Cinta Si Penjual Burger

Si Penjual Burger

FOTO: FB Puteri Jelmaan Si Ular Emas

Cinta Si Penjual Burger. Anda tahu tentang kisah Antara Dua Darjat lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee? Kisah ini sangat menyayat hati kerana mendapat tentangan daripada ibu bapa yang berdarjat tinggi.

 

Manakala kisah Cinta Si Penjual Burger ini pun tidak kurang menariknya biarkan berbeza pengakhirannya. Kisah ini kami temui dalam facebook. Ia berlaku pada Jun 2014 dan dikongsi oleh pemilik Fb yang menggunakan nama Puteri Jelmaan Si Ular Emas. Moga kisah ini dapat memberikan pengajaran buat semua.

Si Penjual Burger

fOTO: FB Puteri Jelmaan Si Ular Emas

Begini kisahnya:

Umi, gelaran diberi pada puteri bongsu yang kehilangan ibu pada umurnya 8 tahun. Wajah yang cantik, putih dan boleh dikatakan dialah paling cantik dibndingkan kakak-kakaknya. Ramai jejaka yang ingin menyuntingnya.

 

Pilihannya hanya SI PENJUAL BURGER!

Namun suatu hari, dia meluahkan hajatnya untuk berkahwin dengan jejaka idaman. Tetapi pilihannya hanya SI PENJUAL BURGER!

Sudah pasti mendapat tentangan oleh kakak-kakaknya yang lain. Masing-masing bermuka kelat termasuk aku sendiri apabila mendapat tahu pekerjaan pilihan hatinya.  Pelik, antara ramai insan di luar kenapa itu yang dia cari? Apa yang mampu diberi nanti dengan nilai pendapatan si penjual burger?
Setelah permintaannya ditolak, si bongsu bersedih hati kerana tiada siapa mengerti kehendak di hati. 

 

Hinggalah pada satu hari, suamiku yang hanya berdiam selama ini mula bersuara, “Baru hari ini aku tau, pangkat besar tu rupanya yang boleh bagi hangpa hidup. Baru aku tau. Kalau masa remaja dia banyak buat nakal sana sini.  Tuhan kata ‘confirm’ masuk neraka. Tak layak taubat. Hangpa ‘terror’ sungguh.

 

Hmm… Hangpa lupa ‘kun fayakun’? Kalau sekali Tuhan sebut orang kaya pun boleh lingkup, orang jahat pun boleh jadi baik. Ingat! Rezeki tu Tuhan bagi. Jangan hangpa pula takbur pandai atur hidup melebihi Tuhan. Nanti Tuhan tarik nikmat hidup hangpa.

 

Baca ini:

 

Sentap! Akhirnya semua akur, andai itulah jodoh si bongsu. Maka berlangsunglah kenduri dalam suasana sederhana.

 

Tidak lama selepas itu, mereka dikurniakan cahaya mata namun kegembiraan tidak lama. Puteri kecil disahkan pula jantung berlubang.  Dalam keadaan masih berpantang, si bongsu menjaga puterinya siang dan malam di hospital. Langsung tidak menjaga dirinya sendiri kerana hanya puteri di hati. 

 


Di IJN bayi dibedah dan tiap-tiap bulan berulang alik untuk check up. Alhamdulillah dia disahkan sihat sepenuhnya Kegembiraan bermula dalam hidup mereka. Hidup bertiga dengan permata hati, malangnya bahagia juga tak lama.  Si bongsu mula jatuh sakit, demam dan bengkak gusi. Bulan Disember 2013 akhirnya si bongsu disahkan mengidap leukimia. Ya ALLAH sesungguhnya hidup kami sekeluarga diuji lagi.

 

Setelah Enam bulan berperang dengan kesakitan, akhirnya pad kimo ketiga dia pergi mengadap ILAHI tangga 02 Jun 2014. Akhirnya kami sedar. Kenapa Tuhan menghantar si PENJUAL BURGER menjadi keluarga kami.

 

Kerana dia si penjual burger:

Dia mampu berada di hospital setiap hari. Sedangkan kami kakak-kakaknya perlu mengatur hari bergilir-gilir untuk menjaga dia di sana kerana masing-masing bekerja dan perlu mengambil cuti untuk ke sana.

Kerana dia si penjual burger:
Dia datang ke rumah kami. Bergilir-gilir kami menyediakan makanan. Diambil dan dihantar serta disuapkan ke mulut bidadarinya dengan penuh kasih sayang.

Kerana dia si penjual burger:
Dia mampu memandikan isterinya dan mengelap tubuh. Setiap inci tubuh si bidadari dibelai dan diletakkan losyen agar tidak kekeringan.

Kerana dia si penjual burger:
Waktu malam dia pulang untuk tidurkan anak kecilnya yang sentiasa bertanya di mana ibu? Kenapa ibu masih belum pulang-pulang. Lalu di peluk puteri kecil dengan kasih sayang walau di hatinya mengalir pilu melihat wajah kecil yang tidak tahu apa-apa.  Ditepuk hingga lena, sedangkan dia sendiri keletihan kerana tidak cukup tidur. Dia tidak pedulikan tubuh badannya sendiri.

Kerana si penjual burger inilah:

Si Penjual Burger

Puteri Jelmaan Si Ular Emas

Dia yang mendengar rintihan hati bidadari kesayangannya dengan setia.

Dan itulah rutin hariannya, cinta agung si penjual burger terhadap bidadarinya.

Dia mampu berada di sisi isteri hingga ke nafas terakhirnya. Berada di sisi mengucup dahi pada saat hembusan terakhir di dunia ini  meredhakan pemergian si bidadari.

Walau kami sedarah sedaging belum tentu kami mampu melakukan sepertnya.

Andai dia berkelulusan. Rasanya dia tak mampu melakukan itu saban hari.
Andai dia berpangkat. Adakah dia punya masa setiap hari?

Terjawab soalan akhirnya kenapa Tuhan menjodohkan mereka.  Sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk makhluk-NYA. Percayalah.

Tidak lama lagi akan hadir tarikh 02/06/16, bermakna dua tahun adikku pergi mengadap ILAHI dan selama ini jugalah si penjual burger masih bersendirian,merindui bidadarinya.

Anak kecil itu adalah lambang cinta sejati mereka.  Cinta yang hidup mekar, walau pun si dia telah pergi.

Alfatihah buat adikku…
Kami sekeluarga sentiasa menyayangi si penjual burger.. dia tetap keluarga kami hingga ke akhir hayat
Terima kasih keran memberi kasih sayangmu pada adik kami walau seketika.

Kami doakan perniagaan mu untuk membuka kafe  berjaya seperti impian arwah adikku satu ketika dulu. Tunaikanlah harapan bidadarimu.

Hasil Nukilan: Puteri Jelmaan Si Ular Emas

Nota editor: Kami doakan agar rohnya Si bongsu sentiasa dicucuri rahmat dan semoga Si Penjual Burger kini sudah mampu meraih bahagia dengan perniagaan yang maju bersama si Puteri yang semakin comel. Marilah kita sedekahkan al-fatihah sempena ulang tahun pemergian Si Bongsu.

Leave a Reply