Cara Memilih Bra Agar Payudara Tak Kendur

cara memilih bra

Kredit: static.independent

PAYUDARA merupakan bahagian tubuh wanita yang paling istimewa. Pemakaian coli atau bra yang tidak tepat boleh menyebabkan payudara menjadi kendur. Jadi, sebab itulah kita kena tahu cara memilih bra yang tepat supaya keindahannya tetap terjaga!

 

 

 

Sayangnya tidak ramai di kalangan kita yang betul-betul peka dengan ketepatan saiz bra ketika membelinya. Sebenarnya dengan hanya melingkarkan bra di luar pakaian serta melihat sekilas apakah bra tersebut muat bukanlah cara yang tepat dan hanya akan membuatkan anda memakai bra yang salah ukurannya.

 

Cara memilih bra yang sesuai dengan bentuk dan saiz payudara sangat penting. Jika kita salah memilihnya, bukan sahaja bentuk payudara yang akan berubah.

 

Malahan, turut menimbulkan rasa yang kurang selesa. Bra yang tidak tepat akan menyebabkan kesakitan dan boleh meninggalkan tanda merah pada kulit disebabkan tertekan oleh tali bra yang ketat.

 

Apatah lagi jika kita menggunakan bra jenis berkawat. Saiz yang lebih kecil dibandingkan dengan ukuran payudara boleh membuatkan  kawat bra mudah terlepas dan menusuk ke kulit.

 

Di samping itu, cara memilih bra yang tidak tepat juga boleh mempengaruhi kesihatan yang mengundang gangguan pada perjalanan darah, sesak nafas, sakit belakang, sakit kepala dan rasa tegang di bahagian leher.

 

 

Berikut adalah cara memilih bra yang tepat untuk kesihatan payudara:

 

  1. Ukuran Atau Saiz
    cara memilih bra

    Kredit: timesofindia

Pastikan ukuran bra betul-betul tepat dengan lingkaran dada dan cupnya.Jangan memakai bra yang terlalu kecil atau longgar.

 

Usah malu untuk mencubanya atau mendapatkan khidmat nasihat jurujual terbabit sebelum kita memutuskan untuk memilih bra yang akan kita pakai nanti.

 

 

  1. Pilih Cup Yang Sesuai

Cara paling mudah ketika memilih ukuran cupnya adalah berpandukan ukuran A,B,C,D,E dan F. Jika ukuran payudara kita besar, jadi pilihlah cup yang mendekati huruf A.  Manakala, jika saiz payudara kita kecil dan comel kita boleh memilih cup bra dengan ukuran F.

 

 

  1. Keselesaan Tali Bra

Selain ukuran bra, pemilihan tali bra juga perlu dititikberatkan. Tali bra yang bagus untuk kesihatan tali bra yang besar.

 

Sungguhpun begitu, tali bra yang besar adakalanya tidak nampak cantik untuk dipakai bagi sesetengah pakaian. Mungkin sebab itulah ramai di antara kita yang mengabaikan perkara tersebut.

 

Namun, demi kebaikan dan juga kesihatan payudara kita usahakan ya untuk memilih dan menggunakan bra yang tertali besar.

 

 

  1. Material

Cara memilih bra yang sebaiknya dititikberatkan adalah material bra itu sendiri.Pilihlah bra yang diperbuat dari bahan yang lembut dan selesa sehingga selamat untuk kulit payudara kita yang cenderung sangat sensitif.

 

Selain itu, material bra yang baik dan tepat mestilah mudah menyerap peluh supaya tidak menganggu kesihatan payudara akibat bakteria yang disebabkan oleh peluh.

 

 

Semoga 4 cara memilih bra yang dikongsikan ini bermanfaat dan dapat membantu pembaca semua supaya tidak lagi salah dalam memilih bra yang tepat.

 

KLIK & LIKE MAMANET

 

(Visited 74 times, 1 visits today)