CANON MENJADILKAN FOTOGRAFI LEBIH MUDAH DENGAN EOS M50, EOS 1500D, EOS 3000D DAN SPEEDLITE 470EX-AI

Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan tiga kamera baharu di bawah siri EOS iaitu kamera tanpa cermin (mirrorless) EOS M50, dua kamera DSLR EOS 1500D dan EOS 3000D, serta lampu denyar (flash) Speedlite 470EX-AI.

Produk pengimejan baharu itu menawarkan keseimbangan yang sempurna di antara kualiti pengimejan mengagumkan dan aspek kegunaan terbaik. Ia membuktikan usaha Canon untuk menjangkau lebih ramai pengguna di peringkat asas, pada masa yang sama mengekalkan fokusnya terhadap aspek inovasi dan sofistikasi dalam teknologi pengimejan.

EOS M50 nyata menonjol dalam kalangan model-model kamera tanpa cermin Canon. Ini kerana ia menjadi kamera pertama Canon dilengkapi pemproses imej terkini DIGIC 8 yang meningkatkan keupayaan rakaman video 4K, serta menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna ketika merakam dan berkongsi momen-momen hidup yang terindah.

Mampu milik dan mudah digunakan, EOS 1500D dan EOS 3000D ideal untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dan dapat menambah minat dalam fotografi, selain meneroka pelbagai kemungkinan yang melangkaui teknologi telefon pintar. Manakala flash kamera pintar pertama yang dilengkapi fungsi Auto Intelligent Bounce pertama di dunia, Speedlite 470EX-AI pasti menjadi satu kelengkapan luar biasa untuk fotografi yang menggunakan flash.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Andrew Koh, “Melalui teknologi dan reka bentuk yang inovatif, Canon terus maju dalam menyediakan penyelesaian pengimejan terbaik. Pada masa yang sama menepati janjinya untuk menjadikan fotografi satu pengalaman istimewa yang boleh diakses oleh semua orang.”

Model-model kamera EOS baharu dan flash Speedlite merupakan sebahagian daripada usaha Canon dalam menyemai budaya fotografi di kalangan pengguna yang gemar merakam gambar dan mahu beralih dari fotografi telefon pintar ketika mengekspresikan diri masing-masing.

“Kami mahu menggalakkan pengguna untuk menyemai minat terhadap dunia fotografi dan menghargai imej-imej berkualiti tinggi. Produk-produk baharu kami direka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Seterusnya memberikan mereka peluang untuk membawa kreativiti ke tahap lebih tinggi serta mengekspresikan individualiti dalam cara yang semudah mungkin,” kata Koh.

Koh turut berkongsi bahawa kamera digital dengan lensa boleh ditukar Canon (DLR digital dan kamera tanpa cermin) telah mengekalkan kedudukan No.1 dalam perkongsian pasaran global untuk 15 tahun1 berturut-turut dari 2003 hingga 2017.

canon

 

Produk Canon Perlu Sesuai Dengan Gaya Hidup Terkini

Berucap pada majlis pelancaran itu, Ketua Divisyen Pengimejan dan Maklumat Pengguna, Jeffrey Kung menyatakan Canon sedar bahawa pendekatan pengguna terhadap fotografi sudah berubah. Jadi, produk-produk Canon perlu sesuai dengan gaya hidup mereka, mudah diakses dan senang digunakan.

“Tiga kamera baharu kami ini ringan dan padat dengan pelbagai ciri moden, tetapi mesra pengguna untuk menghasilkan imej berkualiti tinggi. Dalam zaman digital di mana kandungan video dalam talian dilihat semakin popular, EOS M50 dengan keupayaan merakam video sememangnya ideal untuk kelompok vlogger, YouTuber atau sesiapa sahaja yang gemar merakam serta berkongsi momen-momen menggembirakan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

“EOS 1500D dan EOS 3000D baharu ialah DSLR yang bernilai untuk wang serta menjadi pilihan terbaik untuk para pelajar dalam bidang komunikasi dan kreatif. Ia merupakan kamera ringkas yang mampu menghasilkan imej dan video berkualiti tinggi untuk tugasan-tugasan mereka,” katanya.

