CANMAKE TOKYO KINI BOLEH DIDAPATI DI GUARDIAN!

Buat pencinta mekap, usah ketinggalan untuk mendapatkan koleksi Canmake Tokyo, salah satu brand kosmetik paling popular di  Jepun di rangkaian Guardian. Guardian Malaysia telah mengukuhkan kolaborasinya dengan Canmake melalui penambahan rangkaian produk dan bilangan stor yang menawarkan jenama tersebut.

 

Menurut Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms. Wong Vai Chi, keputusan untuk memberikan lebih banyak ruang kepada Canmake ini adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan Guardian yang sentiasa meningkat untuk produk kecantikan yang baru pada nilai hebat.

canmake tokyo

Canmake Tokyo Berkualiti Dan Mampu Milik

Sebenarnya produk kosmetik Canmake Tokyo, telah dijual di stor-stor Guardian sejak 2015. Produk ini juga telah dilancarkan 33 tahun lalu di Jepun, di mana ia sangat popular di kalangan semua generasi kerana menawarkan pelbagai produk yang comel, bergaya dan berkualiti pada harga mampu milik.

canmake tokyo

Ketua Bahagian Kosmetik Guardian Malaysias, Jessica-Barnabas bergambar dengan produk kosmetik mampu milik No.1 dari Jepun – Canmake.

 

 

 

“Pada tahun 2015, Guardian menawarkan produk Canmake di 12 buah stor. Hari ini, produk Canmake boleh didapati di 55 buah stor dan menjelang akhir tahun ini, ia bakal dijual di 80 buah stor kami,” tambah Ms. Wong lagi.

 

 

“Guardian berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Canmake dalam menyediakan rangkaian produk hebat ini kepada lebih ramai pelanggan kami, tambah beliau lagi.

canmake tokyo

 

Bagi memastikan pelanggan mengetahui dan berpeluang untuk mencuba produk Canmake, Guardian Malaysia telah menyediakan kaunter “make-me up”, yang lengkap dengan maklumat pengguna dan paparan tester untuk memberikan pengalaman yang lengkap kepada pelanggan.

canmake tokyo

Di samping itu, apa yang menariknya produk-produk Canmake ini direkabentuk dengan baik dalam saiz kompak untuk kemudahan pengguna. Ia muat di dalam beg kosmetik atau tas tangan anda. Lagi satu, ia turut dijual pada harga yang perpatutan antara RM31.90 hingga RM86.70.