PELANCARAN CAM 2016 TELAH DIRASMIKAN DENGAN PENUH GEMILANG

Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran Persatuan Juru Masak Malaysia atau Chefs Association of Malaysia 2016 – CAM 2016 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. 

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah telah hadir dan sekaligus  merasmikan majlis pelancaran CAM 2016. Tengku Puan Pahang juga dengan rasminya telah menjadi Penaung Diraja bagi persatuan berkenaan.

cam2016

Menurut Presiden CAM 2016, Khairuddin Kamarudin, antara objektif utama penubuhan persatuan itu ialah untuk memberi  latihan dan pembangunan kepada para pelajar bidang kulinari, menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan jurumasak profesional, di samping menjadi jambatan perhubungan di antara jurumasak tempatan dan antarabangsa.

cam2016

 

Selain itu, penubuhan persatuan ini juga bertujuan untuk menjalinan hubungan dan kerjasama dengan pihak kementerian yang berkaitan serta mengeratkan perpaduan di kalangan ahli-ahli jurumasak, kelab jurumasak dan persatuan jurumasak  lain secara langsung atau tidak langsung.

 

 

Penghargaan Buat Semua Yang Menyokong CAM 2016

Dalam majlis yang sama juga seramai sembilan orang ahli jawatankuasa  telah menerima sijil penghargaan daripada Tengku Puan Pahang iaitu Chef Khairuddin, Chef Shan, Chef Shafiq, Chef Jason, Chef Raja Kamarulzam, Chef Bonie, Chef Yahya, Chef Ashar, dan Chef Azizan. Turut berusaha, Norliza dan Molly.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai chef dan tetamu jemputan dari pelbagai bidang dan latar belakang.  Majlis telah dimeriahkan lagi dengan pelbagai hidangan masakan Melayu yang enak dan menarik untuk dijamah oleh para tetamu.

Pihak CAM 2016, turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Jurumasak Malaysia, Malaysia Association Hotel, Mabiea, Food Aids Foundation, Sunsnet dan Pertubuhan Bukan Kerajaan  yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis pelancaran tersebut.

Foto: Jin Yao (Little Cameraman) – Ahli CAM 2016.

 

BACA: KIDZ VS FOOD 2.0 PUPUK MINAK MEMASAK DI KALANGAN KANAK-KANAK