THE SWEDE-EST CHRISTMAS DI PUSAT BELI-BELAH IPC

Keseronokan menyambut kedatangan Krismas dapat dirasai di Pusat Beli-belah IPC. Diinspirasi dari bandar lama Gamla Stan di Stockholm, Sweden, ‘The Swede-est Christmas’ IPC menampilkan keindahan salji dipenuhi cita rasa unik Sweden!

Tahun ini, sambutan Krismas menjadi adalah lebih bermakna kerana ia juga bersempena ulang tahun ke-15 IPC. Meraikan asal-usul IPC dari Sweden, pelawat dan orang ramai akan dibawa meneroka laluan bersalji di ‘concourse’ pusat beli-belah.

Di situ, pelawat akan terpukau dengan replika rumah Scandinavia, rusa menyala, patung Tomte, pohon Krismas setinggi 19 kaki, bersama dengan kambing Yule bersaiz sebenar dan pastinya menjadi rebutan bergambar untuk Instagram para pengunjung.

Pusat Beli-belah IPC

Ulang Tahun Ke-15 IPC Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti pada hujung minggu sepanjang tempoh sambutan tersebut. Aktiviti-aktiviti itu direka khusus bagi memenuhi kehendak dan minat setiap anggota keluarga.

Terdapat bengkel menghias dan hiasan Krismas, acara khas berjumpa dengan Tomte dan ‘Swedish maiden’, persembahan tarian Swedish Polska, selain bengkel seni dan kraf menyeronokkan untuk kanak-kanak.

  Pusat Beli-belah IPC         

15 Tahun Di Dalam Komuniti

Semenjak penubuhan pusat beli-belah IPC, 15 tahun dahulu, ia telah menerima pelbagai perubahan ketara yang amat positif dan sejajar dengan perubahan keinginan pembeli sekitar.  IPC telah berkembang menjadi ruang inspirasi bagi semua lapisan masyarakat untuk berjumpa, beli-belah, makan, belajar dan mencipta kenangan positif bersama-sama.

Melalui detik-detik itu, IPC berupaya untuk memperkukuh dan membina hubungan antara rakan niaga dan kini telah berjaya mencapai lebih daripada 95% kadar kepenghunian, dan pada masa sama, mengekalkan 46% penyewa jangka panjang seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware.

Sejak pembangunan semula pada 2017, lebih daripada 145 penyewa baharu dan sedia ada telah turut serta bagi meningkatkan lagi persekitaran mesra keluarga di situ.

Malahan, IPC telah melonjakkan keutamaannya dalam aspek keselesaan, keselamatan dan kemudahan kepada semua. Memaksimumkan akses dan laluan masuk, pusat beli-belah mesra komuniti ini telah memperkenalkan laluan akses baharu kepada Stesen MRT Mutiara Damansara dari IPC, selain jejambat menghubungkan IPC dan IKEA kepada The Curve, baru-baru ini.

“Kami amat menghargai perkongsian dan persefahaman yang kami miliki dengan penyewa kami, jiran-jiran dan juga pengunjung. Oleh itu, sambutan Krismas ini berperanan sebagai titik ingatan indah untuk kami mengimbau semula, dan terus berusaha untuk memberi lebih banyak lagi kepada komuniti,’’ kata Karyn Lim, Pengurus Pusat Beli-belah IPC.

Pusat Beli-belah IPC

Konsep ‘So Much More’

Dengan konsep ‘So Much More’, usaha-usaha kelestarian IPC terus menjadi bahagian terpenting di dalam perniagaan mereka. Melalui usaha-usaha setiap hari, mereka telah menyertakan kaedah-kaedah mudah untuk menyumbang kembali kepada planet ini, seperti menggunakan mentol jimat tenaga dan tong kitar semula yang dikhususkan sisa buangan di sekitar pusat beli-belah.

 

Selain itu, IPC adalah pusat beli-belah pertama di Lembah Klang yang memperkenalkan sistem belian semula menerusi pelancaran Pusat Kitar Semula & Beli Semula pada 2009. Dengan penambahbaikan terbaharu daripada pembangunan semula IPC, Pusat Kitar Semula & Belian Semula kekal sebagai tempat hentian mudah bagi pengunjung untuk melupuskan sisa buangan yang boleh dikitar semula.

Karyn menjelaskan, “Apabila kami mengamalkan konsep ‘So Much More’, ia memegang banyak makna yang merentasi setiap peringkat dalam organisasi kami, serta rakan-rakan perniagaan kami. Ada banyak yang kami boleh lakukan – untuk pengunjung kami, komuniti, penyewa dan malahan, planet ini.

Kami percaya IPC boleh menjadi lebih daripada sekadar pusat beli-belah, kerana pengunjung hari ini melihat melangkaui sekadar beli-belah tetapi juga pengalaman yang mereka mahukan. Ketika kami melangkah untuk 15 tahun yang seterusnya, kami akan meneruskan komitmen kami kepada pengunjung, pelawat, penyewa dan rakan perniagaan, untuk tumbuh bersama dengan komuniti dan membina masa hadapan yang bermakna.’’

Dengan sebegitu banyak perkara yang lebih daripada sekadar hiasan musim perayaan, pengunjung juga akan diberi ganjaran dengan keseronokan berganda setiap kali mereka berbelanja di Pusat Beli-belah IPC dari sekarang sehingga 1 Januari 2019:

 

Jom Serbu IPC!!!

* Untuk sehari sahaja, 15 pengunjung bertuah akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM25,000 semasa sesi Ulang Tahun IPC ke-15 Giant Mission Box Giveaway

* Sebuah Giant Mission Box akan diwujudkan di ‘concourse’ Level G pada 15 Disember 2018, pada pukul 3:00 petang

* Pengunjung hendaklah memilih satu misi untuk disempurnakan dan menuntut hadiah selepas disiapkan

* Tebus satu (1) kalendar meja 2019 dan kertas pembalut IPC   |  dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit

* Tebus satu (1) set penyedut minuman diperbuat daripada keluli tahan karat, buku nota IPC, kalendar meja dan kertas pembalut  |  Dengan perbelanjaan minimum RM500 di dalam gabungan maksimum 2 resit

 

KELAB KANAK-KANAK UTAMA IPC

Semasa musim perayaan ini, Pusat Beli-belah IPC, pusat mesra keluarga, turut berbangga untuk memperkenalkan IPC Små Club – kelab khusus untuk kanak-kanak.

Mengambil nama ‘små’ yang bermaksud ‘kecil’ di dalam Bahasa Sweden, kelab ini membolehkan ibu bapa dengan anak berusia di bawah 12 tahun menikmati lebih banyak promosi dan diskaun apabila mereka membeli-belah di IPC.

Dengan keahlian percuma setahun, ibu bapa akan diberi keutamaan di dalam apa sahaja bengkel dan aktiviti kanak-kanak IPC, selain menerima hadiah hari jadi semasa bulan kelahiran anak mereka.

Di samping itu, satu daripada pelbagai manfaat menjadi ahli IPC Små Club ialah galakan yang akan diterima oleh kanak-kanak apabila mereka mengitar semula di Pusat Kitar Semula & Belian Semula IPC. Bagi setiap 1kg nilai bahan kitar semula, kanak-kanak itu akan meraih satu pelekat istimewa Små Club.

Nak tahu lebih lanjut tentang  ‘The Swede-est Christmas’ Pusat Beli-belah IPC, senarai aktiviti-aktiviti perayaannya, atau IPC Små Club, layari  www.ipc.com.my.

 

(Visited 2,999 times, 1 visits today)