5 KEBAIKAN BAKAR KALORI DENGAN CARA BERLARI DI TEPI PANTAI

Segala macam penyakit boleh kita atasi dengan berlari. Aktiviti yang cukup mudah dan juga murah seperti berlari atau berjoging di tepi pantai ini mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh.

 

Selain dapat melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kesihatan dan kesegaran badan, berlari juga dapat merespons pengeluaran hormon dan enzim yang merangsang jantung dan otot untuk bekerja dengan lebih baik lagi.

 

Berikut Beberapa Kebaikan Berlari Atau Berjoging Di Tepi Pantai:

1. Bakar lebih banyak kalori

Berlari ataupun berjoging di tepi pantai ternyata akan membakar kalori dalam badan, 28 peratus lebih banyak.

 

Ini adalah kerana permukaan tanah berpasir yang kita pijak untuk berlari akan membuatkan kita mengeluarkan lebih banyak tenaga. Jadi, jika kita melakukukannya secara rutin, maka dalam waktu yang singkat kita akan dapat menurunkan berat badan.

di tepi pantai

2. Baik untuk kesihatan jantung

Berlari atau berjoging secara teratur tak kira di tepi pantai ataupun tidak, lebih dari 50 minit dalam seminggu mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dalam tempoh jangka panjang.

 

Ketika berlari, perjalanan darah kita akan menjadi lebih lancar. Ia bermanfaat untuk mencegah terjadinya penyakit jantung koroner.

di tepi pantai

3. Mencegah osteoporosis

Berlari juga dapat merangsang pembentukan sel-sel tulang baru. Tulang kita akan jadi lebih kuat dan dapat menurunkan risiko terkena osteoporosis di masa akan datang.

di tepi pantai

4. Meredakan stress

Beban hidup dan kerja yang semakin berat boleh mengundang stress pada kita semua. Aktiviti berlari di tepi pantai ini dapat membantu mengeluarkan tenaga yang berlebihan di dalam badan dan hormon stress itu sendiri.

 

Ketika berlari, tubuh akan mengeluarkan hormon endorphin, yang mana hormone inilah yang melahirkan perasaan gembira sehingga membantu meredakan stress.

di tepi pantai

5. Awet muda

Kebiasaan berlari di tempat pantai ini juga akan membuatkan kita berpeluh. Perkara ini akan merangsang segala toksin atau racun dalam badan keluar melalui pori-pori. Di samping itu pengairan darah kita juga akan berjalan dengan lancar.

Kesannya ia akan menunda proses penuaan dan kulit kita akan jadi lebih sihat dan nampak lebh awet muda.

di tepi pantai

Itulah beberapa kebaikan berlari atau berjoging di tepi pantai yang dikatakan sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita. Cubalah manfaatkan dengan sebaik mungkin dan jangan lupa kongsi kebaikan ini kepada sesiapa sahaja.

 

BACA – KEMBALI LANGSING SELEPAS BERSALIN