ULTIMATE TOUCH TRIUMPH BERIKAN KESELESAAN TANPA KOMPROMI

Jenama pakaian dalam Triumph sememangnya kekal unggul sehingga ke hari ini. Keselesaan tanpa kompromi membuatkan ramai wanita memilih jenama ini! Baru-baru ini Triumph telah melancarkan koleksi idealnya untuk musim panas iaitu Ultimate Comfort.

Menyedari keadaan cuaca yang agak panas ketika ini, Ultimate Comfort bukan sahaja mudah dipakai, bahkan turut menampilkan permukaan yang lembut bagi memberikan keselesaan si pemakai sepanjang hari.

Ultimate Comfort telah dihasilkan dengan memberi penekanan terhadap keselesaan setiap hari melalui penggunaan fabrik lembut dan ringan. Coli berlapik tanpa wayar ini mempunyai renda halus di bahagian depan dan sesuai dipakai semasa hari yang panas.

Padankan ia dengan seluar dalam midi atau hipster untuk gaya yang lebih anggun. Disediakan dalam warna hitam dan kuning air (beige) neutral, koleksi ini  juga boleh didapati dalam pilihan coli separuh cup yang berlapik dan berwayar.

Rangkaian Ultimate Comfort juga terdiri daripada coli berlapik tanpa wayar Everyday Soft Touch dalam warna ungu lembut yang bergaya terkini. Fabrik lembut dan pelapik yang diperbuat daripada busa lut udara memastikan kulit dan diri anda sentiasa selesa, sepanjang hari.

Ia boleh didapati dalam pilihan warna hitam, kuning air neutral dan merjan (coral) dengan padanan seluar dalam mini atau hipster. Koleksi Ultimate Comfort baharu ini boleh didapati di pusat-pusat jualan di seluruh negara. Senarai pusat jualan terdekat dengan anda boleh didapati menerusi pautan www.triumph.com/my/en/992.html.

Coli Ultimate Comfort ditawarkan pada harga RM229 sehelai, sementara rangkaian seluar dalamnya di antara RM79.90 hingga RM89.90 sehelai.

Temui Coli Baju-T Sempurna Menerusi Everyday Romance

Untuk Keselesaan Lut Udara Setiap Hari

Mendapatkan coli Baju-T yang sempurna kini lebih mudah menerusi Koleksi Everyday Romance yang baharu.

Menggabungkan ciri-ciri ringan dan lut udaram coli Everyday Romance adalah bersifat kewanitaan, bergaya dan selesa. 

Direka dengan memberi penekanan terhadap elemen lut udara, coli yang ringan ini diliputi gentian mikro untuk keselesaan unggul pada bulan-bulan musim panas.

Coli berlapik dan berwayar ini mempunyai keperincian renda menawan. Dengan permukaan coli yang licin, ia adalah versatil dan sesuai untuk dipadankan bersama sebarang pakaian.

Koleksi coli Everyday Romance boleh didapati dalam warna merah senduduk (mauve) dan kelabu pebel dengan padanan seluar dalam hipster. Colinya ditawarkan pada harga RM229, manakala rangkaian seluar dalam daripada RM79.90 hingga RM89.90 sehelai.

Koleksi Everyday Romance baharu kini boleh didapati di gedung-gedung di seluruh negara. Ketahui gedung berhampiran anda menerusi laman web www.triumph.com/my/en/992.html).

(Visited 2,579 times, 1 visits today)