6 CARA HILANGKAN BEKAS JERAWAT INI TERBUKTI BERKESAN!

Bukan semua orang berjaya bebas daripada masalah jerawat. Malahan, ada terpaksa berdepan dengan kesan atau bekas jerawat yang tidak mahu hilang. Jadi, dikongsikan cara hilangkan bekas jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh anda dapati dengan mudah.

 

Ini adalah cara mudah dan cukup menjimatkan, dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi masalah bekas jerawat tersebut dalam diatasi.  Penjagaan wajah dan rawatan secara rutin dengan bahan-bahan tersebut juga mampu mengatasi masalah pada wajah dan tentunya tidak menimbulkan kesan sampingan.

Berikut 6 Cara Hilangkan Bekas Jerawat Yang Boleh Anda Cuba:

  1. Lemon

Kandungan vitamin C pada buah lemon boleh mencerahkan warna kulit dan membuang sel kulit mati serta membuat kulit muka menjadi lebih elastik.

Sapukan perahan lemon pada bekas jerawat dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, cucilah muka dengan air bersih. Meskipun pada mulanya akan terasa pedih, teapi jika dilakukan secara rutin, insya-Allah bekas-bekas jerawat itu akan beransur-ansur menghilang.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat

  1. Timun

Sensasi segar dan kanudngan air yang banyak pada timun dapat mengurangi peradangan, menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan jerawat.

Timun merupakan toner kulit semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit. Anda cuma perlu memotong timun nipis-nipis, kemudian tempelkan hirisan timun pada bekas jerawat tersebut. Selain itu, anda boleh juga parut timut dan buatlah menjadi masker muka.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat

  1. Madu

Ambil madu asli secukupnya, kemudian sapukan ke bahagian parut jerawat. Biarkan selama 5 minit.Setelah itu, bilas dengan air air suam.

Madu adalah pelembab semulajadi. Antioksidan pada madu juga dapat membuatkan kulit muka menjadi lebih segar dan cerah.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat

  1. Kentang

Kandungan nutrisi dan vitamin seperti vitamin A.B, C, zat besi, potassium dan fosfor pada masker kentang dikatakan mampu menanggalkan sel kulit mati, mencerahkan kulit sehingga berupaya mencegah penuaan semulajadi.

Cara memanfaatkan kentang untuk menghilangkan bekas jerawat, anda hanya perlu melumurkan parutan kentang pada permukaan kulit muka.Biarkan selama 20 minit. Setelah itu barulah dicuci sehingga bersih dengan air suam.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat

  1. Betik

Betik mengandungi enzim papain yang berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati. Selain itu, betik juga mengandungi antioksidan dan vitamin yang boleh mengatasi kulit kemerahan akibat jerawat serta menyamarkan bekas atau kesan jerawat.

Cara hilangkan bekas jerawat dengan menggunakan buah betik ini sangat mudah. Anda hanya perlu ambil beberapa potong betik. Kemudian lumatkan, lalu lumurkan pada wajah. Biarkan selama 10 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan menggunakan air suam.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat

  1. Kulit oren

Kulit oren mengandungi banyak vitamin c dan asid hidroksida serta kandungan yang terdapat di dalam kulit oren ini mampu membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat disebabkan oleh kotoran dan debu.

Untuk menghilangkan bekas jerawat dengan kulit oren ini, anda hanya perlu menggiling atau menghancurkan kulit oren yang sudah dikeringkan di bawah cahaya matahari selama beberapa hari (betul-betul kering) sehingga menjadi serbuk.

Kemudian tambahkan air pada serbuk kulit oren tersebut dan kacau sehingga menjadi pasta.

Lumurlah pasta kulit oren kawasan muka yang berjerawat dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, barulah dibersihkan dengan air suam.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat

Itulah 6 cara hilangkan bekas jerawat yang memang berkesan jika dilakukan secara rutin. Selamat mencuba!

BACA: 7 CARA MENGHAPUSKAN JERAWAT DI BADAN