CARA ELAK MENGANTUK KETIKA BERAYA SAKAN! WAJIB CUBA

SAMA ADA ANDA YANG MAHU BALIK KAMPUNG ATAUPUN BERKONVOI MENZIARAHI SANAK SAUDARA,  MASALAH MENGANTUK MEMANG BAHAYA.  JOM IKUTI CARA ELAK MENGANTUK SEBELUM KERANA MALANG TAK BERBAU.

 

Apatah lagi bila memandu dalam keadaan perut kenyang selepas sakan beraya. Memang mencabar! Rasa nak tongkat aje mata tu kan?

 

Biarpun rasa mengantuk itu adalah salah satu tindakbalas yang semulajadi dan sering dialami oleh ramai orang, tetapi jika rasa mengantuk itu berlebihan dan tidak kena pada tempat serta waktunya, boleh juga menimbulkan banyak masalah. Tambahan pula jika kita sedang memandu kenderaan untuk perjalanan jauh.

 

Memandu dalam keadaan yang mengantuk sangat berbahaya dan kebanyakan pemandu terutama lelaki mengakui pernah mengalami microsleep ketika memandu. Jangan dibuat main. Banyak kemalangan berpunca daripada masalah terlelap seketika ini.

 cara elak mengantuk

APA ITU MICROSLEEP?

Microsleep adalah suatu keadaan di mana kita tertidur atau terlelap seketika, selama 5-10 saat. Dalam tempoh microsleep terjadi, otak kita tertidur secara tidak sedar atau automatik.

 

Keadaan atau situasi ini sering terjadi ketika seseorang itu sedang memandu kenderaan. Inilah sebabnya microsleep boleh mengancam nyawa para pemandu kenderaan.

 

Kelopak mata mula menutup dan kita mula kehilangan hubungan dengan realiti. Ketika tiba-tiba tersedar, mereka yang mengalami microsleep biasanya tersedar selepas tersenguk kuat.

 

Sentapan yang mendadak itulah yang akan membuatkan mereka tiba-tiba tersedar kembali. Saat ini mungkin kereta anda sudah tersasar dari garisan. Jadi, awas ya!

 

PENYEBAB MICROSLEEP

Microsleep boleh disebabkan oleh kepenatan dan jika tidak segera diatasi boleh berlangsung dalam keadaan yang lebih lama sampai kita betul-betul tertidur.

 

Microsleep lebih mudah menyerang pada petang hari ketika kadar energi pada badan kita mengalami penurunan dan pada malam hari ketika sudah sampai masa tidur kiita.

 

Orang muda lebih berisiko mengalami microsleep kerana mereka secara umumnya memerlukan waktu tidur yang lebih panjang.

 

 

Cara Elak Mengantuk

SEMAK BEBERAPA CARA ELAK MENGANTUK  DAN BADAN TETAP SEGAR KETIKA MEMANDU

 

  1. BADAN SEGAR

Sebelum memandu kederaan, pastikan badan kita terasa segar sebelum balik kampung atau memulakan perjalanan jauh. Rehat secukupnya terutama waktu tidur.

 

Lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Contohnya, mandi atau membersihkan muka sebelum bertolak. Ia mampu membantu kita terasa lebih segar.

 

Selain itu sebelum berangkat, lakukan sedikit aktiviti pemanasan kerana ia juga membantu melegakan otot-otot yang tegang.

 

Cara Elak Mengantuk

  1. BERHENTI DAN BEREHAT SEKETIKA

Jika perasaan mengantuk tersebut tidak mampu untuk ditahan, segera mencari tempat selamat untuk memberhentikan kenderaan.

 

Boleh singgah di mana-mana R & R untuk merehatkan diri. Jika perlu, lelapkan mata sekejap sekitar 10-15 minit. Tak pun, singgah minum kopi panas dan jangan lupa membasuh muka lagi!

 

Tidur seketika mampu menjernihkan otak daripada kandungan ‘adenosine’, sementara kafein memerlukan waktu 20 minit untuk mempengaruhi secara psikologi.

Cara Elak Mengantuk

 

 

 

 

  1. JANGAN HANYUT DALAM LAMUNAN

Ketika memandu , jangan biarkan diri kita larut dalam lamunan atau memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Cuba fokuskan daya kosentrasi pada perjalanan yang ditempuhi. Supaya mata tidak penat atau bosan, gerakkan mata secara rutin. Tengok cermin sisi, cermin belakang dan sebagainya.

Cara Elak Mengantuk

 

  1. TEMAN BERBUAL

Cara elak mengantuk paling efektif adalah berbual dengan rakan atau pasangan di sebelah. Orang sebelah usah pula tidur dan membiarkan pemandu memandu keseorangan.

 

Jika anda memandu berseorangan, bukalah radio. Menyanyi, mengaji atau sebarang aktiviti lain boleh mengalih perasaan mengantuk anda itu.

Cara Elak Mengantuk

  1. PANDU DENGAN BIJAK & SELAMAT

Sikap suka membontoti kenderaan lain atau kenderaan besar, boleh menyebabkan rasa mengantuk semakin meningkat. Pastikan pemandangan di hadapan tidak terhalang.

 

Elakkan daripada memandu di lorong kanan jika anda tidak memotong. Gunakan lorong yang paling kiri kerana lorong tersebut selalunya kosong kerana memang menjadi tabiat rakyat Malaysia suka memandu di lorong tengah walau pun memandu dalam keadaan perlahan.

 

Sesekali tukar lorong kerana cara ini dapat mengaktifkan otak anda dan anda pula tidak akan rasa bosan memandu.

Cara Elak Mengantuk

 

Itulah beberapa cara elak mengantuk ketika memandu yang boleh dipraktik. Semoga berhasil!

 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin daripada team 123mamanet.com

 

  • Anda Sukar Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook