CABARAN GUARDIAN VITAMIN C + ZINC #FIZZWITHME

Jom, lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas!

Bunyinya macam senang sahaja. Nak tahu, senang atau tidak ayuh sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan anda kerana cabaran ini tidak semudah yang anda sangka. Ia akan membantu anda bersama teman-teman dan juga keluarga untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing serta mengingatkan mereka untuk mengambil dos harian suplemen kesihatan mereka.

Cabaran Guardian Vitamin

Guardian Vitamin C Mempertingkatkan Kesedaran

Guardian memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn. 

“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz.

“Tetapkan masa fizz anda selama yang anda boleh. Apabila anda telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn.

“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe.

Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.

Cabaran Guardian Vitamin

Jadi Lebih Sihat

Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store)

Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan.

(Visited 3,457 times, 1 visits today)