5 SOLUSI BERKESAN MEMILIKI BULU MATA LENTIK CANTIK MENAWAN

ALANGKAH BERTUAHNYA KALAU KITA MEMPUNYAI BULU MATA LENTIK DAN PANJANG. TAK PAYAH NAK PAKAI MASKARA ATAUPUN BULU MATA PALSU!

 

Sebelum mengetahui apa yang membuat bulu mata lentik dan panjang secara semulajadi, adalah lebih baik kita mengetahui penyebab bulu mata kurang menarik.

 

Antaranya adalah disebabkan faktor usia, genetik atau keturunan, penggunaan alat penyepit bulu mata yang terlalu kuat, tidak membersihkan sisa-sisa maskara yang dipakai ataupun terlalu kerap menggosok-gosok mata.

Bulu Mata Lentik

 

BERIKUT CARA YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN BAGI MENDAPATKAN BULU MATA LENTIK SECARA SEMULAJADI:

 

  1. MINYAK ZAITUN

Sejak dahulu lagi minyak zaitun sudah terkenal dengan sejuta khasiatnya. Untuk mendapatkan bulu mata lentik dengan manfaat minyak zaitun, oleskannya pada bulu mata.

 

Minyak zaitun ini sebaiknya disapukan pada malam hari sebelum tidur secara teratur sehingga bulu mata lentik dan panjang.

 

Cara pemakaiannya juga mudah, kita hanya perlu menyapu minyak zaitun pada kelopak bulu mata. Ratakan minyak tersebut pada bulu mata dan pejamkan mata seketika supaya tidak masuk ke dalam mata. Biarkan sehingga minyak tersebut mengering, kemudian bilaslah dengan air bersih.

Bulu Mata Lentik

 

 

  1. BUAH KERAS

Ternyata buah keras juga boleh menjadi satu cara untuk memiliki bulu mata lentik.

 

Ambillah dua atau tiga biji buah keras, bakar sehingga kehitaman. Biarkan sejuk, kemudian kisar atau tumbuk sampai lumat.

 

Sebelum tidur,  kita sapukan pada bulu mata tetapi hati-hati jangan sampai termasuk ke dalam mata. Lakukannya paling kurang tiga kali seminggu.

Bulu Mata Lentik

  1. GEL LIDAH BUAYA

Khasiat lidah buaya turut bermanfaat untuk memperpanjangkan bulu sehingga boleh digunakna untuk melentikkan bulu mata.

 

Ambil sehelai daun lidah buaya. Kemudian jemurnya sehingga layu dan setelah itu ambil gel atau lendir lidah buaya.

 

Gunakan lendir tersebut pada bulu mata dengan membentuknya dengan jari supaya kelihatan lebih lentik.

Bulu Mata Lentik

  1. DAUN SIRIH

Manfaat daun sirih untuk melentikkan bulu mata lebih bagus jika digandingkan dengan lidah buaya.

 

Ramas-ramas beberapa helai daun sirih sehingga berlendir. Kemudian sapukan lendir tersebut pada hujung lidah buaya yang sudah dipatahkan.

 

Biarkan lendir daun sirih dan juga lendir lidah buaya berbaur sebati. Kemudian barulah disapu ke bulu mata dan biarkan selama 2 jam. Selepas itu barulah dibersihkan.

Bulu Mata Lentik

  1. TRIM BULU MATA

Trim atau memotong bahagian hujung dari bulu mata juga boleh menjadi salah satu aternatif untuk memiliki bulu mata lentik.

 

Gunakan gunting kecil sebagai alat bantu untuk memudahkan proses pemotongan hujung bulu mata. Setelah proses pemotongan hujung bulu mata itu  selesai, letakkan minyak semulajadi seperti minyak zaitun, almond ataupun kelapa bagi merangsang pertumbuhan bulu mata dengan lebih cepat.

Bulu Mata Lentik

Itulah beberapa cara berkesan untuk mendapatkan bulu mata lentik dengan mudah dan secara semulajadi.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook