Cara Betul Pakai Serum Muka Untuk Awet Muda

serum muka

Kredit: i.ebayimg

NAK AWET MUDA? Mudah saja. Gunakan serum muka. Namun, masih ada di antara kita yang masih belum betul-betul faham tentang kehebatan sebenar serum muka, termasuklah  cara penggunaan serta perbezaannya dengan krim muka. Ikuti artikel ini selanjutnya agar anda dapat meningkatkan ‘class’ anda setakuk lagi!

Tidak ramai wanita yang menggunakan serum muka kerana harganya lebih mahal daripada krim muka biasa. Walaupun agak mahal, tetapi manfaatnya lebih bagus daripada pelembab muka atau moisturizer.

Serum muka mampu membantu menghilangkan garis-garis halus, kedutan dan juga bintik-bintik hitam di muka. Serum diperbuat daripada bahan aktif, yang mana molekul-molekul kecil yang terkandung di dalam serum membuatnya menjadi lebih mudah diserap ke dalam kulit.

Dengan erti kata lain, serum dapat membantu meremajakan kulit anda agar anda kelihatan sentiasa muda dan bebas daripada masalah kulit. Impian anda untuk mempunyai kulit sehalus bayi mampu tercapai dengan penggunaan serum.

Di samping itu, ia juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit muka. Sebaiknya kita kena pilih serum yang mengandungi bahan ‘glycine’ sebab ia boleh membuatkan kulit muka kita menjadi lebih tegang, halus dan sihat.

Pemakaian serum muka secara teratur akan membuatkan muka kita menjadi lebih lembab, tekstur kulit muka pun semakin cantik dan menyamarkan bintik-bintik hitam pada wajah.Bukan itu sahaja,  tanda-tanda penuaan pada muka kita pun secara perlahan-lahan akan pudar.

 

Cara Menggunakan Serum Muka Yang Betul

serum muka

Kredit: ginaslibrary

 

  1. Pastikan kita telah membersihkan muka dengan pembersih muka sebelum menggunakan serum.

 

  1. Ambil secukupnya, kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan-lahan menggunakan jari-jemari tangan .

 

  1. Jika kita mempunyai kulit muka yang sensitif, selepas membersihkan muka tunggu sehingga 10-15 minit, kemudian barulah kita pakai serum tersebut.

 

  1. Jika mahu kita boleh juga memakai pelembab muka, tetapi pakailah serum terlebih dahulu. Setelah itu barulah pakai pelembab. Untuk lebih jimat, kita boleh menggunakan serum muka pada pagi atau malam hari. Itupun sudah memadai.

Tidak sukar bukan? Memiliki pakaian yang cantik dan mahal tidaklah sehebat jika anda memiliki kulit muka yang cantik dan awet muda. Jom, jangan berlengah lagi!