Wanita Bertudung Wajib Baca! Cara Atasi Rambut Berbuah

rambut-berbuah-

kredit foto: ak0-pinimg

Masalah rambut rosak, sama ada berkelemumur,bercabang ataupun rambut berbuah merupakan salah satu kebimbangan bagi sebahagian wanita ketika memakai tudung atau hijab.

 

 

Namun, sebenarnya ia bukan masalah besar jika kita pandai menjaga atau merawat rambut kita. Walaupun kita memakai hijab pada setiap hari, bukan bermakna kita boleh mengabaikan kebersihan rambut. Rambut yang bersih bukan sahaja lebih sihat, tetapi akan membuatkan keadaan kita berasa lebih selesa.

 

Jika tidak dijaga serta dirawat dengan baik, rambut juga akan mengalami penurunan kualiti, sama juga seperti bahagian tubuh kita yang lain.

 

Berikut beberapa tip untuk mengatasi masalah rambut berbuah dan berbau

 

  1. Hindari Memakai Hijab Ketika Rambut Masih Basah

Jangan sesekali anda memakai atau mengenakan hijab ketika rambut masih dalam keadaan basah. Selain membuatkan kita berasa tidak selesa, ia akan mengundang kemunculan kelemumur kerana kulat dapat membiak dengan subar dalam keadaan yang lembab.

 

Selain itu, juga boleh membuatkan rambut menjadi berbau dan lama kelamaan masalah rambut berbuah juga turut terjadi. Jadi, untuk menghindari rambut berbuah, pastikan rambut dalam keadaan kering ketika kita mengenakan hijab.

 

 

  1. Jaga Kebersihan Rambut

Penyebab utama rambut berbau kepam, selain disebabkan memakai tdung dlam keadaan rambut basah, rambut yang jarang dicucui dan syampu juga boleh menyebabkan bau tidak sedap pada kulit kepala dan juga rambut.

 

Rambut bukan sahaja menjadi leper serta kehilangkan serinya, bahkan lama-kelamaan rambut jadi berbuah atau berbiji.

 

 

  1. Daun Pinang

Atasi masalah rambut berbuah dengan khasiat daun pinang. Ramas daun pinang secukupnya dengan sedikit garam kasar. Kemudian campurkan dengan sedikit air. Setelah campuran tersebut sebati, lumurkan di kepala.

 

Biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bilaslah dengan air bersih dna lakukan secara rutin, dua minggu sekali.

 

 

  1. rambut berbuah

    kredit foto: 1-bp-blogspot

    Inai

Ambil secukupnya daun inai. Kemudian tumbuklah sehingga lumat. Setelah iitu sapulah pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Amalkan sebulan sekali secara rutin untuk mendapatkan keberkesanannya.

 

 

  1. Limau Nipis

Limau nipis boleh menjadi salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut berbuah dan berbau. Limau kaya dengan vitamin C yang mampu membunuh bakteria penyebab bau pada rambut.
Caranya cukup mudah, hiris atau atau ramas buah limau nipis dengan secaran air dan rebus. Gunakan air rebusan tadi untuk mencuci rambut. Amalkan seminggu dua kali.

 

 

  1. rambut berbuah

    kredit foto: ihealthadvice

    Minyak Lavender

Setelah mencuci rambut dan mengeringkannya, gunakan minyak lavender secara menyeluruh pada rambut terutama di kulit kepala dan hujung rambut. Urut-urutlah dengan lembut. Biarkan selama  30 minit dan bilaslah dengan air sehingga bersih.

 

Minyak lavender mempunyai sifat anti bakteria dan anti kulat yang dapat mencgah infeksi pada kulit kepala sehingga rambut dan kulit kepala bebas daripada masalah rambut berbuah, rambut bercabang, kulit kepala gatal, rambut berbau tidak sedap dan sebagainya.

 

 

Biarpun mengenakan hijab, rambut tetap mahkota wanita yang perlu dijaga. Semoga tip mengatasi rambut berbuat ini bermanfaat.

 

LIKE & SHARE

 

(Visited 255 times, 1 visits today)