CARA BERKESAN UNTUK BERUBAH YANG MEMBERI IMPAK BESAR DALAM HIDUP ANDA

Semua orang mahukan hidup yang lebih baik tetapi tidak semua orang mahu berubah atau mahu meninggalkan ZON SELESA mahu pun ZON PANAS. Memang bukan mudah untuk berubah kerana bukan semua orang berani melakukannya. Namun, ia tidak mustahil jika ada kesungguhan.

Untuk anda yang memang mahu berubah, saya kongsikan cara bagaimana anda boleh lakukan dengan positif. Kepada yang tidak mahu, terserahlah. Anda sahaja yang tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini.

berubah

4 TEKNIK UNTUK MUDAH BERUBAH:

  1. Rasakan Kesakitan

Satu sebab kenapa anda tidak mahu berubah adalah kerana anda tidak terdesak atau tidak ada satu faktor yang mampu menjadi ‘turning point’ dalam hidup anda. Sebelum anda bertindak, cuba rasakan betapa sakitnya diri anda saat ini hingga anda rasa mahu menjerit.

Contohnya, setiap bulan gaji anda habis untuk membayar hutang seperti rumah, kereta dan kad kredit. Bayangkan jika kad kredit anda ada 10 keping? Tahukah berapa banyak hutang yang ‘mampu’ anda hasilkan?

Bayangkan betapa ‘kemewahan’ hidup palsu yang terhasil dari kad kredit itu akan menjahanamkan hidup anda. Bayangkan setiap aspek. Betapa ngerinya anda menghadapi hutang kad kredit yang semakin hari semakin bertimbun hingga duit gaji habis membayar hutang kad kredit. Hendak makan pun sudah tidak ada duit.

Rasakan kesaandan anda dan jangan cuba sembunyikan dengan menipu diri anda bahawa ia OK. Saat anda berjaya merasakan kesaandan itu, maka akan tercetus satu gesaan untuk anda berubah!

 

2. Rasakan Keseronokan

Bila anda dapat merasakan kesaandan dan berasa terdesak untuk segera keluar daripada kemelut itu, cuba pula rasa perasaan di sebalik emosi itu.

Jika anda mahukan kebebasan kewangan, bagaimana keadaan itu agaknya? Bagaimana rasanya bila anda tidak lagi diburu panggilan pengutip hutang. Bahkan anda boleh tumpukan pada hutang rumah dan kereta serta pendidikan anak-anak. Cuba rasakan kelegaan dan keseronokan tanpa dihantui oleh hutang ‘buruk’ anda itu.

Jika anda sukar membayangkannya pada waktu siang, cubalah lakukan pada waktu malam sebelum anda tidur. Lakukan sewaktu anda kurang stres. Pasti emosi anda akan beransur positif dan keesokannya anda akan mula bertindak memikirkan strategi yang lebih berkesan untuk untuk melangsaikan hutang kad kredit anda.

Antara tindakan yang boleh diambil ialah potong kad kredit, tamatkan kad kredit atau berbincang dengan pakar kewangan mengenai cara untuk menguruskan hutang anda itu dengan baik. Anda akan berhenti menggunakan kad kredit dan mencari jalan untuk menambah pendapatan agar anda tidak perlu lagi berhutang. Tanpa anda sedar, setahun anda merana tanpa berbuat apa-apa dan berserah, kini ada sudah berada di jalan keluar sebab anda yang mahukan perubahan!

3. Rasakan Ketakutan

Mahu tidak mahu, anda harus mengakui bahawa perubahan boleh membawa ketakutan. Sama ada anda tahu anda tidak boleh berubah, anda tidak pernah yakin, anda takut tersilap langkah atau anda takut cakap orang.

Ketakutan ini sering bersembunyi dan berligar-ligar dalam diri pada saat anda cuba berubah. Dengan merasakan ketakutan dan memahami bagaimana impaknya pada anda, anda boleh membuat keputusan untuk melakukankan sesuatu mengenainya.

Ketakutan adalah hasil daripada rasa kurang yakin selagi anda tidak bertindak. Manakala keyakinan hanya akan datang daripada tindakan. Ironinya (yang menghentikan perubahan positif) ialah anda takut untuk melakukan sesuatu yang berbeza dan anda terus terkandas pada tempat yang sama.

Berikut ialah cara mengatasi rasa takut:

a. Hargai Kelebihan diri

 

Anda sering dipuji bahawa anda hebat tetapi anda selalunya kurang memberi perhatian mengenainya bila ketakutan untuk berubah sentiasa berligar dalam diri anda. Menghargai kehebatan anda dan segala yang telah dicapai akan membantu anda untuk mengelakkan suara hati negatif yang menyatakan anda tidak boleh.

b. Bergantung pada orang lain

Sama ada ia memberi kesan yang baik atau buruk, ramai yang melakukan ini. Ada saja orang di sisi anda yang membuatkan anda setiasa berada dalam ketakutan dan terkandas. Ada banyak sebab antaranya mereka tidak mahu anda gagal dan rasa sedih, mereka tidak mahu anda jadi berbeza, mereka tidak mahu anda kelihatan lebih berjaya berbanding mereka dan banyak lagi.

