Cara Simpan Duit, Guna Tips Ini Agar Senang Menabung

Ingin tahu cara simpan duit dengan mudah dan tepat tanpa stress? Ada beberapa perkara yang wajib dilakukan!

 

Sebagai manusia punya nafsu, adakalanya kita tentu ingin membelanjakan duit yang kita miliki. Apatah lagi bila tengok peralatan gajet terbaru, makanan yang sedap-sedap, pakaian yang cantik-cantik, mahu tak tergoda untuk membelinya.

 

Jika kedudukan kewangan kita kukuh, tak salah jika kita berbelanja. Jika sebelum cukup bulan, dah ‘tercekik’, eloklah kita kurangkan berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu. Meskipun agak sukar, namun kita tetap wajib melakukannya.

 

cara simpan duit

KEPENTINGAN MENABUNG UNTUK MASA DEPAN, KLIK SINI

 

Apakah cara simpan duit yang dapat membantu anda untuk berjimat cermat melakukan pengeluaran dalam sebulan dan dapat menabung? Ok, semak di bawah!

 

  1. cara simpan duitTerapkan Pengeluaran Harian Dalam Sebulan Sesuai Dengan Keperluan

Gaya hidup pada saat ini memerlukan kita lebih bijak mengawal kewangan peribadi.

 

Sekalipun kita mempunyai pendapatan sendiri dan mampu hidup berdikari bukan bermakna kita bebas berbelanja dan tidak perlu menitikberatkan tentang cara simpan duit.

 

Kita mesti catit pengeluaran duit pada setiap hari. Asingkan duit dan keperluan bulanan seperti belanja makan, belanja untuk pengangkutan, duit belanja harian dan sebagainya.

 

Asing-asingkan duit tersebut di dalam sampul duit raya ataupun sampul surat.Elakkan anda menghabiskan waktu di pusat membeli belah ketika akhir bulan.

 

 

  1. cara simpan duitAsingkan Duit Tabung Dan Duit Simpanan

Menabung dan menyimpan duit di dalam bank adalah dua perkara atau cara simpan duit bagi menjamin masa depan kita.

 

Sebaiknya asingkan antara duit tabung dan duit simpan tersebut. Sisihkan paling kurang 10 peratus dari gaji anda untuk menabung. Manakala menyimpan duit dapat dilakukan dengan mengikut bayaran tertentu seperti pinjaman bank dan sebagainya.

 

 

  1. cara simpan duitSiapkan Tabung Kecemasan

Biarpun anda adalah wanita yang berdikari serta mempunyai karier yang bagus, menyiapkan tabung kecemasan adalah perkara yang sangat penting.

 

Siapkan tabung kecemasan atau dana darurat itu di dalam akuan bank khas. Tak pun simpanlah di tempat-tempat ‘rahsia’ yang anda percayai cukup selamat di rumah.

 

Cara simpan duit dengan menyediakan tabung kecemasan ini sangat berguna, terutama di saat-saat kita amat memerlukan duit tanpa perlu menghabiskan duit simpanan di bank.

 

 

  1. cara simpan duitCari Sumber Menambah Pendapatan

Jika anda wanita yang berkarier, ada baiknya anda cuba meningkatkan kebolehan anda.

 

Jika anda gemar menulis, kenapa tidak anda menulis atau membuat e-book? Jika anda juga minat berbisnes online, kenapa tidak anda mengembangkan kebolehan anda itu untuk menambah pendapatan?

 

Ok, nanti fikir-fikir kan ya, bagaimana anda boleh menambah pendapatan anda itu dengan segala kebolehan yang anda miliki.

 

 

  1. cara simpan duitBila Berbelanja, Kenalah Buat Bajet! (Shopping List)

Biasalah orang  perempuan ni, kalau berbelanja adakalanya memang ‘sakan,’ boleh sampai tak ingat dunia! Seronok dan rasa puas sangat dapat bershopping, sedangkan tak tahu apa efeknya bila terlalu ghairah berbelanja.

 

Jika kita tidak bijak mengawal perbelanjaan, memanglah kedudukan kewangan kita menjadi tidak teratur. Jadi, sebab itulah kita perlu sentiasa bersiap sedia ketika berbelanja.

 

Catatlah apa yang ingin kita beli mengikut perkiraan harganya. Dengan cara ini, kita tidak perlu bingung lagi ingin dari apa kerana segalanya sudah dicatat di dalam senarai anggaran perbelanjaan.

 

Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat dipraktikan agar pengeluaran duit serta cara simpan duit yang dilakukan menjadi lebih tepat dan berhemat. Jika masih belum melakukan, cubalah ya untuk tahun 2017 ini, kerana kitalah akan akan dapat mendapat manfaatnya!

 

LIKE & SHARE MAMANET