Kung turut menyatakan bahawa Speedlite 470EX-AI baharu bakal merevolusikan fotografi yang menggunakan flash, sama ada untuk pengguna baru mahupun mahir. “Bagi mereka yang tidak biasa dengan kelebihan fotografi lantunan flash, aksesori ini akan membawa pengguna ke satu tahap baru dalam dunia fotografi dengan memudahkan sains pencahayaan (lighting) dan menukarnya menjadi satu pengalaman yang intuitif. Flash ini mengenal pasti sudut optimum untuk lantunan flash, sekali gus memberikan kondisi cahaya terbaik ke atas subjek,” katanya lagi.

Kamera tanpa cermin yang mudah dioperasi

EOS M50 ialah kamera tanpa cermin pertama Canon yang hadir dengan keupayaan video definisi ultra-tinggi 4K. Jadi, rakam memori anda dalam warna-warna yang jelas dan penuh keterujaan, atau dalam warna yang lembut dan terperinci sewaktu momen-momen yang lebih senyap. Pemproses imej termaju DIGIC 8 yang digabungkan dengan sensor APS-C CMOS bersaiz 24.1-megapiksel menawarkan pengguna teknologi terkini untuk merakam imej-imej yang sangat jelas dan cantik, walaupun ketika kondisi kurang cahaya – semua ini disatukan di dalam badan yang ringan, kompak dan harus dimiliki oleh vlogger.

Pengguna boleh terus berada di hadapan dari segi penggunaan media sosial kerana mereka sentiasa terhubung, dari rakaman foto menggunakan kamera kepada rakan-rakan dan ahli keluarga di media sosial. Pindahkan momen-momen menggembirakan itu ke dalam telefon pintar, pencetak atau kamera lain anda secara serta-merta melalui Wi-Fi, Bluetooth atau NFC.

DSLR Mampu Mmilik Terbaik Untuk Pemula

Sebagai penambahan terkini dalam rangkaian kamera DSLR mampu milik Canon, mereka yang baru belajar dalam bidang fotografi tidak perlu kekal novis dengan EOS 1500D dan EOS 3000D. Kedua-dua kamera ini dikuasakan oleh pemproses imej DIGIC 4+, serta sensor APS-C CMOS 24.1 dan 18.0-megapiksel. Jadi pengguna boleh mendapatkan gambar berkualiti terbaik walaupun dalam kondisi cahaya yang malap.

Dengan ISO bermula 100 kepada 6400 dan boleh dipertingkatkan sehingga 12800, yang kemudian digabungkan dengan fungsi rakaman filem HD sepenuhnya, kamera ini berupaya merakam imej dan video yang jelas, serta meminimumkan kadar ganguan dalam rakaman berkenaan.

Pegang Kamera Anda

Speedlite 470EX-AI ialah flash auto-pintar yang pertama di dunia, satu langkah ke hadapan dan revolusionari dalam fotografi flash. Fotografi bounce flash merupakan satu teknik di mana flash dialihkan daripada subjek dan cahayanya akan dilantunkan (bounce) ke dinding atau siling untuk memberikan kecerahan yang semula jadi pada gambar.

Flash ini menggunakan teknologi auto-pintar bounce (AI). Maksudnya, motor dan alat pengesan melakukan pengubahsuaian, konfigurasi dan penukaran arah flash konvensional secara automatik. Jadi, ia boleh memberikan sudut optimum dan cahaya yang sempurna tanpa perlu anda membuat tetapan sendiri.

Ia hadir dalam dua mode: automatik sepenuhnya dan semi automatik. Mode automatik sepenuhnya sesuai untuk mereka yang baru hendak belajar kerana ia akan mengubah suai sendiri bergantung kepada keadaan sekeliling, seterusnya memberikan iluminasi yang diperlukan tanpa anda perlu memikirkannya. Manakala mode semi automatik pula boleh digunakan oleh pengguna yang mahir dan separa mahir yang mengutamakan kawalan cahaya, dengan mengubah sudut kedudukan flash. Flash itu kemudian akan mengingat posisi tersebut tanpa mengira bagaimana anda memegangnya nanti.

 

Harga Runcit

EOS 3000D (W) w/18-55 DC III          RM 1,799

EOS 1500D (W) w/18-55 IS II             RM 2,349

EOS M50 (body only)                         RM2,799

EOS M50 EF-M15-45mm                   RM3,199

EOS M50 EF-M15-45/55-200mm       RM4,299