Hakikatnya, tugas anda bukan untuk mengubah fikiran mereka tetapi mencari orang yang betul untuk membantu anda. Orang ini tidak perlu memberi kata-kata perangsang, tetapi cukuplah sekadar positif dan yakin yang anda boleh berubah, mereka akan bantu anda untuk berada pada landasan yang betul.

c. Gembira dengan Kegagalan

Kegagalan bagus untuk anda. Pada saat anda gagal memang anda akan rasa bahawa dunia anda sudah musnah. Tapi jangan biarkan ia berlaku. Yakinlah bahawa setiap kegagalan itu ada hikmahnya. Allah mahu beri yang lebih baik. Sekali gagal bukan gagal selamanya.

Banyak yang anda dapat belajar daripada kegagalan dan anda boleh kumpulkan segala maklumat untuk anda terus ke depan. Anda boleh lakukannya dalam masa yang singkat atau anda perlu ambil masa lama untuk pulih. Terpulanglah kerana anda sahaja yang mampu mengawal pemikiran anda. Bahkan anda perlu ada skil untuk mengubah pemikiran kepada yang lebih positif dan kuat.

d. Tindakan – Ketakutan takut pada tindakan

Ketakutan akan berasa gembira bila anda tidak berbuat apa-apa, berpaling, terkandas atau hilang kawalan. Itu akan membuatkan ketakutan tersenyum. Ketakutan benci bila anda ada rancangan atau tindakan.

Setiap rancangan yang dibuat memang tidak semestinya berjaya. Maka, ketakutan akan selalu berbisik dalam kepala anda, “Aku dah tahu yang kau tidak akan berjaya!” Awas! Jika ini yang sedang bermain di minda anda, segera abaikan!

Pada peringkat permulaan, tidak kisah apa pun tidakan anda, asalkan anda tidak berserah dan putus asa. Cakaplah pada diri anda, “Aku mahu berubah dan aku tidak takut untuk bertindak!”

 

4. Langkah Penting untuk Buat Perubahan Positif

Akhir sekali inilah langkah yang perlu diambil untuk berubah:

Ketahui dan senaraikan halangan yang bakal anda alami. Gunakan mindmap supaya mudah untuk anda visualkan. Mengetahui fitrah anda adalah sangat berkesan untuk anda meraih kejayaan pada masa depan.

a. Abaikan Peraturan. Selalunya kita akan cenderung meniru apa orang lain buat terlebih dahulu. Satu sebab kenapa perubahan sukar ialah sebab anda cuba lakukan perubahan macam orang lain. Anda bukan mereka dan mereka bukan anda. Fahami nilai dalam diri anda, sayangi dan percaya bagaimana ia dapat membantu perubahan anda. Jika anda cuba membandingkan diri anda dengan orang lain, maka anda tidak akan dalam membuat tindakan dengan cara yang berkesan.

b. Ubah cara berfikir – Pemikiran negatif boleh menyelinap ke dalam kepala dan sebelum anda tahu, anda sendiri telah merosakkan peluang anda untuk berjaya. Jika anda berrasakan semua benda susah, maka apa pun yang anda buat akan susah. Jadi, kalau dalam fikiran anda ada rasa ‘Susahnya nak buat ni’, segera katakan ‘Ini adalah jalan untuk mengubah hidup saya dan saya seronok melakukannya’, maka anda akan mampu melakukannya.

c. Anda membuat perubahan yang anda mahukan – Tahukah anda bahawa industri latihan dan pembangunan manusia ini bernilai bernilai billion ringgit? Ia adalah kerana dalam usaha untuk berubah, kita selalu mahukan ‘pil ajaib’ atau perubahan sekelip mata.  Hakikatnya tidak ada benda yang ajaib. Orang yang berjaya berubah ialah orang yang mahukan perubahan.

d. Segala yang anda mahukan dalam hidup memerlukan pengorbanan, perubahan dalam pemikiran dan masa. Jadi, jika anda tidak memberikan ruang untuk memikirkannya, bagaimana anda mahu bertindak? Kejayaan tidak akan berhasil sekelip mata. Ia bergantung kepada tindakan anda.

Jika anda ikuti segala langkah yang diberi, tindakan untuk berubah memang mudah dilakukan. Jangan culas dan mencari alasan. Fahami diri anda, atur pelan tindakan dan raihlah hasil yang baik kelak. Semoga anda dapat hidup lebih bahagia dan berjaya dalam konteks anda sendiri. Jumpa lagi.

Biodata penulis:

Penulis pernah bertugas sebagai wartawan dan editor di Kumpulan Media Karangkraf selama 19 tahun. Kini beliau membangunkan portal media www.123mamanet.com bersama seorang rakan kongsi. Merupakan novelis, penulis buku dan penulis blog. Beliau juga menawarkan khidmat editorial dan penerbitan. Antara klien beliau ialah Pusat Zakat Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan orang persendirian.