Cara Memutihkan Gigi, Mudah Dan Berkesan

Gigi anda nampak kekuningan? Jika ya, sudah pasti ianya membuatkan anda berasa tidak selesa, kurang yakin dan tentunya ingin tahu cara memutihkan gigi dengan mudah dan berkesan. Betul, kan?

 

Banyak faktor yang menjadi penyebab gigi anda kekunigan. Sungguhpun begitu, jangan risau sebab kali ini Mamanet kongsikan cara memutihkan gigi anda yang kekuningan itu agar menjadi putih kembali.

 

cara memutihkan gigi

 

Cara memutihkan gigi ini sangat mudah dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia. Sebaliknya hanya menggunakan cara tradisional yang tentunya tanpa mendatangkan efek sampingan.

 

KETAHUI SEBAB GIGI ANAK MUDAH ROSAK, KLIK SINI

 

Berikut adalah langkah atau cara memutihkan gigi yang berkesan dan boleh dipraktik:

 

  1. cara memutihkan gigi Kulit Pisang

Serius, berkesan! Ternyata kulit pisang yang selama ini kita buang begitu sahaja sebenarnya boleh menghilangkan warna gigi kita yang kekuningan itu.

 

Ambil kulit pisang secukupnya, dan gosoklah pada gigi yang kekuningan itu. Lakukan selama 3-6  minit. Selepas itu, barulah anda memberus gigi anda seperti biasa.

 

 

  1. Garam & Limau Nipis

Cara memutihkan gigi dengan pantas dan berkesan juga boleh dilakukan dengan menggunakan garam yang dicampur dengan perahan air limau nipis

 

Pastikan anda memilih limau nipis yang sudah cukup masak.Campurkan garam dengan perahan air limau nipis dan digunakan untuk menggosok gigi.

 

 

  1. Buah Epal

Buah epal mengandungi serat yang tinggi. Jadi, sebab itulah epal menjadi salah satu buah yang cukup efektif untuk memutihkan gigi.

 

Di samping itu, buah ini juga cukup berkesan sebagai pembersih plak-plak kuning yang mengendap pada gigi.

 

 

  1. Daun Salam

Daun salam boleh dimanfaatkan sebagai salah satu cara tradisional untuk memutihkan gigi.
Caranya sangatlah senang, ambil beberapa helai daun salam dan jemur. Setelah kering,ramaslah.

 

Untuk lebih berkesan campurlah dengan sedikit dengan air perahan lemon, kemudian gosoklah ke gigi. Lakukan pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

 

Semoga artikel ini memberi manfaat. Namun, cara memutihkan gigi yang terbaik adalah dengan melakukan beberapa tindakan pencegahan iaitu dengan memberikan prioriti pada kesihatan gigi dan gusi. Selain itu, jangan lupa membuat pemeriksaan dengan doktor gigi pada setiap enam bulan.

 

LIKE & SHARE MAMANET