CARA MUDAH BERSIHKAN KOTORAN DEGIL DENGAN WD-40

WD-40. BIASA TENGOK BENDA NI KAN? WD-40 SELALU KITA TENGOK ORANG LELAKI GUNA UNTUK CEGAH KARAT ATAU PUN SPRAY BAHAGIAN YANG BERBUNYI PADA PINTU KERETA. HAKIKATNYA IA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERSIHKAN KOTORAN DEGIL DI RUMAH.

 

WD-40 adalah produk industri atau dikenali sebagai pelarut pencegahan karat benda-benda besi. Fungsinya jarang dipelbagaikan hingga sering dilupakan hinggalah ada engsel pintu yang berkeriut.

 

Tetapi WD-40 sebenarnya agak berguna di seluruh rumah. Syarikat pengeluarnya mendakwa ia mempunyai lebih 2000 kegunaan.

 

Porch baru-baru ini mencuba empat taktik WD-40 untuk mengatasi masalah gam yang melekat, kesan calaran tapak kasut pada lantai,  pemegang steel yang kusam dan kesan contengan pada dinding.

 

WD-40 boleh menjadi senjata pembersihan anda. Cuba gunakan pada sinki tahan karat anda. Pasti ia akan bersih bersinar-sinar seperti baru!

bersihkan kotoran degil

 

LANGKAH MENGHILANGKAN KOTORAN DEGIL

  1. Masalah gam yang melekat boleh permukaan boleh diselesaikan oleh WD-40 dengan mudah. Spray sahaja pada kesan gam atau sticker kertas yang masih melekat. Biarkan seketika hingga sticker Gosok dengan tuala atau kain lembab.

Bersihkan Kotoran Degil

 

 

2. Kesan calaran pada kasut atau kesan seretan pada lantai memang sakit mata memandang. Caranya hanya                     spray WD-40 dan gosok dengan kain.

bersihkan kotoran degil

 

3. Pemegang steel yang kusam mudah diatasi dengan hanya spray WD-40 dan gosok dengan kain sampai                          berkilat.

bersihkan kotoran degil

  1. Kesan contengan pada dinding misalnya krayon, marker dan sebagainya boleh diselesaikan dengan solusi WD-40. Spray saja dan lap dengan kain. Selesai masalah.

bersihkan kotoran degil

 

Ada banyak lagi masalah penjagaan rumahtangga yang boleh diselesaikan dengan cecair ini. Bersihkan kotoran degil dengan WD-40 sebaik mungkin. Jangan biarkan membazir dalam stor atau pun dalam bonet kereta.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara bersihkan kotoran degil menggunakan WD-40.

bersihkan kotoran degil

 

(Visited 3 times, 1 visits today)