan impian mereka.”

 

biasiswa

 

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi Fair & Lovely di  https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/ bermula 6 Januari hingga 30 April 2017.

Langkah 1: Para pemohon perlu menghantar permohonan mereka berserta dengan sebuah esei atau video pendek tentang kenapa mereka patut menerima biasiswa ini.

Langkah 2: Para pemohon perlu membuat undian terhadap universiti mereka. 40 mahasiswi terbaik akan dipilih daripada 3 universiti yang mengambil bahagian dengan undian tertinggi.

Langkah 3: Para pemohon boleh meminta untuk mendapatkan sampel percuma setelah membuat permohonan di portal mikro.

 

Callista menambah, “Komitmen yang berterusan oleh Fair & Lovely ini bukan sahaja menjadi platform untuk para mahasiswi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mencapai impian mereka, tetapi ia turut menjadi bukti sokongan Fair & Lovely terhadap mahasiswi dalam usaha mereka untuk membentuk masa depan yang cemerlang.”

 

“Kami percaya bahawa pendidikan merupakan asas utama bagi semua dan kami mahu Biasiswa Fair & Lovely menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka dalam melanjutkan pengajian di universiti dan kolej terbaik serta memberi inspirasi dan mencapai impian mereka untuk memiliki masa depan yang lebih gemilang. Biasiswa Fair & Lovely menggalakkan wanita untuk mencapai impian mereka dan tidak menjadikan bebanan kewangan sebagai satu halangan,” tambahnya lagi.

 

LIKE & SHARE MAMANET