6 CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS DI KAKI DENGAN CEPAT

SELALUNYA KUDIS BIARPUN SUDAH SEMBUH TETAPI BEKAS LUKANYA SUKAR UNTUK DIHILANGKAN SERTA MEMAKAN MASA YANG CUKUP LAMA. APATAH LAGI, JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BETUL. JADI, KENALAH TAHU CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS.

 

Biasanya bekas atau kesan kudis yang tidak dirawat dengan betul akan meninggalkan tanda berwarna coklat ataupun kehitaman pada kulit.

 

Ada beberapa petua semulajadi yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan bekas luka kudis tersebut. Dengan mempraktiknya secara teratur, luka kesan kudis tersebut pun akan beransur-ansur hilang.

cara hilangkan bekas kudis

 

BERIKUT BEBERAPA CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS SECARA SEMULAJADI DENGAN CEPAT:

 

  1. BAWANG MERAH

Cara semulajadi yang cepat untuk menghilangkan kesan kudis adalah dengan menggunakan bawang merah.

 

Caranya sangat mudah, kita hanya perlu tumbuk halus bawang merah, kemudian sapukannya pada bekas luka tersebut.

cara hilangkan bekas kudis

  1. MADU DAN PUTIH TELUR

 

Selain itu, cara hilangkan bekas kudis yang boleh kita amalkan adalah dengan menyapu campuran putih telur dan madu ke kawasan bekas luka.

 

Biarkan sehingga betul-betul kering. Kemudian bilaslah kaki dengan air bersih. Lakukan secara teratur sehingga kulit kaki kita kembali normal semula.

 

Kandungan protein dalam telur berfungi untuk meregnerasikan bekas luka di kulit.

cara hilangkan bekas kudis

  1. PERIA

Sayur peria boleh digunakan sebagai petua semulajadi yang cepat untuk menghilangkan bekas kudis di kaki.

 

Tumbuk sayur peria, kemudian ramas untuk mengambil patinya. Setelah itu campurkan pati peria tersebit dengan sedikit tepung beras. Gaul sehingga sebati sampai terbentuk pasti.

 

Sebelum menyapunya, basuhlah dulu bekas luka kita tu dengan air suam. Setelah itu barulah diaplikasikannya pada bekas luka.

cara hilangkan bekas kudis

  1. LIDAH BUAYA

Khasiat gel lidah buaya ini dapat digunakan untuk menghilangkan bekas luka.

 

Gunakan dua batang lidah buaya dan ambil isinya. Kemudian sapukan gel lidah buaya ke bekas luka di kaki. Biarkan ia betul-betul kering di kaki sebelum dibilas dengan air bersih.

 

Lakukannya secara teratur untuk mendapat hasil yang cukup memuaskan.

cara hilangkan bekas kudis

  1. MINYAK ZAITUN

Cara hilangkan bekas kudis dengan cepat yang seterusnya adalah menggunakan minyak zaitun. Sapukan minyak zaitun ke bekas luka.

 

Minyak zaitun mempunyai tekstur yang mudah meresap ke dalam kulit dan bekas luka akan hilang dengan cepat.

cara hilangkan bekas kudis

  1. LIMAU NIPIS

Hiris sebiji limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian gosokkan  bahagian dalamnya ke bekas luka.

 

Sekiranya kesan luka kita itu masih basah, sudah pasti akan terasa pedih. Bertahan. Biarkan selama bebrapa saat, kemudian barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih.

 

Lakukan cara hilangkan bekas kudis ini dengan menggunakan limau nipis secara rutin sehingga bekas luka tersebut kian pudar.

cara hilangkan bekas kudis

Demikianlah beberapa solusi untuk hilangkan bekas luka. Selain ini, ada juga petua lain termasuk menggunakan daun jambu batu dan daun bunga raya. Seboleh mungkin jangan gunakan daun ini kerana ia boleh menyebabkan bulu roma tumbuh dengan lebat. Takut nanti, kesan luka tak hilang, bulu kaki pula yang panjang.