5 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki Yang Berkesan

kesuburan lelaki

Foto: Travelandleisure

SALAH satu cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan bagi lelaki adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil makanan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Tapi bukan itu sahaja!

 

Bukan hanya wanita sahaja yang boleh mengalami masalah tidak subur, kaum lelaki juga boleh mengalaminya. Jika anda dan suami sedang merancang untuk menimang cahaya mata, tidak ada salahnya jika anda mengajak si dia untuk turut sama agar kesihatan organ peranakan dan sperma yang dihasilkan memiliki kualiti yang bagus.

 

Antara Penyebab Tahan Kesuburan Lelaki Menurun

kesuburan lelaki

Foto: rd

  • Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
  • Kelebihan Berat Badan
  • Merokok
  • Kekurangan Vitamin Dan Zinc
  • Pemakaian Seluar Yang Terlalu Ketat
  • Masalah Genetik

 

 

Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Inilah antara cara untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Kesuburan yang baik akan membuatkan sperma berenang dengan lebih cepat, aktif serta dapat menghindari adanya sperma yang cacat.

 

  1. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal

Jika suami anda mempunyai masalah kelebihan berat badan, bantulah dia untuk mengatur jadual pemakanan sihat dan bersenam. Kelebihan berat badan akan menyebabkan jaringan lemak menutupi testis sehingga meningkatkan suhu dan mematikan sperma di dalamnya.

 

 

  1. Pakai Boxer

Salah satu cara meningkatkan kesuburan lelaki adalah dengan memakai boxer. Biarpun tidak ramai yang mempercayainya, namun memakai boxer boleh membuatkan kawasan testis menjadi sejuk sehingga jumlah sperma meningkat.

 

 

  1. Berhenti Merokok

Minta atau pujuklah pasangan anda untuk berhenti merokok. Tembakau dan asap rokok boleh membuatkan jumlah sperma lelaki menjadi berkurangan. Bagi menambah jumlah sperma dan meningkatkan kesuburan, kurangkan atau berhentilah merokok serta menjauhi tempat-tempat yang sering digunakan orang untuk merokok.

 

 

  1. Kurangkan Stress

Stress yang melampau bukan sahaja menganggu kesihatan seksual, tetapi juga boleh menyebabkan perubahan hormon yang bakal mempengaruhi sperma. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kesuburan.

 

Kawal tahap stress anda dengan bersenam atau lakukan sesuatu aktiviti yang boleh membuatkan anda lebih relaks. Ianya akan membantu meningkatkan pengeluaran sperma yang sihat.

 

 

  1. Pilih Makanan Yang Sihat

Vitamin dan mineral tertentu boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Pengambilan makanan yang banyak mengandungi antioksidan boleh meningkatkan jumlah sperma yang mana akhirnya akna meningkatkna potensi kesuburan tersebut.

 

Vitamin C dan E, koenzim, Q10 dan glutathione dikatakan dapat membantu mengubati ketidaksuburan lelaki atau mandul.

 

Cuba usahakan makan buah-buahan serta sayur-sayuran berdaun hijau serta bijirin (whole grain), susu rendah lemak dan protein tanpa lemak bagi mendapatkan pelbagai nutrisi yang baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

 

LIKE KAMI DI FACEBOOK

 

 

Leave a Reply