Cara Diet Sihat Cepat Turun Berat Badan!

Adakah menurunkan berat badan menjadi salah satu azam anda pada tahun baru ini? Jika ya, anda patut cuba cara diet sihat yang Mamanet kongsikan ini.

 

Ada banyak cara yang dilakukan orang untuk menurunkan berat badan termasuklah melakukan diet yang tidak sihat dengan pengambilan ubat diet berbahan kimia dan sebagainya.

 

Kenapa perlu menyusahkan diri dengan menerapkan cara diet yang tidak sihat sehingga boleh menimbulkan efek sampingan? Lagipun masih ada cara deit sihat yang lebih selamat dilakukan. Macam mana cara diet yang sihat.

cara diet siha

 

NAK TAHU CARA DIET SALAH, KILIK SINI

 

Berikut 5 cara diet sihat yang wajib anda praktik supaya dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

 

  1. Meningkatkan Waktu Senaman

Bersenam adalah cara mudah jika ingin menurunkan berat badan.Yang paling rutin dilakukan adalah berjogging sambil memakai jaket tebal supaya kalori terbakar.

 

Selain itu, melakukan sit up juga banyak kali juga sering menjadi pilihan untuk kurus. Bersenam secara rutin selama 40 minit pada setiap hari akan membantu anda mengurangkan berat badan serta badan akan terasa lebih segar.

 

  1. Jangan Makan Junk Food

cara diet sihatCara diet sihat yang patut anda patuhi jika ingin kurus dengan lebih cepat adalah dengan menghindar pengambilan junk food ataupun makanan segera.
Walaupun nampak sedap, tetapi makanan ini tidak begitu sihat dan mempunyai kalori yang sangat tinggi. Sudah pasti ianya sangat berbahaya untuk berat badan anda. Apatah lagi jika anda benar-benar mahu menurunkan berat badan.

 

  1. cara diet sihatElakkan Pengambilan Minuman Berkarbonat

Ramai di antara kita tidak meneliti tentang kandungan kalori dan lemak di dalamnya ketika makan dan minum.

 

Minumman berkarbonat mengandungi banyak kalori yang semuanya berasal dari gula. Selain itu, di dalam minuam ini juga tidak terdapat vitamin.

 

Kaum wanita yang menggemari minuman berkarbonat ini lebih tinggi risikonya untuk terkena obesiti, diabetis dan juga osteoporosis.

 

 

  1. cara diet sihatKurangkan Jumlah Makanan

Jika anda memang seorang yang kuat makan, anda memang perlu cekal ketika mengamalkan cara diet sihat ini.

 

Mengurangkan jumlah makanan akan membuatkan anda masih terasa lapar walaupun dah makan. Namun, jangan bimbang anda boleh mengatasi rasa lapar itu dengan menikmati makanan lain, namun dalam jumlah yang sedikit.

 

Di samping itu, kenalah perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air masak. Ini adalah kerana air masak selain membantu proses metabolisme tubuh, ia juga sangat membantu anda yang ingin mengurangkan jumlah pemakanan.

 

Cara diet sihat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan sebaiknya, minumlah air masak 5-10 minit sebelum anda menjamah makanan.

 

Selain itu, anda juga patut tahu, organ penghadaman akan menjadi lebih aktif menghancurkan lemak jika dibandingkan jika anda tidak makan. Organ penghadaman hanya akan menimbun lemak dan mengakibatkan berat badan anda jadi semakin bertambah. Jadi, jangan takut untuk lebih kerap makan ok!

 

 

  1. cara diet sihatElakkan Makanan Bergoreng

Menghindari makanan yang bergoreng sangat membantu ada yang ingin mencuba cara diet sihat. Ini adalah kerana makanan yang digoreng berpontensi menyimpan lemak tepu yang boleh meningkatkan kolesterol serta menyebabkan penimbunan lemak berlebihan di dalam badan.

 

 

Oleh sebab itulah, anda disarankan menikmati makanan yang diolah dengan cara direbus, dikukus, dibuat sup ataupun dipanggang.

 

Semoga 5 cara diet sihat untuk menurunkan berat badan yang dikongsikan ini dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang ideal dan lebih sihat.

 

LIKE & SHARE MAMANET