MONDELĒZ INTERNATIONAL PERKENALKAN CADBURY DAIRY MILK OREA TERBARU DI MALAYSIA

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR BAGAIMANAKAH RASANYA SEKIRANYA CADBURY DAIRY MILK DIGANDINGKAN BERSAMA OREO? MONDELĒZ MALAYSIA, SEBAHAGIAN DARIPADA SYARIKAT SNEK GLOBAL TERKEMUKA DUNIA, MONDELEZ INTERNATIONAL (MONDELĒZ), MEMPUNYAI JAWAPANNYA MENERUSI PELANCARAN CADBURY DAIRY MILK OREO – SATU LAGI INOVASI PRODUK DALAM KATEGORI COKLAT PREMIUM.

 

Magis tentu tercetus apabila dua elemen terbaik digabungkan bersama, sama ada ia mengenai pasangan selebriti terkemuka, persaingan sengit antara adiwira dengan musuh jahatnya mahupun gandingan rasa seperti mentega kacang dan jem atau “Cham”, minuman campuran kopi dan teh.

 

Cadbury Dairy Milk Oreo, yang kini amat digemari di beberapa pasaran antarabangsa, merupakan kombinasi enak coklat Cadbury Dairy Milk bersama kerangupan lazat biskut Oreo, dipadankan dengan krim berperisa yang menjanjikan keseronokan dalam setiap kunyahan!

Cadbury Dairy Milk Oreo

(L-R) Nikhil Nicholas – Category Manager of Cadbury, Vikram Karwal – Associate Director – SEA Chocolate and Nisha Nair – Brand Manager of Cadbury .

 

CADBURY DAIRY MILK OREO MERUPAKAN SATU PADANAN SEMPURNA

Bercakap pada majlis pelancarannya, Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu – Coklat Asia Tenggara berkata, “Matlamat syarikat kami ialah untuk menghasilkan momen-momen yang menggembirakan untuk para pelanggan kami. Menggabungkan dua jenama ikonik ini untuk menghasilkan Cadbury Dairy Milk Oreo merupakan satu padanan sempurna dengan mempunyai produk yang digemari ramai. Cadbury Dairy Milk berkepingan lazat dan penuh bercoklat kegemaran anda yang ditambah dengan kerangupan yang dikenali pada waktu snek anda.”

 

Selepas kejayaan pelancaran Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations dan Cadbury Dairy Milk Honeycomb and Nuts, Mondelez Malaysia terus berinovasi dengan mengandingkan dua produk global di dalam satu produk. Ini dapat dilihat menerusi pelancaran ini, Mondelez Malaysia telah memberikan kesinambungan kepada pengalaman yang meluas dalam pandangan pengguna, kepakaran global dalam pasaran coklat dan kecemerlangan dalam keupayaan inovasi.

 

Vikram menambah, “Untuk menjadi sebuah syarikat snek terbaik di dunia, kami sentiasa meneroka cara baharu untuk menghasilkan dan mengekalkan keterujaan dikalangan pengguna – dengan menyuntik lebih banyak kegembiraan, kejutan dan keseronokan ke dalam konfeksi paling digemari dunia.

 

“Pengguna sentiasa mencari sesuatu kenikmatan dan pengalaman yang baharu. Oleh itu, bersandarkan kepada pengalaman kami dalam meneraju pasaran coklat, syarikat ini berada pada posisi yang baik untuk mengenal pasti dan membawa beberapa jenama terkemuka kami ke Malaysia. Kami melihat pelancaran Cadbury Dairy Milk Oreo sebagai peluang besar untuk memperluaskan tapak perniagaan dalam pasaran coklat di rantau ini.”

Cadbury Dairy Milk Oreo

Vikram Karwal – Associate Director – SEA Chocolate introducing Cadbury Dairy Milk Oreo.

Dilancarkan di pelbagai negara, Cadbury Dairy Milk Oreo mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan menarik minat pelanggan baharu dan para penggemar setia Cadbury serta Oreo. Pertumbuhan pesat dalam pasaran coklat di rantau Asia Tenggara adalah ekoran keinginan pengguna terhadap produk baharu yang inovatif, di samping tabiat menikmati snek dan kuasa membeli dalam kalangan pengguna muda.

 

“Pada hari ini Mondelēz International merupakan syarikat snek global terkemuka dengan portfolio jenama peringkat serantau dan tempatan yang tiada tandingan. Kami sentiasa memberi tumpuan dalam menginovasikan dan mempelbagaikan portfolio produk bagi memenuhi permintaan dan jangkaan pengguna yang sentiasa berubah-ubah. Dengan cara ini, kami mampu terus memberikan impak di pasaran, pada masa yang sama memperluaskan komitmen dalam mewujudkan momen-momen keriangan dan memperkasakan pengguna untuk membuat pilihan bermaklumat,” kata Vikram mengakhiri bicara.

 

Cadbury Dairy Milk Oreo baharu boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara dengan harga jualan yang disyorkan:

-RM3.30 untuk 40g

– RM4.20 untuk 60g

-RM8.90 untuk 130g

Untuk maklumat lanjut berkenaan Cadbury Dairy Milk Oreo, layari laman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia/

#BetterTogether

BACA 8 KHASIAT COKLAT BUAT KITA JATUH CINTA PADANYA