RANGKAIAN CILI TUNA AYAM BRAND™ KINI LEBIH ‘HANGAT’

Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot.

 

Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tiHGnggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan.

 

Kempen ‘We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.

 

Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

 

Isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan.  Ayam Brand™ juga memastikan kualiti tuna yang disediakan mematuhi peraturan keselamatan makanan antara yang terketat di dunia.

 

Kepedasan Lima Cili Tuna, Makan Sampai Nangis!

Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini!

 

Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat. Untuk sedikit kepedasan, anda boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili. Cili Tuna Light juga merupakan pilihan paling sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain.

 

Ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada anda menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia. Barisan Cili Tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.

 

Cadangan Hidangan

Ayam Brand™ Cili Tuna boleh dinikmati dalam pelbagai cara, paling mudah ialah dengan menikmatinya terus dari tin bersama sepinggan nasi panas atau dengan menyapukannya ke atas sekeping roti.

 

Untuk snek yang lebih menyeronokkan, cubalah Bergedil Tuna yang seakan-akan sebiji burger mini yang comel. Ia amat sesuai untuk dijadikan hidangan yang akan menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah anda. Kek Ubi Keledek Tuna pula amat enak dinikmati dengan kopi untuk jamuan minum petang.

cili tuna

Cubalah barisan Cili Tuna Ayam Brand™ dan terokai kepedasannya mengikut kesesuaian anda.

Ayam Brand™ Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan jualan RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 160g.

 

Untuk lebih banyak resipi menggunakan tuna, klik http://www.ayambrand.com.my/recipe.html atau tonton video-video enak di https://www.youtube.com/ayambrandmalaysia

 

BACA – 3 RESIPI TERKINI CILI TUNA AYAM BRAND