CB&TL RAIKAN RAMADAN & HARI RAYA DENGAN INSPIRASI RASA TRADISI

SEMPENA BULAN RAMADAN DAN HARI RAYA, THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® (CB&TL) MEMBERIKAN NAFAS BAHARU KEPADA HIDANGAN-HIDANGAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA. PILIHAN MANIS DAN SAVURI KALI INI PASTI MEMENUHI SELERA ANDA!

 

Menu baharu dan edisi terhad ini direka untuk membangkitkan deria rasa agar pengunjung dapat meraikan musim perayaan dengan lebih ceria.

 

Sajian utama iaitu Straits Cake, adalah gabungan kek span pandan dengan rasa manis asli gula melaka yang sungguh enak, disaluti pula dengan keju krim dan taburan empingan kelapa kering.

hari raya

HIDANGAN COKLAT UNTUK RAMADAN & HARI RAYA

Pencuci mulut sememangnya tidak lengkap tanpa coklat, jadi kami turut memperkenalkan The Chocolate Earl, kek lazat yang penuh dengan keunikan aroma daun tea Earl Grey disaluti lapisan coklat ganache halus. Kek ini sesuai dinikmati dengan secawan Earl Grey Tea Latte yang wangi semerbak dan berbuih.

 

Untuk penggemar sajian savuri, Spicy Tuna Pie dengan kulit pai yang rangup dan Chicken Rendang Pull Apart pula adalah pilihan terbaik untuk snek yang senang dikongsi bersama rakan atau keluarga.

 

Hidangan-hidangan ringan ini sesuai dipasangkan dengan Mint Lime Tea yang menyegarkan (dengan pilihan Iced Sweet Tea, Sparkling Sweet Tea or Granita Tea Ice Blended®)!

 

“Hidangan bermusim memberi kami peluang untuk mengetengahkan rasa tempatan terbaik dan di The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL), kami sentiasa mencari cara baharu untuk mempelbagaikan hidangan kami. Hidangan Straits Cake adalah contoh terbaik yang memberi penghormatan kepada rasa tradisional Malaysia yang menjadi warisan kita, menerusi olahan baharu,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The  Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

 

Tambahnya lagi, hal ini sangat bermakna kepada kami, lebih-lebih lagi CB&TL meraikan ulang tahun ke-20 di Malaysia tahun ini! Selain itu, kami turut berharap rakyat Malaysia dapat menikmati menu istimewa kami di cawangan-cawangan kami ataupun di rumah bersama keluarga tersayang.

hari raya
PILIH SAJIAN PENCUCI MULUT PILIHAN SECARA PERCUMA

 

Lebih istimewa lagi untuk rakyat Malaysia di musim ini, sepanjang bulan Ramadan dari sekarang hingga 25 Jun, pelanggan yang membeli mana-mana dua (2) minuman selepas pukul 8 malam boleh menikmati sajian pencuci mulut pilihan mereka secara PERCUMA!

 

Sebagai pelengkap menu istimewa kali ini, CB&TL turut memperkenalkan inovasi terbaharu Sparkling Teas! Tidak seperti air berkarbonat yang penuh dengan perasa dan pemanis, Sparkling Teas dari CB&TL ditambah fizz untuk memberikan kesegaran kepada campuran teh kegemaran anda, tanpa kalori tambahan! Dapatkan sajian minuman ini di semua cawangan kami dan #ChooseToSparkleCBTL hari ini!

 

Untuk maklumat lanjut tentang hidangan dan promosi terbaharu CB&TL, ikuti laman Facebook CB&TL di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage  atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau laman web www.coffeebean.com.my.