BUFFET BERBUKA PUASA CITARASA 7 KAMPUNG DI HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM

BULAN RAMADAN HAMPIR TIBA. ADA DI ANTARA KITA TENTUNYA MENCARI SENARAI LOKASI BUFFET BERBUKA PUASA YANG MENUNYA ‘MENYENGAT’ SERTA HARGA BERBALOI!

Jika mencari lokasi buffet berbuka puasa di sekitar Shah Alam, jangan lupa masukkan Hotel Concorde, Shah Alam di dalam list anda. Ini adalah kerana Melting Pot Café Hotel Concorde, Shah Alam menyediakan hidangan Buffet Berbuka Puasa bertemakan ‘Citarasa 7 Kampung’ yang sungguh lazat.
 Buffet Berbuka PuasaBuffet Berbuka Puasa

LEBIH 100 HIDANG BUFFET BERBUKA PUASA MENYELERAKAN

Di Melting Pot Café, kita akan disajikan dengan 7 menu istimewa seperti Daging Masak Hitam dari Teluk Kumbar-Pulau Pinang, Gulai Lemak Udang Galah Dengan Belimbing Buluh dari Kg Seri Menanti-Negeri Sembilan, Kuzi Ayam dari Kg Kempas-Johor, Ayam Percik dari Kg Pasir Mas-Kelantan, Ikan Talapia Masam Manis dari Kg Sg Sembilang-Selangor, Rendang Daging dari Kg Tanjung Malim-Perak dan Hot & Sour Szechuan Soup dari Kg Morten-Melaka.
 Buffet Berbuka PuasaBuffet Berbuka PuasaBuffet Berbuka Puasa
Kesemua menu istimewa ini sangat lazat dan memang berbaloi. Selain itu, terdapat juga menu lain untuk buffet berbuka puasa ini, antaranya Sup Gearbox, Kambing Panggang dan Bubur Lambuk yang menjadi signature dishes yang akan buat anda teringat-ingat keenakkannya nanti.
 Buffet Berbuka Puasa
Harga untuk buffet berbuka puasa di sini hanya RM 123.00 net seorang dan harga yang ditawarkan telah termasuk GST 6%. Apa yang menarik kita boleh menikmati harga istimewa RM95.00 nett seorang, untuk 5 hari pertama dan terakhir bulan Ramadan.
 Buffet Berbuka Puasa

JANGAN KETINGGAL NIKMATI BUBUR LAMBUK PERCUMA!

Tahun ini merupakan kali yang ke-13 Hotel Concorde Shah Alam mengedarkan Bubur Lambuk kepada warga Shah Alam.
Proses memasak giat dilakukan bermula jam 7.00 pagi lagi. Bukan sikit-sikit tau, lebih kurang 300 kg beras dan 80 kilo daging dan pelbagai ramuan lain untuk menyedapkan Bubur Lambuk ini.
 Buffet Berbuka Puasa
Sekitar jam 12 tengahari, 8000 bekas Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan. Edaran bermula pada jam 4,00 petang dan sesiapa yang teringin nak cuba atau merasa Bubur Lambuk yang cukup sedap dari Hotel Concorde Shah Alam, bolehlah datang atau singgah ke sini.
Drive thru pun boleh ya, tapi kena cepat-cepat sikit tau. Jam 4.00 petang terus serbu, sebab biasanya belum sampai jam 7.00 malam, 8000 bekas Bubur Lambuk ni dah langsai!
Untuk maklumat lanjut tentang Bubur Lambuk ataupun  Buffet Berbuka Puasa di sini boleh layari laman web Hotel Concorde Shah Alam di www.shahalam.concordehotelsresort.com